Friday, April 5, 2013

Atok Memang Tak Boleh Duduk Diam

8MAC2013 yang lalu , subuh kami dikejutkan oleh panggilan telefon dari makcik . Makcik bagitau atok jatuh , ambulan ontheway datang nak bawak atok pegi Hospital . Abah rushing tunggu atok kat Hospital . Alhamdulillah atok tak pape . cuma pitam . tapi dokter kata darah atok ada kuman . 

Pagi tu aku masuk kerja lewat , uruskan hal atok . dan melawat atok kat wad . nasib laa aku ni kerja dalam Hospital , dapat la jugak lari lari melawat atok . seminggu atok kena tahan , bergilir gilir kami menjaga atok . Jumaat atok masuk hospital , sabtu ahad aku tak datang melawat atok . Abah cakap wad atok penuh dengan sanak saudara kita je . Mak cakap takpe , bagi peluang pada mereka yang jauh2 tu melawat atok . nanti diorang balik , kita pulak jaga atok .
hari ke 7 Atok kat Hospital , atok dah mula bosan . cakap dengan dokter nak keluar . Lepas dokter dah cek semua , esoknya dokter bagi atok keluar . macam biasa lah , atok kalau dah duduk rumah , memang tak reti diam . ade je benda dia nak buat . Alhamdulillah , sekarang atok makin sihat . kenduri doa selamat pun dah selamat dijalankan pada khamis lepas . Alhamdulillah , syukur Ya Allah .
Atok sambut birthday yang ke 80 kat Hospital . makan buah buahan je masa tu . aku tumpang sekaki ler !

No comments: