Sunday, January 17, 2016

Wedding Cousin & Second Cousin

Macam mana entry ni boleh tercicir dalam draft . pelik pulak aku . takpe , blog ni kan dah macam diari aku . kalau aku nak mengimbau kenangan  , bukak blog je lah . walaupun tak ramai followers , tak ramai yang jengah blog ni . sebab aku pun bukan pandai menulis pun kan .

Okay meh la cerita , akhir bulan 11 tahun lepas , berlangsungnya majlis pernikahan cousin aku . cousin aku ni lelaki , sebaya dengan aku , geng study masa zaman SPM dulu . kitorang selalu tukar tukar soalan exam . sekarang , jodoh dia sampai dulu . Alhamdulillah . dia dapat wife orang kl . disebabkan family kitorang besar , dan keadaan atok & nenek tak mengizinkan , maka kitorang kena bergilir pergi wedding ni . separuh pergi belah KL , separuh pergi belah Perak .

Aku pergi belah KL lah kan . sebab aku dah biasa dengan Kl . Nikah dekat area rumah pengantin perempuan je , kat Taman Dagang , Ampang . Majlis resepsi kat Tasik Titiwangsa . seronok tau tengok orang kahwin ni . happy je semua orang .





Tengoklah aksi kami wakil dari pihak lelaki . Meriah kemain lagi . sebenarnya jakun , tak pernah pergi wedding yang ada kolam macam niii ... tu yang excited lain macam .


Empat daripada enam perempuan dalam gambar ni adalah wakil tunggal dari keluarga masing masing . takde family pun still happy , sebab kitorang memang rapat . siapa kata cousin belah abah biasanya tak rapat ? ni kami elokk je . siap tido sebantal lagi .


Dan ini antara gelagat kami kat photobooth . sebenarnya banyak lagi . tapi taknaklah masukkan semua . kalau nak tengok semua gambar , meh laa usha ig aku - yanapopeye .


Sepanjang Majlis ni , kita banyak guna camera Oppo , barulah aku tahu bahawa camera Oppo ni banyak menipu . kau tengok muka aku . kemain flawless lagi . sebiji jerawat pun takde , parut ? lagi lah tak nampak . tu mata tu , siap bersinar sinar . aduhaiii cantik sangat nii . takut mak mertua pelik pulak nanti .

Habis je majlis kat KL , kitorang terus gerak ke Senawang . malam tu nak stay Senawang . sebab esoknya nak ke Melaka .wedding dua pupu aku . Anak kepada sepupu abah aku . dapat cucu , jadi kupu kupu . hahaha okay tak lawak .


Weding kat Tanjung Keling , Melaka . Selamat Pengantin Baru Afiq & Izzah . cantik pengantin perempuan . yang lelaki tu dua pupu aku tau . Yang tengah tengah pengantin tu , Tok Long aku . Kenapa semua pakai seluar ? sebab lepas wedding ni kitorang nak merayap pusing Melaka . hehe bijak bijak .

Dan ini adalah perkara wajib . kalau pergi wedding sedara mara , ada karaoke pulak . memang kami akan menyumbangkan suara . karaoke suka suka hiburkan hati , raikan pengantin , apa salahnya kan . dalam masa yang sama practice bagi mantap lagi suara ni . nanti dah kahwin , nyanyi untuk laki pulak . motif sangat kan .

tahun 2016 ni ada jugak cousin yang akan kahwin , yang dah book tarikh , dua orang , yang lain ? book cepat cepat ye , jangan bergadoh berebut tarikh pulak . aku takpe , selalu mengalah .

No comments: