Wednesday, November 12, 2014

Friday, November 7, 2014

Weekend Wedding Lagii

dah lama tak cerita pasal wedding kan ? yelah , takde jemputan , camne nak pegi , sebab tu takde cerita wedding . dua minggu lepas 25 Oktober , dapat 5 jemputan . haa pengsan sekejap . punya lah memikir nak pegi mana satu , nak susun masa supaya jimat waktu perjalanan dari satu majlis ke satu majlis .

so macam biasa lah , aku kan selalu jadi ketua rombongan . akan plan nak pegi mana dulu . so 5 jemputan - 3 wedding kawan , 2 wedding abang dan kakak kepada kawan . makanya , kita pergi wedding yang tak penting dulu lah , means dua wedding abang dan kakak kepada kawan kitorang . hehe .
Keluar rumah pukul 2 . berkebaya . rasa sangat ayu . ramai pulak yang puji kata cantik . terus kembang tahap nak meletup . ni yang rasa nak beli kebaya banyak banyak niiii .

selesai dua buah rumah yang tak penting , terus gerak ke rumah kawan kawan . dah short satu jam masa sebab tunggu si lelaki lelaki ni pergi solat . orang sebelum keluar rumah solat dulu , ni takk . lepas tu kemain lama mengalahkan perempuan . jenuh kaum wanita ni menunggu . rasa nak lempang muka sorang sorang .
Gambar 1 - Wedding Sofea & Suami . kawan kepada kengkawan aku nii . aku kenal dia pun masa dia tunang . terpaksa ikut diorang . hehe .

Gambar 2 - Wedding Nor Mohd & Ira . Nor kawan dari sekolah rendah , Ira pulak sedara aku . hehe kecik je dunia . kitorang sampai rumah pengantin pukul 3.45 , pengantin dah selamat salin baju . dah get ready nak gosok periuk . tapi kitorang paksa dia snap gambar dengan kitorang sebagai bukti kitorang datang wedding dia . hehe

Gambar 3 - Wedding Zaitunnah & Suami . kawan sekolah menengah , customer aku jugak nii . yang ni lagi best , rumah dia kawasan kampung , kitorang sampai rumah dia pukul 4.30 , dia baru balik outdoor !! lagi kejam . tapi kitorang buat benda wajib je lah , bergambar ! hehe

Gambar 4 - kami berselfie lahhh . mana boleh tak selfie . sesekali pakai cantik cantik hensem hensem ni kann . hehehe . sayang korang lah !


Begitulah cerita kami menghadiri 5 wedding dalam satu hari . Dengan doa dan harapan semoga wedding kami nanti , akan meriah dan ramai yang hadir . ehh nak kawen dah ke ? haha ! opss !




Thursday, November 6, 2014

spontaneous thursday #129

Introducing....

Our new Company..

REBEN POPEYE

Insta : rebenpopeye

Fb : Reben Popeye

Fb page : Reben popeye

whatsapp / telegram : 0177949838 / 01132117347


Monday, November 3, 2014

Unplanned - Penang

Aku memang lah suka buat kerja gila kan . kalau dah terlintas kat kepala hotak ni , laju je pegi . tak kira duit ada ke takde , lantak . janji sampai tempat tu . aku ni jenis , tak dapat shopping pun takpe , janji dapat makan dan jalan . itu yang penting .

17Oct lepas , plan asal nak ke KL je . jenjalan kat kl , tapi bila sampai je kat TBS , di sambut mesra oleh sahabat . dia pun bukak mulut dan bertanya - ke mana kita ? laju je mulut cakap - Jom Penang ! tak banyak cakap , isi minyak , beli jajan , nescafe semua cukup lengkap , berdezupp ke Penang . semua perhentian nak berhenti sebab mengantuk . yelah , unplanned , badan pun tak ready lah .

Sampai Penang pukul7.30 pagi , terus ke Georgetown , pusing pusing cari sarapan . lepas sarapan pergi Hard Rock Hotel , ada hati nak duduk hotel mahal , nasib baik full . haha ! lepas tu terus ke Cititel Hotel , kat Jalan Penang . hasil carian google , katanya sini best sebab tempat best best semuanya berdekatan . so memang decide stay sini .

Nasib baik dapat check in awal , pukul10.30 pagi dah dapat check in , mandi mandi , tido jap , lepas zohor keluar cari Nasi Kandar Line Clear . alaaa gambar takde pulak sebab aku tak berapa gemar adik beradik nasi minyak niii .
motif utama nak pegi Penang , ni jee . Penang Street Art . tapi on the way ke Penang tu laju je laa mikir apa makanan best kat sana kan . dan wajib rasa !
 Malam tu pegi cari Char Kuey Teow Penang dengan Mee Sotong . sangat sedap hokeyy . sampai sekarang aku masih terbayang kesedapan Mee Sotong tu . sotong besar besar tu .. aduhh duhh dapnyeee ! lepas makan pusing pusing area pantai , tengok cruise , tak turun pun sebab hujan . balik tido lagi best kan ? Unplanned vacation memang gini , masa singkat , jalan pun ikut mana sempat je . janji tujuan utama dah dapat .
Esoknya bangun pagi terus siap siap nak check out . saje check out awal sebab plan nak sampai KL sebelum pukul 3 , sebab nak kejar bas aku balik Mersing pukul 6 . tapiii...cite nanti...ni nak cerita pasal Bukit Bendera pulak . sampai situ dalam pukul10.30 pagi . pagi lagi tapi orang dah ramai tapi tak ramai sangat . cari parking , beratur terus beli tiket .
Lepak atas tu dalam sejam lebih , gambar gambar lepas tu terus turun . turun dari bukit bendera dalam pukul12 , masih sempat nak rushing balik kl , tetiba teringat takde beli buah tangan pun ! ok sempat bergaduh sebab sorang nak balik cepat , sorang sibuk nak beli ole2 ! haha padan muka aku .
 Makan Nasi Kandar lagi sekali , pastu berlari masuk kedai Pak Ali , capai segala jeruk , taktau apa benda aku main capai je , time nak bayar , bulat biji mata kau ! haha nasib baik cukup duit . ngam ngam pulak tu ! masa on the way ke Penang malam tu , aku cakap dah ..masuk penang nak lalu jambatan , balik nak naik feri . terima kasihlaa tunaikan segala impian saya ye . hehe
 kata sepupu aku , kalau naik feri , tak sah tak posing , maka aku nak jugak lah mengabadikan kenangan bersama feri tersebut . walaupun hanya dari belakang . tadi kata target nak sampai kl pukul 3 kan ? harapan sangat lahhh . tunggu feri punya pasal ...pukul 3 baru keluar dari penang ! bukan pukul 3 dah sampai KL . bhahaha ! tak jadi nak bergadoh sebab masing masing gelakkan diri sendiri . padan muka !

Sudahnya sampai kl pukul 7 malam . bawak slow je sebab hujan sepanjang jalan . sedap tido tapi tak dapat tido lena , kena temankan driver , kalau tak kau memang mintak maki . sampai je kl terus ke TBS , cari tiket balik Mersing , ada tapi pukul 11.30 malam . menunggu lagi 4 jam ? pengsan . apa nak buat tah . tetiba teringat Zizan . lalu pergi lah kita ke Burgerbyte , mengisi perut yang lapar . lepak situ sejam dua , boring dan masih berbaki dua jam . layan karok sejam pastu terus pegi TBS . lepak situ sambil tunggu nak naik bas .
 Tenkiu so much la sahabat kerana sudi menunaikan segala impian aku . hehe . hah ? gambar dia ? tak perlu lah ada dalam ni . muka dia macam mujibur jual karpet tu haa . kojaq giler aku ! dia kata aku yang jemur dia kat Penang sampai jadi Mujibur . haha maafkan sayaaa .

 Begitulah kisah jalan jalan aku ke Penang . tak boleh bagi info yang best best sebab aku sendiri pergi main terjah . taktau mana yang patut pergi dulu . hehe .

p/s : tapi kalau ada peluang , memang nakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat pegi lagi . tapi lepas ni kalau pergi , biarlah teratur perjalanannya . hehe tenkiu uolls !


Friday, October 3, 2014

Ulangtahun yang keeeeee ??

alaaa buat apa nak rahsia pasal umur . umur tu kan cuma angka . wakaka !

Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat diriku ini . malam tu macam biasa , keluar melepak dengan kengkawan . pastu tetiba je baby kitorang datang bawak kek . alaa aku tak harap pun surprise dari diorang . sebab aku sendiri bukan penggemar kek . yea , aku tak makan kek .

Nasib baik mereka memahami , beli kek biasa je . kek gulung . kek longan . sedap , tak manis . aku makan sesuap je lah . dah memang jenis tak suka kek kedai . kalau kek mak yang buat , bagi sebiji pun aku telan . wakaka !

celebrate sama sama . terima kasih sayang sayangku semua . terima kasih belanje makan . chicken chop sedap . air bandung sedap . muah ! lepas makan pergi karoke pulak . dua jam . menyanyi melalak sakan . dan aku nyaris nyaris nak kena simbah dengan air . birthday bash katanya . waklu !

terima kasih bagi strawberi , sweet lah konon kononya . yang bagi shawl pun terima kasih . bertolak tolak , segan nak mengaku dia yang bagi hadiah tu . hahaa kelakar sangat lah kawan kawan aku ni . gerammm nak lempang lempang je rasa . ye , kawan aku mostly lelaki . aku lebih suka lepak dengan lelaki daripada lepak dengan perempuan yang sikit sikit nak touching , pastu sikit sikit nak dating and berkepit dengan pakwe . itu sangat membosankan okay ?

dan semalam orang tu bagi sushi pulak .. arghh ! memang kegemaran sangat kan . mana boleh kata taknak .

aku tak boleh katakan TIDAK pada makanan berhantu ni . apa ? makan sushi otak berulat ? badan penuh cacing ? laaa aku bukan makan tiap hari pun . seminggu sekali pun tak . jangan risau lah . kalau betul makanan ni membahayakan , takdenye dia nak jual merata rata . think positive ye anak anak .

terima kasih yang tak terhingga buat semua ? apa ? ada lagi upcoming present ? wahhh bestnya ! rasa dihargai sangat ! thank you semua !

with love ;

Tuesday, September 30, 2014

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah . Genap 24 tahun harini . Rindu birthday wish dari mak . Tapi mak wish jugak pagi tadi - yuhuuu happy birthday ! Mak pun dah boring taktau nak wish apa agaknya . Hehe

Terima kasih kepada semua yang mengingati . Yang mendoakan . Ai is terharu uolls . Umur makin bertambah , perangai gila gila tak tahu bila nak ubah . Tahun ni mostly yang wish semua cakap pasal jodoh . Aminn aminnn . Insyaallah , ada jodoh dapatla korang tengok aku naik pelamin yang aku sendiri tak tahu dengan siapa . Sob sob !
Terima kasih sekali lagi buat semua . Buat family , kengkawan , kesayangan semua . Terima kasih yang tak terhingga . Aku sayang korang semua . Muah sejuta kali !

Thursday, September 25, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Burger Tepi Jalan

nampak macam simple kan ? tapi inilah makanan kegemaran aku . suruh aku makan tiap hari pun boleh . tak jemu ! sebab aku memang suka .

bila dah lama tak makan , boleh jadi sampai mengidam . mengidam jenis pelik .
Nak burger tepi jalan , taknak burger kfc .
Nak yang bungkus tisu / plastik , taknak yang letak dalam polisterin .

nasib baiklah aku punya kawan kawan yang rajin melayan .
syukur aku punya kawan yang selalu ada tika aku sedih dan gembira .
syukur aku punya kawan kawan yang setia
syukur aku punya kawan yang selalu ambil berat tika aku dilanda masalah .
Syukurrr Ya Allah .
tengokkkk ! sorang cakap nak makan burger , semua setuju dan makan bersama . happy je muka masing masing . ini adalah burger paling sedap kat Mersing . memang mahal tapi sedap sangat ! puas hati makan burger dia . hingga menjilat plastik . haha !

sekarang aku tengah bersedih hati . kalau aku sedih , aku cari masa untuk lepak dan borak dengan diorang . dengan diorang , sekejap je aku boleh lupakan masalah dan kesedihan aku . Terima Kasih Allah kurniakan aku sahabat yang sangat memahami begini .


Friday, September 19, 2014

Tiga Daripada Lima Jemputan

Memang nak menangis bila aku kenangkan kembali . satu ahri 5 jemputan majlis perkahwinan . kau mampu nak pergi semua sekali . dah laa semuanya aku kenal . kawan kawan jugak . tapi dua tu tak berapa nak rapat . kalau jumpa pun senyum senyum je .

Alkisahnya 13 September lepas , aku dapat lima jemputan . aku kalau pergi wedding haruslah pergi bersama rakan rakan tercinta . lepas tu satu lagi kegemaran aku , kalau pergi wedding , adalah wajib untuk aku bergambar bersama mereka . sebagai bukti aku datang wedding diorang ! haa nampak tak betapa berusahanya aku . kononnya dengan cara ni , wedding aku nanti ramailah yang datang . Insyaallah....

So , bincang punya bincang , kitorang keluar rumah pukul1.30 , sebab pengantin yang berbaju kuning tu bersanding pukul 1.30 . tak makan pun kat rumah dia sebab orang sangatlah ramai . tak selesa jadinya . sebab semua nampak macam berebut rebut sangat kan .

Makan kat rumah kedua , rumah Syidah , yang pelamin ada rama rama tuu . cantik sangat ! wehuuu Selfie dengan pengantin tu gambar paling mahal . pengantin masuk air , geng satu kepala . haruslah buat perangai kat majlis sendiri kan . haha !

pukul3 rushing pergi rumah pengantin baju putih tu . sebab rumah dia jauh ! 30-40 minit baru sampai . so we need to rush ! tapi tengah jalan hujan lebat , so terpaksa bawak slow and steady . sampai rumah dia dalam pukul3.45 , terus masuk cari pengantin . pengantin muka penat . rupanya pengantin demam . patutlah dia tak ceria . kesian dia .

Alhamdulillah , semua majlis berjalan dengan lancar . desert semua sedap sedap . terbaek lah ! balik dari rumah last ni , kitorang menyinggah ke Penyabung makan ketam goreng ! makan benda panas time hujan memang superb !

#ootd katanya . dah lama mengidam nak pakai kebaya . dapat pun . alaaa pompuan sangat nii !


Thursday, September 18, 2014

spontaneous thursday #126

Kita asyik memikirkan tentang Jodoh .
Sedangkan kematian juga sudah tertulis di loh mahfuz .
Bila bila saat juga bisa dijemput Ilahi .

Monday, September 15, 2014

Jalan Jalan Sehari

Salam Isnin . Esok cuti . Ramai yang ambil cuti tersepit harini . Tapi aku tetap tabah bekerja . Esok nak topup tido sepuas hati . Nak cerita kisah jenjalan haritu . Tak jauh pun . Tanjung Piai je . Hujung Benua .

Kitorang ada group chat kat Telegram . Semua benda share kat situ . Even ada masalah cinta pun , boleh share kat situ . Ramai tukang jawab . So , nak dijadikan cerita . Malam tu masing masing deal nak berjalan esoknya . Sebab minggu lepas punya plan tak jadi kerana mereka tidur mati !! 

Pukul 8 lebih gerak ke Tanjung Piai . Sampai sana dah 11 lebih . Terus masuk dan jalan jalan . Enjoy uolls !
Nampak kan muka bahagia masing masing . Dan perlu ke aku membulatkan biji mata ku ? Tak paham ! Haha . Seronok jalan jalan . Baca macam macam info . Asal usul nama tanjung piai . First time datang sini . Nama je orang Johor . Memalukan sungguh laa . 
Selfie lah kami berempat . Pagi tu sempat jugak aku buatkan ubi goreng . Bawak bekal katanya . Lepas tu masing masing lawan kentut . Merasa lah kau . Kedian mereka tapi mereka bahagia . Apa kau merepek ni senah oiii !
Dan wajiblah selfie kat sini kan . Bukti dah sampai kat sini . Tiga jam jugak lah kitorang lepak kat sini . Pastu masing masing dah lapar , jom cari makanan dan balik !!
Sepanjang perjalanan balik , susah betul nak cari makanan . Nak kata cuti , takkan laa semua pakat tutup kedai . Jumpa satu kedai kat Pekan Nenas . Nasib baik sedap ! 

Perut dah kenyang , teruskan perjalanan balik ke Mersing . Memang takde singgah mana mana . Memang tuju Tanjung Piai . Tempat dia sangatlah best .  Kalau lah dekat , tiap kali tension mesti aku datang sini . Malangnya dia jauh . Nama pun hujung benua kan . 

Sunday, September 14, 2014

Makan Pengubat Stress

Macam dah lama tak cerita pasal makan . yelaa sekarang ni semakin kuat berjalan . dah semakin banyak entry berjalan ada dalam draft tu . bila nak up tak tahu lah . ini makanan kegemaran aku buat masa ni .
Thai Style Fish Fillet with Cappucino Ice.

wahhh gitu nama dia . since perut aku masih tak boleh nak terima nasi , maka aku makan ini tanpa nasi . sedap . sambil borak borak sambil kunyah . memang sangat pedas . tapi makin pedas makin nak lagi . boleh tak bayangkan betapa sedapnya menu ni ?

kalau tengah kerja , tiba tiba lapar lepas tu macam takde geng nak lunch , datang la kedai kek ni , order ni dan makan sorang sorang . dah kenyang , masuk kerja balik dengan senyuman . mudah kan ? haha motif sangat lah kau ni jemah !

Minggu lepas , stress sikit dengan kerja dan keadaan sekeliling . mengadu dengan someone . malam tu dia hantar makanan kat rumah .
masa tu , rasa macam nak lompat guling guling ! betapa happy nya dapat makanan kegemaran ni . kalau nampak mesti sawan . sebab memang suka . tak pernah benci ! adik adik pun suka . abah pun ! ohh atok pun suka sushi !

baru sekarang aku percaya , bila stress , makan lah banyak banyak . hilang terus stress dan serabut dalam kepala . lagi lagi kalau makan yang sedap sedap . haha !

korang kalau nak buat aku happy , macam ni lah . bawak aku jalan , pastu bagi aku makan . kompem ! aku senyum bahagia siap melompat bagai !
macam ni lahhh ! aku suka jalan jalan dan makannnnn !


Saturday, September 13, 2014

Ada yang RINDU...

Khamis lepas .... ada orang tag gambar ni...
dengan caption :
Done! Me, Rindu Wajah2 Ini... Rindu Kenangan dan Cerita Disebalik Perkenalan. Rindu Saat Bersama, Bergembira. Dari Bujang sampai Dah Jadi Mummy... dan SEDIH Bila Terpaksa Berjauhan.. Hanya Telefon Penghubung Kebahagiaan..

Dari Kejauhan, Daku yg Kerinduan...
AnyzzHanyAbdHamid
JOHOR BAHRU,
10/09/14,
1:29PM
(Edisi Airmata, Terhad)

yang paling aku tak tahan , ayat last - Edisi Airmata , Terhad . taktau nak gelak ke nak sedih . tetiba pulak perempuan ni beremosi . dia kata dia rindu sangat . sangat rindu . tipulah kalau nak kata aku tak rindu . aku pun rindu . 

sejak dia dah kawen , lagi lagi dah ada anak ni , aku seperti dipinggirkan . cewah ! takde laa , dia dah ada life dia sendiri . aku je masih terkontang kanting lagi kan . life must go on kan ? aku pulak tengah sibuk dengan bantal bantal . bila free kitorang contact jugak . dunia teknologi sekarang kan . mudah .

cuma dah tak aktif macam dulu la . dulu setiap minit chat . tiap hari balik kerja teman dia layan traffic jam . borak borak gosip gosip . sekarang dah takde semua tu . dia balik kerja rushing nak tengok anak . aku balik kerja rushing nak capai benang and jarum . 

rasanya last jumpa dia masa puasa . sempat berbuka puasa sama sama . kebetulan aku ke JB . raya tak jumpa sebab dia balik Mersing , aku ke Tampin . last jumpa 30 ogos haritu . tu pun sebab wedding sepupu dia . kebetulan belakang rumah aku je . amek kesempatan laa jumpa walaupun sekejap . dan takde masa nak gosip lama lama macam dulu . serius sangat rindu life dulu . tapi kita makin tua kan . harap sedar diri .
kitorang memang suka bergambar . sangat suka . masa ni , anak dia laki dia pegang . so dia berangan jadi anak dara kejap . selfie time ! thank you Mia jadi photographer angah masa tu , hehe . 

Babe , seriously aku pun rindu kau . aku rindu nak mengadu everything dengan kau . aku rindu nak jalan jalan dengan kau . aku rindu nak lepak kat rumah kau . aku rindu semua . tapi aku taknak bebankan kau dengan cerita cerita merepek aku . since kau pun dah ada Nufail . tetiba aku pulak emosi taip entry ni . kau tau aku buat bantal bantal tu untuk hilangkan kesunyian aku kan ? aku sibukkan diri aku dengan semua tu . doakan aku berjaya okay . life kau dah sempurna sekarang , ada suami ada anak . aku taktau bila turn aku . Doakan aku , walau kita jarang jumpa . lepas ni aku taktau bila lagi kita nak jumpa . rumah baru kau pun aku tak tengok lagi . Insyaallah , ada rezeki nanti kita holiday sama sama . bawak Nufail tapi tinggal laki kau . haha kejam tak aku ?

with love , Yana Popeye . Aku selalu rindu kau , Anyzz . ciumkan Nufail untuk aku .



Friday, September 12, 2014

Bulan Merdeka .

kita masih dalam  bulan merdeka kan ? masih sambut merdeka kan ? bendera pun penuh lagi kan ? maka , belum terlambat untuk aku mengucapkan salam merdeka yang ke-57 .
nama pun tauke bantal kan . wish hari merdeka pun wajib lah dengan bantal . sebenarnya , bantal ni aku & adik buat khas untuk mak . mak ada masuk pertandingan gubahan . macam selalu lah , mak kalau masuk pertandingan , dia akan buat dengan detail . sangat detail . kemas . itu satu aku tak boleh kalahkan mak . mak punya gubahan sangat kemas . aku ? ada laa sikit compang campingnya . 
KUNTUM MERDEKA . tengah malam baru dapat nama . dari pagi bawak ke malam sebutir idea tak keluar . yang keluar semua merepek meraban . bangun tidur tengok mak dah pergi bertanding , sangat semangat . tanya adik , mak letak nama apa . adik pun taktau . bila balik , tengok nama Kuntum Merdeka . tanya mak siapa bagi nama . mak kata - Abang . wahhh , great idea brother ! haha .

tanya mak lagi - no berapa ? mak pun jawab dengan poyonya - emm macam biasalah ! haha agak riak di situ ye ! orang tu kata , mak menang sebab kemas . pastu semangat siap ada logo dengan bendera . Alhamdulillah , rezeki mak . tahniah la ye .

Salam Merdeka buat semua . Syukur kita masih hidup aman di negara sendiri . jangan lupa pada saudara islam kita di sana .

 ohh lupa nak cakap , dah berapa puluh tahun , tiap kali merdeka mak letak bendera banyak banyak kat luar rumah . tiba tiba tahun ni bendera kena curi . nakkkk je aku cekik cekik si pencuri bendera tu . nak sambut merdeka tu , bendera beli sendiri lah oiii ! ehhh , marah pulak . oklah , baiii !