Friday, September 19, 2014

Tiga Daripada Lima Jemputan

Memang nak menangis bila aku kenangkan kembali . satu ahri 5 jemputan majlis perkahwinan . kau mampu nak pergi semua sekali . dah laa semuanya aku kenal . kawan kawan jugak . tapi dua tu tak berapa nak rapat . kalau jumpa pun senyum senyum je .

Alkisahnya 13 September lepas , aku dapat lima jemputan . aku kalau pergi wedding haruslah pergi bersama rakan rakan tercinta . lepas tu satu lagi kegemaran aku , kalau pergi wedding , adalah wajib untuk aku bergambar bersama mereka . sebagai bukti aku datang wedding diorang ! haa nampak tak betapa berusahanya aku . kononnya dengan cara ni , wedding aku nanti ramailah yang datang . Insyaallah....

So , bincang punya bincang , kitorang keluar rumah pukul1.30 , sebab pengantin yang berbaju kuning tu bersanding pukul 1.30 . tak makan pun kat rumah dia sebab orang sangatlah ramai . tak selesa jadinya . sebab semua nampak macam berebut rebut sangat kan .

Makan kat rumah kedua , rumah Syidah , yang pelamin ada rama rama tuu . cantik sangat ! wehuuu Selfie dengan pengantin tu gambar paling mahal . pengantin masuk air , geng satu kepala . haruslah buat perangai kat majlis sendiri kan . haha !

pukul3 rushing pergi rumah pengantin baju putih tu . sebab rumah dia jauh ! 30-40 minit baru sampai . so we need to rush ! tapi tengah jalan hujan lebat , so terpaksa bawak slow and steady . sampai rumah dia dalam pukul3.45 , terus masuk cari pengantin . pengantin muka penat . rupanya pengantin demam . patutlah dia tak ceria . kesian dia .

Alhamdulillah , semua majlis berjalan dengan lancar . desert semua sedap sedap . terbaek lah ! balik dari rumah last ni , kitorang menyinggah ke Penyabung makan ketam goreng ! makan benda panas time hujan memang superb !

#ootd katanya . dah lama mengidam nak pakai kebaya . dapat pun . alaaa pompuan sangat nii !


2 comments:

Ezy Loy said...

bagos2.. nt msti rmai yg dtg wedding awk..
=)

Ezy Loy said...

bagos2.. nt msti rmai yg dtg wedding awk..
=)