Saturday, November 30, 2013

Dalam Kek Ada Cili & Bawang ?

happy birthday to youuu . happy birthday to youuu .
happy birthday to beshtieee....
happy birthday to you..... !

minggu lepas , berkesempatan sambut birthday salah sorang beshtie . 
walaupun simple , tetap happy ...
beli sepotong kek kat kedai kek , pastu suruh owner kedai decorate kan and buat suprise , hasilnya sangat menarik ! tengss wan tolong decorate walaupun lepas tu kau kutip balik segala lada dengan bawang tu . haha !
daku bersama birthday girl . Suhaila yang sentiasa comel . happy birthday sue .
kami celebrate berempat je , tetiba alif datang , so ajak join sekali . lagi ramai lagi best kan . jangan jadi budak bertiga kat bawah ni , datang tapi duduk table lain . hanginnn je aku , ape yang dimalukan sangat tah....
Seronok bila tengok kawan kawan seronok . bahagia bila kita membahagiakan orang . terima kasih kawan kawan untuk hubungan yang ikhlas ini . sayang semua !

Aktiviti Bila Kakak Hasut Suruh Halfday !

mostly entry aku ni , entry mingu lepas dan dua minggu lepas . maklumlah dua minggu jugak tak jengah blog , jengah pun takde mood nak menulis . so tengok je lahh entry lama lama .

Ini kisah dua beradik pergi mencari kepah , bersama mak yang memang tak pernah cari kepah . dan tokmak yang hanya melihat dari jauh . hehe . hari tu aku kerja halfday je . sebab kakak offday masa tu . pastu aku kat office tak senang duduk , dia dok wechat aku tiap masa suruh balik . pastu dia hasut aku macam macam . sampailah akhirnya aku tergoda , tepat jam 12 tengahari aku cabut balik . haha !

sampai je kat rumah , tengok mak tak siap masak lagi . so panggil kakak datang rumah , (untuk yang tak tahu , 'kakak' is jiran aku , sebab aku takde kakak dan dia takde adik , so kami sangat rapat memang macam adik beradik) sebab akak nak sangat tengok cerita Highland Tower . so melepak laa semua kat rumah . tokmak pun datang , si gemuk afrina pun datang . 
nilah indahnya hidup berjiran , kami macam satu family , semua nak dikongsi bersama . sangat bahagia  !

so , petang tu lepas asar , kami bersiap untuk ke pantai mencari kepah . yeayy cari kepah ! selama dua jam berada dalam laut . cewahh . ni lah hasilnya ..
Photo: Hasil Berendam Petang Tadi . Wajib Repeat Minggu Depan . Nak Ajak Adik Adik Pulak . Mihmihmih !
kepah adalah cantik . kepah adalah sedap . dan seronok . berbaloi baloi . berselera makan bila kepah tu kita sendiri yang cari , lepas ni tak boleh nak marah kenapa seafood mahal . sesungguhnya sangat susah nak mencari kepah . berasa susah dan penat hidup sebagai orang laut . bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni . esok nak bawak adik adik pulak , ajar mereka susah senang hidup kat dunia ni . 

belajar menghargai sebab selama ni bila mak masak , diorang akan tanya : "ni jee ?" . sangat tak bersyukur !

Friday, November 29, 2013

Nasi Goreng Tido ! All Time Feveret !

Balik je dari sign report card , kawan baik call ajak breakfast , padahal masa tu dah pukul 11 . layankan aje lah , dah orang ajak , ajak breakfast tempat best pulak tu . laju je lah aku ON !

Tempat breakfast paling terbaikkk kat Mersing . makan tiap hari tanpa jemu . walaupun agak jauh dari rumah , kerana kesedapan , ku gagahkan jua . banyak kali ajak budak budak opis makan sini , tapi diorang taknak . haa lantak . jom tengok apa 'spesel' kat sini . 
 macam biasalah , pesakit mental seperti kami ni memang suka amek gambar sebelum makan . Menu utama yang paling fofulerr di sini adalah Nasi Goreng Tidur . nasi goreng dia , kalau makan , wajib tutup mata ! sangat sedap . sebab tu dia panggil nasi goreng tidur , makan sambil tidur ..hehe . 
Ramai orang kata , lepas makan nasi goreng ni , kita tidur sebab mengantuk . ohh itu salah yea . saya adalah penggemar nasi goreng tidur . lepas makan takde nye nak rasa mengantuk . apa yang special kat sini , nasi goreng dia memang terhidang sekali dengan sup daging . sup daging yang pekat dan sangat ummphh ! tak boleh nak cerita sendiri , korang kena datang rasa !
 lagi special , ada air bandung ais tarik . memang superb ! banyak buih . memang feel je minum . so korang yang duduk Mersing , tapi tak pernah rasa , jom singgah kat Kedai Nasi Goreng Tidur , kat Air Papan . Kalau lalu jalan luar , masuk je simpang air papan , korang straight je , nampak kedai tepi jalan belah kanan . itulah kedainya , tak salah lagi ! lagi meyakinkan , kalau nampak kereta parking kiri kanan , dari jauh dah tau kedai bukak . kedai ni tutup setiap hari isnin okay ! kalau lalu jalan dalam , sampai simpang tiga tu , belok kiri , kedainya belah kiri . jangan tersalah pulak ye !
Masa aku pegi ni , roti jala dah habis . Weekend ni nak bawak mak , adik adik dengan Tokmak makan kat sini ! pastu nak pergi berkelah sambil mencari kepah . sape nak join ? jommm !!

Dua Minggu Lepas.....

Dua minggu lepas , (nampak sangat memang dah masuk dua minggu laa aku tak update blog ni) . atas faktor faktor kesibukkan dan faktor faktor kemalasan . biasa lah tu kan...

hari terakhir persekolahan iaitu 15 November 2013 , aku bawak mak merempit ke sekolah adik adik , sign report card ! memang dah dua tahun kerja kat sini , dua tahun jugak laa aku dengan mak yang datang tengok keputusan adik adik .
Abang adalah manusia yang paling gelisah kalau aku datng sekolah dia . sebab aku akan bongkar semua rahsia dia depan cikgu dia . haha kantoiii !

walaupun sekolah budak berdua ni bukan sekolah aku , tapi aku sangat merindui zaman sekolah . masa sign report card ni , kelas abang tumpang makmal sebab kelas dia jadi dewan untuk SPM . so lagi laa aku rindu kejadian dalam makmal , aku budak sains , so kehidupan aku memang banyak dalam makmal . pelbagai cerita . 

Rindu Sekolah ! Rindu Zaman Nakal ! 

Korang rindu tak ?


Thursday, November 28, 2013

spontaneous thursday #93

Thank You Boy Of Straits !

Thank You Team Anak Mersing !

Thank You PAKAR !

Thank You Semua !

I LOVE YOU ALL !

Insyaallah Tahun Depan Lagi Best !!

Friday, November 15, 2013

Susah .

Memang susah nak bagi orang faham kita .
Belum tentu ada yang betul memahami kita .
Tak perlu mengharapakan ada yang memahami diri kita .
Cukup sekadar kita sendiri faham diri kita .

Orang akan tengok senang kita .
Orang hanya akan pandang sedih kita .
Namun , untuk membantu dan memahami amat berat .
Tak perlu terlalu mengharap untuk mereka terus memahami .

Biar kita jadi diri kita sendiri .
Peduli apa orang lain nak kata .
Janji diri kita , keluarga kita, dan Allah SWT tahu siapa diri kita .

Tak salah untuk berubah jadi baik .
Tak salah untuk cuma menjadi dewasa dari usia .
Tak salah untuk melakukan perubahan dalm hidup .
Hidup ni panjang , Insyaallah , Allah sentiasa ada untuk kita .

Thursday, November 14, 2013

spontaneous thursday #91

Minggu ini adalah minggu malas untuk update blog , harap maaf . 
terima kasih kerana masih sudi untuk menyinggah .

Sunday, November 10, 2013

Outing Atau Pre-Wedding ?

Hi uolss . ni entry autopost ye . sebab masa ni iolss tengah sibuk kemas rumah secara bergotong royong bersama family tercinta . macam yang iols dah janji semalam , iols nak share sikit laa gambar masa outing haritu . 

iolss tolong kawan iols yang baru berjinak nak jadi photographer . so iols ada la sedikit pengalaman yang boleh share dengan dia kan . sebab iols pun dah pencen jadi photog ni . sekarang buat job modelling je . mihmihmih . sikit sikit je , bukan job besar pun kan .

jom laa iolss share sikit gambar , antara pose menarik dari iolss :
job paling payah , siap kena dera panjat pokok . nasib baik ada pengalaman . 
 pose menarik dari Syafiq , actually gambar yang atas tu , iolss yang kena lompat , tapi masalah berat badan menghalang dari iols terus melompat . lompat tak jadi la senang cerita !
 dah lama berposing , baru laa perasan , yang kami ni dah macam buat pre-wedding shoot pulak , bezanya kami bertiga . layankan je lah !
 gambar atas ni paling iols suka . walaupun berada di tengah panas terik , daku gagahkan jua . tenkiu Azizul aka photog (dia tak bagi promote dia lagi , sebab belum cukup hebat)
happening je dengan diorang ni . dengar cerita nanti nak repeat , shoot sunset . ahhh nak nak nak !

Dah lama tak buat job macam ni , rasa rindu . banyak lagi gambar . tapi taknak laa masuk semua . rasa macam nak buat photobook je !

Saturday, November 9, 2013

Al-Kisah Hari Sabtu

Selamat Sabtu uolss . harini iolss kerja , sebenarnya malas . tapi bila fikir balik , daripada aku tidur manjang , baik aku pergi kerja , ada jugak yang aku boleh buat walaupun sebenarnya aku memang takde kerja kat office ni .

Pastu bukak tonton , tengok Majlis Pertunangan Fizo & Mawar . Alhamdulillah , dah selamat bertunang , esok nikah pulak . kena bangun pepagi nak tengok depa nikah . pastu officemate datang mintak tolong buatkan kerja dia sikit , dah siap tu godek godek hardisk , tengok gambar yang baru dapat dari kawan aku . masa outing haritu . so nak share laa dengan uolss .

Bulan lepas , ada tolong sorang kawan iolss ni , dia baru berjinak jinak nak jadi photog , so iolss dengan dua orang lagi kawan iols menawarkan diri untuk jadi talent dia . so seharian laa kami berposing sakan . nanti iolss update pasal photoshoot tu ye . ni nak update pasal aktiviti selepas photoshoot .
kalau dah bergambar macam ni . kat mana lagi kan . haruslah di majlis perkahwinan orang . haaa wedding junior zaman sekolah ni . muka kami serabai sikit sebab tak bawak bedak , lepas solat takde laa nak tepek bedak , terus je g majlis orang . lantakkkk laa janji hot . haha !
 pasangan pengantin sangat cantik dan sama padan , diorang ni g kursus kawen sama dengan aku aritu , tapi aku gak yang tak kawen kawen lagi . Tahniah ye junior .
 dari kiri : Syafiq , iols yang gemok & Sue . kami laa model yang acah acah malu nii...hehe
 Okay , masa ni nak balik dah . terima kasih laa keluarga pengantin sudi jemput kami yea .

Balik dari wedding , kami ke Pantai , jalan jalan cari pasal . borak punya borak , dapat naik kereta kuda free ! dah berzaman kereta kuda ni ada kat Mersing , baru ni dapat naik , tu pun sebab free , kalau bayar , iolss tak naik ! heee nampak tak kejam .
Terima Kasih Amir & Amar , bagi kitorang naik kereta kuda free . Terima Kasih Rainbow (kuda) bawak kitorang jalan jalan , siap kena kentut lagi . haha .

Minggu ni takde wedding , minggu depan pun macam takde . so duduk rumah je . Ohh esok mak ajak kemas rumah beramai ramai . bersiap sedia lah semua !

Thursday, November 7, 2013

Road To Gambang !

Cuti empat hari yang lalu : deepavali + ahad + isnin (ponteng) + Awal Muharram , kami bertujuh memulakan perjalanan ke Kuantan , Pahang . cutinya empat hari , perginya dua hari je . saje nak berjalan jalan kan . dah lama tak berjalan & holiday bersama .

Pagi Ahad , gerak dari umah memasing kol6.30 pagi , tapi ada dua makhluk yang harus tukar jantina , bersiap kalah perempuan . stress aku ! hasilnya masa memang dah berlari larian lah . plan lain , lain jadinya . sampai kat Gambang pukul 11 , orang dah ramai giler , beratur beli tiket je dah sejam setengah .
dah macam bangla campur nepal dah aku tengok korang neh . haha ! masing masing takut bini , pergi jalan tanpa pengetahuan bini bini . alasan : taknak bergaduh dan kusut keadaan . geli abes alasan korang an . Kesian kat Yan sebab beratur punya lama demi kitorang . Thanks a lot Yan !

Lepas dah dapat tiket , kitorang pun masuk dalam , salin baju dan terus terjun penuh perasaan . mandi bergalak . semua mainan kitorang main . lebam satu badan , terhentak sana , hentak sini . memang best ! tapi agak kecewa sebab takde gambar time mandi . lupa beli beg waterproof ! next time pegi nak snap banyak banyak , simpan buat kenangan !
hasilnya , gambar sesudah mandi je ada . kitorang keluar dari Gambang pukul 6 petang . membebel mak aku ! sehari suntuk kitorang berendam . haha sumpah seronok ! aku menjerit sekuat hati , melepaskan semua yang terbuku ! indah dunia ~!
ni bodyguard aku . lagi tiga mana hilang taktau .

 Dah puas kat Gambang , kami terus ke homestay , nasib baik dah call owner rumah awal awal , bagitau nak check in lewat sikit , so tunggu tuan rumah datang dalam pukul 7.30 . lambat kan tuan rumah ni , lempang baru tau .

masuk rumah , rehat rehat kejap , pastu siap siap nak pergi makan . yelaa dah puas berendam , gila kau tanak makan malam ? so kitorang decide makan kat Ana Ikan Bakar Petai . ramai orang suggest makan kat sini . ada cerita pasal kedai makan ni tau . nanti aku story .
 Menu makan biasa laaa , kalau dah makan seafood tu kan , cuma tambah satu menu , ikan bayan masak sambal petai . yang tu aku memang tak makan laa . bau pun aku dah berkerut dahi . hehe . tapi sedap laa makan kat sini . service jee buat aku 'hangin' sikit , hehe . nanti laaa aku cerita , sabar boleh ?

Lepas makan , kitorang terus balik homestay sebab masing masing dah penat , dan tidurrr ! esoknya aku bangun pepagi buatkan mereka sarapan . roti telur je , janji ada sarapan pagi kan . kesian 'anak anak' aku ni . hahaha lupa pulak , rombongan kali ni , dorang kata aku ni incas aka mak kepada anak anak . cam haremm !

check out pukul 12 tengahari , kitorang keluar pukul 12.30 , terus ke Teluk Chempedak , jumpa ex-housemate , fieza ! terima kasih laa sudi datang jumpa aku kat sini . rindu giler weiii . kengkawan aku yang lain masa ni dah berjalan ke mana mana tah , tapi aku seronok berborak . 
 semua gambar tak ade satu pun yang cukup tujuh orang . tension mak tau !
lepas lepak dan makan makan di TC , kami gerak ke pusat karaoke Sinaran . kat mersing takde tempat karaoke besar macam ni , so lepaskan gian kat sini la . amek dua jam . melalak sakan , pukul 6 petang keluar dan terus gerak balik .

perjalanan balik yang memenatkan dan menyeronokkan . masing masing tahan mata dari mengantuk . menggembirakan dan cuba buat lawak tanak bagi driver ngantok . Alhamdulillah selamat sampai di bumi Mersing pukul 9 lebih . terus lepak kedai feveret , makan makan dan balik rumah . berehat dengan tenang .

Special Thanks to Piji & Nasir yang plan dan drive pergi dan balik . Thanks to Yan yang beratur lama beli tiket masuk Gambang . Tengs to Zakwan & Jimy yang tak cukup kewangan tapi sudi jugak join . Thanks to Nadia yang pergi jugak , atleast aku ada laa kawan perempuan . Thanks semua . sayang korang !

Next Plan : Camping!!!! 

p/s : korang ada tempat best nak camping tak ? suggest kan lahhh . TQ ~!