Sunday, January 17, 2016

Wedding Cousin & Second Cousin

Macam mana entry ni boleh tercicir dalam draft . pelik pulak aku . takpe , blog ni kan dah macam diari aku . kalau aku nak mengimbau kenangan  , bukak blog je lah . walaupun tak ramai followers , tak ramai yang jengah blog ni . sebab aku pun bukan pandai menulis pun kan .

Okay meh la cerita , akhir bulan 11 tahun lepas , berlangsungnya majlis pernikahan cousin aku . cousin aku ni lelaki , sebaya dengan aku , geng study masa zaman SPM dulu . kitorang selalu tukar tukar soalan exam . sekarang , jodoh dia sampai dulu . Alhamdulillah . dia dapat wife orang kl . disebabkan family kitorang besar , dan keadaan atok & nenek tak mengizinkan , maka kitorang kena bergilir pergi wedding ni . separuh pergi belah KL , separuh pergi belah Perak .

Aku pergi belah KL lah kan . sebab aku dah biasa dengan Kl . Nikah dekat area rumah pengantin perempuan je , kat Taman Dagang , Ampang . Majlis resepsi kat Tasik Titiwangsa . seronok tau tengok orang kahwin ni . happy je semua orang .





Tengoklah aksi kami wakil dari pihak lelaki . Meriah kemain lagi . sebenarnya jakun , tak pernah pergi wedding yang ada kolam macam niii ... tu yang excited lain macam .


Empat daripada enam perempuan dalam gambar ni adalah wakil tunggal dari keluarga masing masing . takde family pun still happy , sebab kitorang memang rapat . siapa kata cousin belah abah biasanya tak rapat ? ni kami elokk je . siap tido sebantal lagi .


Dan ini antara gelagat kami kat photobooth . sebenarnya banyak lagi . tapi taknaklah masukkan semua . kalau nak tengok semua gambar , meh laa usha ig aku - yanapopeye .


Sepanjang Majlis ni , kita banyak guna camera Oppo , barulah aku tahu bahawa camera Oppo ni banyak menipu . kau tengok muka aku . kemain flawless lagi . sebiji jerawat pun takde , parut ? lagi lah tak nampak . tu mata tu , siap bersinar sinar . aduhaiii cantik sangat nii . takut mak mertua pelik pulak nanti .

Habis je majlis kat KL , kitorang terus gerak ke Senawang . malam tu nak stay Senawang . sebab esoknya nak ke Melaka .wedding dua pupu aku . Anak kepada sepupu abah aku . dapat cucu , jadi kupu kupu . hahaha okay tak lawak .


Weding kat Tanjung Keling , Melaka . Selamat Pengantin Baru Afiq & Izzah . cantik pengantin perempuan . yang lelaki tu dua pupu aku tau . Yang tengah tengah pengantin tu , Tok Long aku . Kenapa semua pakai seluar ? sebab lepas wedding ni kitorang nak merayap pusing Melaka . hehe bijak bijak .

Dan ini adalah perkara wajib . kalau pergi wedding sedara mara , ada karaoke pulak . memang kami akan menyumbangkan suara . karaoke suka suka hiburkan hati , raikan pengantin , apa salahnya kan . dalam masa yang sama practice bagi mantap lagi suara ni . nanti dah kahwin , nyanyi untuk laki pulak . motif sangat kan .

tahun 2016 ni ada jugak cousin yang akan kahwin , yang dah book tarikh , dua orang , yang lain ? book cepat cepat ye , jangan bergadoh berebut tarikh pulak . aku takpe , selalu mengalah .

Thursday, January 14, 2016

First Entry 2016 , Throwback 2015 .

Hye korang . Dah separuh bulan , aku baru nak update kan . lately ni office aku mengalami gangguan internet , nak update blog memang slow lah kan . takde masa lah aku nak tunggu lama lama .

Rasanya masih belum terlambat untuk aku throwback kisah suka duka aku dalam tahun 2015 . aku dah buat rumusan . 10 cerita suka duka aku untuk tahun 2015 . update kat blog , nanti senang nak buat rujukan masa depan .

1. Tahun paling Ramai Kengkawan Kahwin .
ye , tahun 2015 , ramai sangat kengkawan Nikah . boleh dikatakan tiap bulan . berderet kad kat rumah . mana yang dekat , memang aku datang . aku memang suka pegi wedding . kata orang , kalau kita rajin pergi wedding , time wedding kita nanti , ramai orang datang . InsyaAllah .

2. Pengalaman Berniaga Di Food Court .
Ini adalah pengalaman berharga . pakat dengan kawan kawan nak berniaga . mula mula berlima , sampai lah masing masing tarik diri dan tinggal aku berdua . Alhamdulillah walaupun rezeki kitorang tak lama kat situ , tapi kitorang dapat macam macam pengalaman best , dapat kenal ragam orang , perangai orang . Alhamdulillah . sekarang ni , food court tu pun dah tak wujud . InsyaAllah ada rezeki kat tempat lain .

3. Harith Anak Syurga Sakit .
Ini part sedih , Harith , anak bestfriend aku disahkan mengalami kanser Otak tahap 4 . Allahu , luluh hati si ibu , aku juga turut terkesan . satu satu perubahan pada Harith Syaz tunjuk pada aku . aku datang tengok dia masa dia sakit . sedih , tapi Harith tu kuat budaknya . semoga Allah bagi peluang lebih lama untuk kami bersama dengan Harith . keep fighting anak Ummi .

4. Friendship Goals .
Tahun 2015 jugak aku banyak habiskan masa dengan kawan kawan . sedar usia makin meningkat , dan masa untuk bersama kawan kawan akan terhad suatu hari nanti . sementara single ni , manfaatkanlah . enjoy with my lovely buddies !

5. Travel Pulau Tinggi & Pulau Besar .
Dah nama pun duduk Mersing kan , banyak pulau . Ada makcik Agent Perlancongan pulak . memang selalu lah dapat pergi pulau . kalau makcik aku dapat job besar , dia akan ajak aku teman dia pergi pulau . so memang syok la . free je . makan tanggung , semua tanggung , bawak badan je , teman dia selama kat sana . best lah . sambil tu boleh release tension .

6. Rajin Memasak .
Tahun ni jugak , aku sangat rajin memasak . sepanjang bulan puasa , boleh dikatakan hari hari aku masak . mencuba resepi baru yang tengah trend kat facebook . memang seronok tau memasak ni . ehem , gemoklah suami aku nanti . hari hari nak try resepi baru . itupun kalau rajin lah kan . 

7. Dapat Kerja Baru.
Alhamdulillah , bulan 7 haritu , aku dapat peluang berkerja dengan satu company yang agak besar . company melayu . itu yang penting . Bos tertinggi menekankan hal hal keagamaan . Alhamdulillah . selesa kerja dengan company ni . harap harap lama lah ye . 

 8. Kemahkotaan Sultan Johor
Kata kawan Mak , kalau ada peluang , pergilah tengok . majlis besar macam ni bukan selalu ada  . mungkin sekali dalam seumur hidup je kita dapat tengok upacara ni . and yes , aku berpeluang tengok depan mata . seronok , sebak . macam macam rasa ada . Daulat Tuanku .

9. Tunku Jalil Mangkat
Sama macam harith , kanser . cuma umurnya tak panjang . dia ramah , baik , ceria orangnya . Semoga tenang di sana Tunku . We Love You Much . sebak tak habis habis kalau teringat kisah dia . Orang baik , akan dikenang sampai bila bila . Sama macam Arwah Pak Yus . yaya torey tetap di hati.

10. Mak jumpa bakal menantu & bagi green light .
Alhamdulillah , ni part paling best sekali . bukan senang mak nak terus suka bila pertama kali jumpa . pandai you amek hati mak & adik adik kan . nanti jumpa abah pulak . pastu boleh kawen , yeayyy !!

 Senyum senyum taip entry ni . banyak yang indah . semoga 2016 lebih indah . jumpa nanti ! bye !

gambar : credit to pakcik google