Thursday, April 25, 2013

spontaneous thursday #64

Masing Masing Sibuk Berkempen Dah .

Sudahkah Anda Bersedia Untuk Mengundi ?

#PRU13

Tuesday, April 23, 2013

Macam S.Jibeng Pun Ada

Semalam , melawat kawan baik yg sakit . Sports Injury . Bola Sepak la , sukan dia sejak sekolah .

Menurut mangsa : first game , first half tu aku leading , pastu team lawan tumbok mata aku , tatau la tertumbok atau sengaja . tapi aku teros tak sedar diri . mata aku keluar darah banyak giler , bengkak terus mata aku .
Adat bermain , ada menang ada kalah , ada yang dengki lagi iri hati . Takdir kau kena , Allah nak tarik nikmat dia sekejap , susah kan hidup dengan mata sebelah je . Insaf sekejap bila datang melawat dia . fikir positif je . Semua ini ada hikmahnya .
 Jumaat ni ada rawatan susulan kat Hospital Sultan Ismail , bukak jahitan kot . semoga cepat sembuh ye , kesian tengok kau . nak ketawa pun tak boleh . yelah , urat mata kan kat kepala .bila dia ketawa , menangkap terus kat kepala . so kepala dia jadi sakit .
Muzammil @ Mamel . dah macam S.Jibeng pulak , malam malam berkaca mata hitam . mata asek berair je . 
Takziah mamel . semoga cepat sembuh , dah boleh keluar nanti , kita lepak okay .


Monday, April 22, 2013

You Must Always Running !

Selasa yang lalu , daku bersama tiga kawan yang lain telah bertekad dan memberanikan diri untuk ke Temuduga Tentera Darat Malaysia . Kata Husband kawan baik aku , temuduga ni dia cuma nak cek BMI dan Result je . so , kami pun semangat la dengan berkasut , berseluar trek , bert-shirt lengan panjang . kemudian digelakkan oleh suami Anyzz dan Anyzz sendiri . padahal pakai baju kurung pun boleh . alaa kitorang nak tunjuk yang kitorang semangat lah ! jangan lah dengki . ngehehe .
 Berdasarkan ke empat empat gambar di atas , boleh nampak tak betapa semangatnya kami . Gerak dari Mersing Jam 6 pagi . tepat 8 pagi sampai kat Kem Tebrau , terus daftar . ingatkan kami yang terawal , rupanya , dewan dah penuh ! maka kami duduk di lantai . huhu
 Sementara menuggu giliran untuk di ukur BMI nya , kami melepak dan bergambar . berkenal kenalan bersama kawan baru . huhu . best best ! nampak semua semangat ! 
Hasilnya , BMI aku lepas . Result bagus . Kata Pegawai yg Interview tu : BMI awak ok , result awak ok , english ok , awak faham ape yg sy cakap . good . so balik ni awak dah boleh start berlari , training . sebab bila awak dapat masuk ni , 6months you must always running and running . no phone , awak akan kurus , hitam , tak dapat keluar . saya rasa awak dapat untuk panggilan seterusnya . so , good luck , balik training yea .

"Terima Kasih Tuan , Terima Kasih Tuan ." itu je yang keluar dari mulut aku . sangat gembira .

Semoga Ini Adalah Permulaannya .

Sedih sebab kawan aku yg tiga orang tu tak lepas . dua orang tak lepas sebab overweight , yg sorang lagi tak cukup tinggi . tapi aku pun tak sure dapat ke tak . punya lah ramai yang datang interview , apa apa pun tunggu surat panggilan je lah . 

Saturday, April 20, 2013

4 Tahun Sudah~

Happy Birthday To You ! 
Happy Birthday To You !
Happy Birthday To MR BLOG !
Happy Birthday To You...!

Alhamdulillah genap 4 tahun usia MR BLOG . segalanya daku luah di sini .
Dialah tempat mengadu , pendengar yang setia . 
Tak lupa juga buat MEMARE yang setia menemani tidurku ,
EN. DIARY yang sentiasa ada di sisi saat aku memerlukannya .
Terima kasih yang tak terhingga 

So sempena birthday yang keempat ini , aku nak hadiahkan MR BLOG Header baru ,
yang masih lagi dalam pembikinan . 
Macam tuan dia jugak lah , tempoh untuk hadiah birthday adalah sebulan .
so banyak lagi masa , tunggu ye .

One more : HAPPY BIRTHDAY MR BLOG !

Thursday, April 18, 2013

spontaneous thursday #63

Semoga Kata Kata Semangat Itu Menjadi Titik Tolak Kepada Permulaan Hidupku .

Thursday, April 11, 2013

spontaneous thursday #62

Susulan Entry Wordless Wednesday #62

Terlalu Sibuk Dengan Aktiviti , Kulit Sudah Tak Terjaga , Semakin Berbelang .

Badan Semakin Gemok , Seluar Menjadi Ketat , Lalu Koyak Tanpa Disangka .

Tuesday, April 9, 2013

Sambutan Maulidur Rasul .

Edisi Entri Terperap Sebulan Yang Lalu . 2 Mac 2013 , Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Taman Sri Mersing . Taman Aku Lah Tu . Hehe . Sebab Arini Aku Panas Aty Dengan Staff Ofis Aku Ni , So Layan Gambar Je Lah Ye 
 Pada Awalnya , Aku & Nadia Ditugaskan Untuk Memegang Bunga Manggar Ini .
 Bila Sampai Tempat Berkumpul , Mak Aku Dengan Geng Dia Sebok Nak Pegang Bunga Manggar , So Kami Pegang Sepanduk Je Lah Ye :)
Sampai Je Masjid , Kaum Bapa Tengah Berzanji .
Lepas Berzanji , Mengaji , Lepastu Ceramah , Last Sekali Nasyid .
Nampak Tak Muka Aku Ada "NUR" Bila Duduk Dalam Masjid . 
Ceramah Abes Je , Aku Terus Cari Mak Aku , Mintak Makan . Kalau Mak Yang Cedokkan , Lauk Banyak Sikit . HEHE . Untung Mak AJK Masjid . 
Geng Mak . Kawan Kawan Mak , Kawan Kawan Aku Jugak . Memang Best , Semua Satu Kepala .
Nadia Tayang Lauk Yang Mak Aku Cedokkan . Banyakkkkkk . hehe
Nampak Tak Pelahapnye Aku ? Air Sampai EMPAT . Amek Semua Perisa Yang Ada .

Tiap Tahun Memang Tak Pernah Tinggal Sambut Maulidur Rasul , Birthday Rasulullah , Kena La Sambut Dengan Cara Rasulullah . Setahun Sekali Jugak Dapat Makan Nasi Dalam Dulang . Alhamdulillah .

Sunday, April 7, 2013

Kehilangan Yang Sangat Bermakna

Rindu bertamu di Mersing . ayooo tetiba je perasaan rindu yang teramat sangat itu datang . 

Rindu pada siapakah ? Rindu pada kehidupan dan kebahagiaan di Bangi .

Sesungguhnya daku sangat merindui . SANGAT !
Dalam kesedihan , daku masih mampu tersenyum . Biar merreka nampak gembira aku , biar mereka nampak senyuman aku . Biar aku sahaja yang tahu betapa sedih dan hibanya hati ini . 

Terima Kasih atas KEHILANGAN yang sungguh bermakna .

Aku sentiasa mendoakan yang terbaik , siapakah dia bakal imamku .

Saturday, April 6, 2013

Order Lagik .


Alhamdulillah , order semakin bertambah . kali ni keychain pelbagai bentuk . Customer dari kawan kawan sekolah adik .
To order just pm us at The Ribbon's 
Come Join & Visit us at The Ribbon's

Friday, April 5, 2013

Atok Memang Tak Boleh Duduk Diam

8MAC2013 yang lalu , subuh kami dikejutkan oleh panggilan telefon dari makcik . Makcik bagitau atok jatuh , ambulan ontheway datang nak bawak atok pegi Hospital . Abah rushing tunggu atok kat Hospital . Alhamdulillah atok tak pape . cuma pitam . tapi dokter kata darah atok ada kuman . 

Pagi tu aku masuk kerja lewat , uruskan hal atok . dan melawat atok kat wad . nasib laa aku ni kerja dalam Hospital , dapat la jugak lari lari melawat atok . seminggu atok kena tahan , bergilir gilir kami menjaga atok . Jumaat atok masuk hospital , sabtu ahad aku tak datang melawat atok . Abah cakap wad atok penuh dengan sanak saudara kita je . Mak cakap takpe , bagi peluang pada mereka yang jauh2 tu melawat atok . nanti diorang balik , kita pulak jaga atok .
hari ke 7 Atok kat Hospital , atok dah mula bosan . cakap dengan dokter nak keluar . Lepas dokter dah cek semua , esoknya dokter bagi atok keluar . macam biasa lah , atok kalau dah duduk rumah , memang tak reti diam . ade je benda dia nak buat . Alhamdulillah , sekarang atok makin sihat . kenduri doa selamat pun dah selamat dijalankan pada khamis lepas . Alhamdulillah , syukur Ya Allah .
Atok sambut birthday yang ke 80 kat Hospital . makan buah buahan je masa tu . aku tumpang sekaki ler !

Thursday, April 4, 2013