Saturday, September 13, 2014

Ada yang RINDU...

Khamis lepas .... ada orang tag gambar ni...
dengan caption :
Done! Me, Rindu Wajah2 Ini... Rindu Kenangan dan Cerita Disebalik Perkenalan. Rindu Saat Bersama, Bergembira. Dari Bujang sampai Dah Jadi Mummy... dan SEDIH Bila Terpaksa Berjauhan.. Hanya Telefon Penghubung Kebahagiaan..

Dari Kejauhan, Daku yg Kerinduan...
AnyzzHanyAbdHamid
JOHOR BAHRU,
10/09/14,
1:29PM
(Edisi Airmata, Terhad)

yang paling aku tak tahan , ayat last - Edisi Airmata , Terhad . taktau nak gelak ke nak sedih . tetiba pulak perempuan ni beremosi . dia kata dia rindu sangat . sangat rindu . tipulah kalau nak kata aku tak rindu . aku pun rindu . 

sejak dia dah kawen , lagi lagi dah ada anak ni , aku seperti dipinggirkan . cewah ! takde laa , dia dah ada life dia sendiri . aku je masih terkontang kanting lagi kan . life must go on kan ? aku pulak tengah sibuk dengan bantal bantal . bila free kitorang contact jugak . dunia teknologi sekarang kan . mudah .

cuma dah tak aktif macam dulu la . dulu setiap minit chat . tiap hari balik kerja teman dia layan traffic jam . borak borak gosip gosip . sekarang dah takde semua tu . dia balik kerja rushing nak tengok anak . aku balik kerja rushing nak capai benang and jarum . 

rasanya last jumpa dia masa puasa . sempat berbuka puasa sama sama . kebetulan aku ke JB . raya tak jumpa sebab dia balik Mersing , aku ke Tampin . last jumpa 30 ogos haritu . tu pun sebab wedding sepupu dia . kebetulan belakang rumah aku je . amek kesempatan laa jumpa walaupun sekejap . dan takde masa nak gosip lama lama macam dulu . serius sangat rindu life dulu . tapi kita makin tua kan . harap sedar diri .
kitorang memang suka bergambar . sangat suka . masa ni , anak dia laki dia pegang . so dia berangan jadi anak dara kejap . selfie time ! thank you Mia jadi photographer angah masa tu , hehe . 

Babe , seriously aku pun rindu kau . aku rindu nak mengadu everything dengan kau . aku rindu nak jalan jalan dengan kau . aku rindu nak lepak kat rumah kau . aku rindu semua . tapi aku taknak bebankan kau dengan cerita cerita merepek aku . since kau pun dah ada Nufail . tetiba aku pulak emosi taip entry ni . kau tau aku buat bantal bantal tu untuk hilangkan kesunyian aku kan ? aku sibukkan diri aku dengan semua tu . doakan aku berjaya okay . life kau dah sempurna sekarang , ada suami ada anak . aku taktau bila turn aku . Doakan aku , walau kita jarang jumpa . lepas ni aku taktau bila lagi kita nak jumpa . rumah baru kau pun aku tak tengok lagi . Insyaallah , ada rezeki nanti kita holiday sama sama . bawak Nufail tapi tinggal laki kau . haha kejam tak aku ?

with love , Yana Popeye . Aku selalu rindu kau , Anyzz . ciumkan Nufail untuk aku .



No comments: