Saturday, November 30, 2013

Aktiviti Bila Kakak Hasut Suruh Halfday !

mostly entry aku ni , entry mingu lepas dan dua minggu lepas . maklumlah dua minggu jugak tak jengah blog , jengah pun takde mood nak menulis . so tengok je lahh entry lama lama .

Ini kisah dua beradik pergi mencari kepah , bersama mak yang memang tak pernah cari kepah . dan tokmak yang hanya melihat dari jauh . hehe . hari tu aku kerja halfday je . sebab kakak offday masa tu . pastu aku kat office tak senang duduk , dia dok wechat aku tiap masa suruh balik . pastu dia hasut aku macam macam . sampailah akhirnya aku tergoda , tepat jam 12 tengahari aku cabut balik . haha !

sampai je kat rumah , tengok mak tak siap masak lagi . so panggil kakak datang rumah , (untuk yang tak tahu , 'kakak' is jiran aku , sebab aku takde kakak dan dia takde adik , so kami sangat rapat memang macam adik beradik) sebab akak nak sangat tengok cerita Highland Tower . so melepak laa semua kat rumah . tokmak pun datang , si gemuk afrina pun datang . 
nilah indahnya hidup berjiran , kami macam satu family , semua nak dikongsi bersama . sangat bahagia  !

so , petang tu lepas asar , kami bersiap untuk ke pantai mencari kepah . yeayy cari kepah ! selama dua jam berada dalam laut . cewahh . ni lah hasilnya ..
Photo: Hasil Berendam Petang Tadi . Wajib Repeat Minggu Depan . Nak Ajak Adik Adik Pulak . Mihmihmih !
kepah adalah cantik . kepah adalah sedap . dan seronok . berbaloi baloi . berselera makan bila kepah tu kita sendiri yang cari , lepas ni tak boleh nak marah kenapa seafood mahal . sesungguhnya sangat susah nak mencari kepah . berasa susah dan penat hidup sebagai orang laut . bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni . esok nak bawak adik adik pulak , ajar mereka susah senang hidup kat dunia ni . 

belajar menghargai sebab selama ni bila mak masak , diorang akan tanya : "ni jee ?" . sangat tak bersyukur !

2 comments:

ezy.fia said...

kalo nk mkn bse beli jeee..
huhu..
mmg ssh ek cr kepah..

yanapopeye said...

susah dan perlukan kesabaran . mula menghargai kerjaya sebagai nelayan .