Wednesday, December 23, 2015

Belon Pantai VS Belon Buatan Sendiri

Sekarang ni tengah musim kan , main belon besar ni . dulu zaman aku belon ni cinonet je , sekarang zaman dah advance , belon pun membesar dengan jayanya . maka aku tak lepaskan peluang main belon ni . kat Pantai Mersing , satu bekas rm5 + deposit rm5 . ok lah tu kan . sekarang pulak ada cop , main lebih 20 kali kot , dapat satu bekas free . wahhh best laa .



nampak kan muka bahagia dapat main . benda ni buat ketagih tau . jadi selalu nak main , sebab best , hilang semua stress . tapi tak mampu lah kalau tiap hari keluar rm5 untuk benda ni je . baik makan , lagi kenyang .


main dengan kawan kawan lagi meriah tauuu . terasa keseronokkannya . happy me !

Bila dah selalu sangat main , tetiba jumpa pulak resepi belon ni . so apa lagi , jom lah kita buat sendiri . sebab aku tak pernah bawak adik adik main kat pantai ni . so aku buat laa based on resepi tu , maka terhasil lah belon besar home made . puas hati , satu baldi aku buat . main lah kau budak budak sampai puas .




panggil semua anak anak jiran , main sama sama . bertambah meriah . budak budak happy , aku lagi happy . buat pulak time birthday aku haritu , rasa bahagia sangat !



belon satu baldi tahan 3 hari . bebudak ni main sampai masing masing bosan . hehe  tapi memang best . budak budak main depan mata , tak risau , kalau kat pantai sempat bergadoh dengan orang lain .

kesimpulannya , puas hati lah buat sendiri . kita dapat banyak . modal pun tak besar mana . meh aku share resepi belon ni dengan korang ehhh , bagi anak korang main kat laman rumah je . seronok bebudak ni nanti

Bahan - bahan :
Air Paip - 1.5 litre
Sabun Joy Kuning (botol kecil)
Tepung Ubi - 4 sudu
Gandakan sukatan kalau nak lebih banyak

Cara-caranya :
Bancuh tepung dengan sedikit air . bagi tepung tu larut & rata . pastu masukkan sabun joy . gaul rata . biarkan dulu sampai buih semua hilang . pastu baru boleh main .. yeayyy !!

Untuk kayu dia pulak ,
aku just beli chopstick kat kedai rm2 , dengan tali . ikat la buat bentuk yang korang suka . paling senang buat bentuk macam gambar atas ni je . belon pun boleh jadi besar dan tahan lama .

selamat mencuba !

1 comment:

AINA ZAIRULNIZAM said...

Wow tepung ubi pun boleh buat belon... amazing! Nak try buat lah kot2 rajin nanti heheh.