Saturday, December 26, 2015

Big Spoon & Sangkaya

Macam aku cerita sebelum ni lah . aku kalau pergi KL , memang dah list siap siap . nak makan apa . kali ni datang , request kat Mujibur , nak makan Big Spoon . tengok orang makan macam sedap je . review pun cakap sedap . jom lah kita try . Tapi malam tu , sempat pergi lepak kat The Ships Kampung Baru . Kawan Mujibur ajak lepak . nak tengok wayang dah lewat . so kita borak borak santai je lah .


Kawan Mujibur ni , muda lagi . tapi badan bapak sado . keje dekat Pandora . malangnya aku tak minat Pandora , so tak boleh nak ngepau . Awek dia keje Wolkswagen kot . Lupa lah , tapi awek dia orang JOHO , maka kita geng , yeayy !

Esoknya dengan semangat meredah jem pergi Time Square makan Big Spoon . Not bad lah Big Spoon ni , pada tekak aku , dia lagi sedap dari Boat Noodles . haa gitu . tapi selera orang berlainan kan . terpulanglah .


 Sejak dua menjak ni , Mujibur suka sangat ajak aku makan aiskrim . Gedik kemain lagi , dating je nak aiskrim . acah acah sweet betul lah . kali ni try aiskrim kelapa Sangkaya tu . memang sedap . macam ni puas hati laa rm10 pun . rasa kelapa fresh weh . nanti nak bawak mak & adik adik pulak rasa .


Hari kitorang dating tu , ada Food Gasm Fest kat PJ . paling galak sekali nak pergi Mujibur lah . aku memang tak minat tempat ramai orang gini . tapi sebab kesayangan nak pergi sangat , kita layankan je . bila sampai je sana , tengok kaki semua orang berlecak . aku dah membebel kat dia , please please , malam karang aku nak naik bas . jangan macam macam nak suruh aku main lecak . dia gelak gelak dah tengok aku gelabah . haha ! sudahnya , kitorang beli dua jenis makanan , pastu balik .


sebab ada berselisih dengan sorang makcik ni , dia kata tempat masak kotor . diorang tak jaga kebersihan , makanan mahal , orang ramai , tiba turn makanan habis . kitorang pun macam tercengang dan atas kepala penuh tanda soal . terus cakap kat mujibur , dah laa jom pergi cari makan tempat lain .

Sementara nak tunggu malam , ajak Mujibur lepak Tasik Titiwangsa kejap . suka sangat duduk situ taktau kenapa . mungkin sebab aku memang suka tengok air . dulu masa duduk bangi , selalu nak pergi Putrajaya . tapi sekarang , bagi aku Putrajaya tu jauh . Mujibur pulak tak pro jalan sana . nak harapkan aku , penat laaaa . aku dah laa suka tido dalam kereta . 

Malam tu lepas solat maghrib , call Syaz ajak makan sama . aku pun lama dah tak jumpa . rindu kat Anak Syurga tu . Alhamdulillah , nampak sihat . suka tengok senyuman dia . semoga terus sihat dan terus kuat ye Along . Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk Along .


Macam biasa lah , Awish ni kalau dah mesra & rapat dengan kita , dia akan jadi manja . Malam tu dia nak ikut aku balik , nak naik dengan aku . Maaf Along , Ummi kena tipu along lagi . Insyaallah , ada rezeki panjang umur , Ummi datang bawak Along jalan jalan okayy . Along naik dengan Ummi . Ummi janji .


Friday, December 25, 2015

Tadom Hill Resort

Tadom ni tengah viral kat fb kan . Saje lah aku nak bagitau , Tadom ni belakang rumah makcik aku je . Bukit Tadom ni tempat mak aku main je dulu . kawasan orang asli . dulu pun mak aku sekolah kat Tadom , bukan lah mak aku orang asli . tapi kata mak , dulu keluarga susah , mampu sekolah kat sekolah orang asli je . sebab free kot . entah , dah lupa .

Sebab haritu ada hal  , kena balik kampung kejap . Maka Mujibur pun ajak pergi tengok Tadom . Dalam pada nak pergi tengok je , dia suruh standby bawak baju , towel semua eh . ok kita layann je . Sampai je situ , aku call sedara aku , dia kerja dalam tu . sebab tadom ni dia limit untuk 150 orang je . bila dah pack 150 orang , dia akan close , nasib lah yang datang jauh jauh tu . memang tak dapat masuk . so , yang jauh jauh tu better datang awal ehh , dia bukak pukul 10 pagi sampai 7 malam . tapi pukul 6.30 petang tu dia dah tak bagi mandi dah .


Bayaran masuk kalau hari biasa RM18 , hari tak biasa RM20 . hehe normal price , worth it la . Masuk je dalam tu , masa kitorang tengah cari port nak lepak , tetiba Mujibur kata dia ada nampak someone dia kenal . Okayy , geng CC dia . bebudak area rumah dia jugak . maka kita berhuhu je lah kat situ . diorang pun datang couple couple katanya . takpe  , kita layankan aje .


Air dia sangat dalam . tak nampak dasar . so semua kena pakai life jacket . Life guard pun ada , tapi tak sado eh . biasa biasa je mereka . dia yang akan pantau sepanjang kita dalam air tu . air dia sejuk weh , memang syok lah . berendam tak hingat . lenguh tangan acah acah renang . Mujibur seronok main yang terjun terjun tu . aku memang tak lah . gayat oiii .


 berangan nak naik rakit , tengok orang main macam senang je . bila turn kitorang main , rakit tu makin ke tepi , nasib baik lah ada geng abang abang sado tolong kitorang , haha memalukan !

Kitorang lepak situ sampai pukul 3.30 je . sebab ada hal kat rumah makcik & pakcik kan . tapi sempat jugak lah makan BBQ yang kengkawan Mujibur buat tu . terima kasih ye . sebelum balik tu , ajak Mujibur keliling Tadom , amek gambar apa yang patut . nak buat kertas kerja nanti senang . untuk BrotherSisterHood .





tengoklah muka bahagia perempuan ni , terima kasih Mujibur , happy kan kita . hehehe nanti bawak lah jalan selalu yeee .. sekian , terima kasih .

tanda puas hati . sama macam yang viral dalam fesbuk tu . so siapa yang nak rasa pengalaman mandi kat kawasan bekas lombong , meh la datang Tadom . tapi pada pendapat aku , tempat ni tak sesuai untuk family yang ada anak kecik . sebab , chalet dia tak banyak . pastu konsep chalet dia open . kira kau boleh tengok orang sebelah buat apa . kalau setakat nak lepak seharian boleh la , kalau tido tak payah laaa . hehe .



dan inilah kawan kawan Mujibur bersama awek awek mereka . Aku geng dengan yang sebelah aku tu je . serasi bersama sebab nama kami sama - Yana . alahaiii sweet sangat . nanti ada masa kita lepak lagi ehh  Dik Yana . tengok aku , pergi putih , balik hitam . rehda , pengalaman itu penting .

Balik kampung ni , memang nak bawak mak & adik adik tengok Tadom . tapi tengok je bukan mandi . sebab diorang tak pandai berenang , kang satu hal aku nak mengejar masing masing .

Jom Pegi Tadom !

Jejak Kasih

Rasanya lebih sepuluh tahun dah tak jumpa family ni . Dulu kami berjiran , pastu dia pindah ke terengganu , balik ke kampung asal diorang . Tapi kitorang still contact . Masa diorang pindah , diorang ada tiga beradik je . tu pun tak sempat kenal yang kecik tu . kat sana lahir pulak lagi sorang , lagi lah tak kenal .

Baru baru ni , ada wedding kawan baik mak kat Mersing lah , so , jiran lama kami ni pun datang . tau je dia nak datang , kitorang semua excited lah . giler kau , kawan rapat dulu masa kecik , main mainan sama sama , berebut mainan sama sama , dah la lama tak jumpa . mestilah excited nak jumpa . dulu masing masing belajar kat KL , hampeh tak berjumpa . memasing busy .


Ni Mak dengan bestfriend dia ni . Cik Zura . Cik Zura makin cantik hoiii , macam datin dah . Cik Zali pulak macam YB . hehhe lupa pulak nak selfie ngan Cik Zali . tapi takpe , dia dah datang rumah time aku kerja . dah jumpa Abah semua . Okay lah tu kan .


Ni Alif , Ya Allah , hensemnye bila dah besar . hensemnye ! hensemnye ! hahhaa . dulu Alif ni lah yang selalu ku buli . kegemaran dia Power Rangers , dulu dia suka gadoh berebut VCD dengan adik aku . ni dah besar jumpa balik , aku tanya dia - Alif kenal tak ni sape ? pastu lembuttt je dia jawab , - alaaaa Alif tak ingat laa . hehehe sama je manja macam dulu .


Dan ini Nabila , yess , my bestfren masa kecik . dah besar besar ni jadi jarang lah contact . lagi lah dia dah kawen . huhu . tu baju dia pakai tu , baju nikah dia . shawl pun sama . bagus , jimat ! nabila memang tak berubah la . kecik macam tu jugak . dari dulu kecik , harap harap lepas awak ada anak nanti , awak besar sikit ehhh . 

Alhamdulillah , happy dapat jumpa walaupun sekejap . Masa ni aku kerja , lari kejap waktu lunch semata mata nak jumpa family ni . Insyaallah , ada rezeki nanti kitorang datang Ganu ehhh . Nak jugak bawak mak jenjalan . 


Thursday, December 24, 2015

Friendship Last Forever

Rasanya dah banyak kali aku cerita pasal persahabatan aku . Ya , aku sangat menghargai sahabat sahabat aku . ada tika susah and senang . gaduh macam mana pun , tak lama ...nanti baik semula . sebenarnya bila bergaduh , kita akan jadi lebih rapat . kita makin kenal kawan kita . gadoh la baru best , ada aksi tumbok tumbok sikit . hehe .


Ainul , Pejah & Me . Kawan dari zaman sekolah tadika lagi . kekal sampai sekarang . indahnya . kat Mersing takde shell out , jadi kita buat mini shell out je lah sesama kita . kami bertiga ni spesis takleh makan seafood lebih lebih , nanti mula lah hidung masing masing berdansa . resdung oii !


makan ketam sampai 10 ekor ehh , takleh kata apa laa . ketam murah . hehe . tak lupa jugak keropok , cucur udang , ikan celup tepung , udang ...



kalau dah sampai penyabong tu , haruslah jalan jalan tepi pantai . pastu buat buat lah terlajak sampai Rompin sana , panjang je langkah . Mujibur mampu geleng kepala je . 

Ni pulak gambar masa lepak di malam malam terakhir pejah kat Mersing . Pejah dapat kerja kat Nilai . so aku akan pergi teman dia nanti , tunjukkan dia jalan ke Nilai . ke Putrajaya . sunyi sikit kalau Pejah takde kat Mersing , sebab dia je yang rajin bawak kitorang jalan sana jalan sini . makan itu , makan ini . Already Miss you Pejah .



muka sedih je masing masing , kurang lepak lah lepas ni . boleh caye ke ? haha!

Antara 4 oang ni , tak tahu laa sape yang kawen dulu . sebab semua jenis riuh . pendiam ? memang takde dalam geng ni eh . jangan perasan . aku syak , masing masing kawen serentak lah nanti . haha 2017 okeyy !


Boat Noodles & Magnum Cafe

Orang lain dah lama makan , aku je baru nak merasa . yelah , Mersing ni bandar kecik je , mana ada benda benda ni semua . kalau ada pun , bukan brand yang sama lah .

Aku kalau datang KL , memang dah buat list siap siap . nak pegi mana  , nak makan apa . jadual kena pack . sebelum pegi KL tu dah roger kengkawan kat sana . ehh kau nak jumpa aku tak ? haa gituuu nak susun jadual kauu , dah macam retis dah . bukan apa , aku ni spesis ramai kawan . bersepah sana sini , kalau datang Kl tapi tak roger , memang ada yang kecik hati . itu normal pada aku .

Maka , bulan 10 haritu , lepas habis je majlis Mazdira kat Seremban , aku terus ke KL . jumpa buah hati . ehh tak lah , lepak kl dengan dayah . having bedtime story together . esoknya baru jumpa buah hati . dan request nak makan Boat Noodles . Ok dia layan . bukan selalu datang kan , jadi sila lah layan saya seperti puteri . terima kasih .


Masa ni pegi time weekend , hari Ahad . so manusia memang ramai lah kat Time Square tu . kena laa beratur , siap amek nombor hokeyy . bertabahlah . first time makan . not bad la . ada yang sedap , ada yang tak . Mujibur ? kena dengan tekak dia , dia ok je lahh . 

Lepas tu kitorang jalan jalan dating dating jap ... nak tengok wayang . sambil beratur nak beli tiket tu , Mujibur nak makan aiskrim pulak . alaa sweetnya dating makan aiskrim , gedik sangat . ape lagi , aku kan demand , jom lah kita cuba makan Magnum . seronok katanya orang tu buat depan kita . alaaa bukan buat aiskrim pun , deco je . aku pun bolehhh . 


ni haaa asikrim nya . sebab dia deco depan mata kita , maka harga pun jadi lah rm9 lebih . boleh laaa ... makan je kat situ , sebab kejap lagi wayang nak start dah . cerita apa , tak ingat . hehe


aku bukan penggemar manisan , jadi pada aku , ok ok je . makan tak habis jugak sebab manis . Mujibur lah tukang habiskan , tak baik membazir katanya .

Apa lagi tempat makan best kat KL erk ? boleh suggest tak ? kalau yang hipster lagi menarik . share please . hehe tenkiu in advanced !


Wednesday, December 23, 2015

My Birthday 2015

Birthday tahun ni dapat suprise dari BrotherSisterHood . Alhamdulillah punya kawan yang penyayang macam ni , happy tak terkata . yang penting sangat terkejut hokeyy . dah laa ajak lepak , pastu aku pun pakai selekeh je . tup tup dapat kek . ohhhh i is terharu uolls .

30 September 2015 , genap lah aku 25 tahun . Alhamdulillah , hidup bahagia sekarang , dengan family , dengan kengkawan , dengan tersayang , ehh ! hehe


muka terkejut tetiba kek sampai , pastu ramai ramai nyanyi , dan satu kedai lah toleh kat meja kitorang . lepastu dengar lah suara suara merdu - happy birthday , happy birthday .


tiup lilin comel . tanye diorang mana beli lilin ni . rahsia katanya . alaa alaaa sweet sangat !


ni pulak reaksi masa orang ramai ramai toleh meja kitorang . hehe tenkiuu semua !


dan ini lah wajah wajah kesayangan hamba yang buat suprise untuk aku . thank you koranggg . thank you sangat . sayang korang samai syurga . aminn! tak dapat hadiah takpe , janji dapat spend quality time macam ni . Syukurrr .

dengan harapan , tahun depan sambut birthday dengan status bukan single . hehe agak agak dapat tak erk ? tungguuuuu

Belon Pantai VS Belon Buatan Sendiri

Sekarang ni tengah musim kan , main belon besar ni . dulu zaman aku belon ni cinonet je , sekarang zaman dah advance , belon pun membesar dengan jayanya . maka aku tak lepaskan peluang main belon ni . kat Pantai Mersing , satu bekas rm5 + deposit rm5 . ok lah tu kan . sekarang pulak ada cop , main lebih 20 kali kot , dapat satu bekas free . wahhh best laa .



nampak kan muka bahagia dapat main . benda ni buat ketagih tau . jadi selalu nak main , sebab best , hilang semua stress . tapi tak mampu lah kalau tiap hari keluar rm5 untuk benda ni je . baik makan , lagi kenyang .


main dengan kawan kawan lagi meriah tauuu . terasa keseronokkannya . happy me !

Bila dah selalu sangat main , tetiba jumpa pulak resepi belon ni . so apa lagi , jom lah kita buat sendiri . sebab aku tak pernah bawak adik adik main kat pantai ni . so aku buat laa based on resepi tu , maka terhasil lah belon besar home made . puas hati , satu baldi aku buat . main lah kau budak budak sampai puas .




panggil semua anak anak jiran , main sama sama . bertambah meriah . budak budak happy , aku lagi happy . buat pulak time birthday aku haritu , rasa bahagia sangat !



belon satu baldi tahan 3 hari . bebudak ni main sampai masing masing bosan . hehe  tapi memang best . budak budak main depan mata , tak risau , kalau kat pantai sempat bergadoh dengan orang lain .

kesimpulannya , puas hati lah buat sendiri . kita dapat banyak . modal pun tak besar mana . meh aku share resepi belon ni dengan korang ehhh , bagi anak korang main kat laman rumah je . seronok bebudak ni nanti

Bahan - bahan :
Air Paip - 1.5 litre
Sabun Joy Kuning (botol kecil)
Tepung Ubi - 4 sudu
Gandakan sukatan kalau nak lebih banyak

Cara-caranya :
Bancuh tepung dengan sedikit air . bagi tepung tu larut & rata . pastu masukkan sabun joy . gaul rata . biarkan dulu sampai buih semua hilang . pastu baru boleh main .. yeayyy !!

Untuk kayu dia pulak ,
aku just beli chopstick kat kedai rm2 , dengan tali . ikat la buat bentuk yang korang suka . paling senang buat bentuk macam gambar atas ni je . belon pun boleh jadi besar dan tahan lama .

selamat mencuba !

Tuesday, December 22, 2015

Cerita Orang Kawen

Dalam dunia sosial , aku terkenal dengan majlis kahwin . ada je jemputan , insyaallah aku datang . jarang lah tak pergi . orang banyak jugak cakap . kau ni selalu pergi majlis orang , majlis kau bila lagi ? ehhh sebok jee . tak suka lah soalan soalan cliche macam tu , cuba bagi soalan rare sikit , baru lah semangat nak jawab .

Tahun 2015 banyakkk sangat kengkawan kawen , tahun 2016 pun lagi banyak . masing masing dah cop tarikh . maka aku mula mengalah atas nasihat mak abah .  2017 laa ehhh . InsyaAllah .

Okay , sebab aku dah lama giler tak update blog , so aku ringkaskan je cerita kengkawan aku yang kawen start dari lepas raya sampai hujung tahun .


Jimy & Ekma . Raya ketiga . meriah wei , kitorang datang makan pukul 2 , lauk dah habis , kais apa yang ada je . nasib baik dapat sambung melantak kat meja pengantin . hehe



Wedding Piji & Kinah . aku dapat pergi belah lelaki je , sebab belah perempuan sama tarikh dengan Mazdira . tapi belah lelaki pun meriah ape , ramai yang ada . happy ! sebab dia buat time orang kerja , maka masing masing kejar masa . kacau pengantin tengah makan la . apa lagi . hehe


Wedding Idah & An . ni jiran lama . dari kecik nakal sama sama , last last dia kawen dulu . budak lagi nih . takpela Idah , kawen laa . jodoh mu dah sampai .


Wedding Abang Hafiz . Abg Hafiz ni kawan Mujibur . Aku kenal dia pun sebab kalau datang kl , memang selalu makan Nasi Ayam kat kedai family dia . nasi ayam sedap hoiiii ! Wedding ni Mujibur tak bagitau aku pun , tahu2 dia cakap nak pegi Wedding Abg Hafiz . nape laaa tak bagitau awal awal . rasa nak tumbok tumbok je . yang Abg Hafiz pulak dia pelik kenapa Mujibur tak bawak aku . haihh !


Wedding Nisae . sangat sangat tak sangka Nisa kawen dulu . memang betul lah , siapa pendiam masa sekolah , dia kawen dulu . menyesal aku jadi kepochi masa sekolah dulu . 


 Wedding Nana & Sollah . depan rumah je . meriah sebab guna catering . masing masing jadi takde keje , maka posing sakan lah . best friend forever .  next please dan yang pasti dalam gambar kat atas ni , aku yang last . sekian .


 Wedding Maz & Kurt . kat somban . jadi bridesmaid . electric blue giteww . ni pun sama , guna catering , maka kami berhuhu makan apa yang ada . 5 bridesmaid ni , ada lagi 4 single , menanti who's next haha . penuh tanda tanya .


Wedding Marliza . kawan sekolah menengah . ni lagi meriah , ramai giler orang , kena amek turn nak bergambar dengan pengantin . pastu kena cepat cepat sebab ramai lagi beratur . meriah wehh ! bestnye kawen !


And last , Wedding Tasha & Hafiz . si giler ni baru 20 tahun , galok sangat nak kawen . haa kawen lah nakk ., janji mu bahagia . jangan merenyam sangat dah dapat Hafiz tu yeee . 

Gitulah cerita kahwen 2015 . ehhh ada lagi tau . ada lagi dua wedding aku nak cerita nanti . yg tu special sikit .. hehe tungguuuuuuu