Tuesday, September 27, 2016

Mersing International Fly Fest 2016

Pada 24 & 25 September yang lalu telah berlangsung satu event besar di Mersing . Mersing International Fly Fest . 8 buah negara yang menyertai event kali ni . event ni bukan selalu ada. setahun sekali je . tahun tahun lepas event kecik je . tapi tahun ni international beb , comfirm meriah . dah set date dengan mak . cakap dengan mak awal awal jangan ngade ngade nak ade keje time ni . aku pun memang takde janji apa apa dengan siapa siapa kecuali mak la kan .

Pagi tu dah siap siap masak dulu untuk orang orang kat rumah . kita yang kat luar ni tak risau pasal makan . agak agak lapar , beli je lah . pukul 10 pagi dah keluar , tengok cuaca pun redup je .


masa sampai tu , dah cari port siap siap . betul betul mengadap pantai lah .. tengok crew crew tengah buat persiapan . ada dua tiga layang layang yang dah naik . angin tak kuat sangat pagi tu . so layang layang yang besar besar ni tak boleh nak naik .

Sambil tunggu suruh mak call makcik , tanya laa tak keluar ke . yelaa . event ni hari Sabtu & Ahad . Ahad kat Johor kan kerja & sekolah . so hari Sabtu je laa yang boleh nk bergalak sakan . spent time sama sama . Makcik cakap dia memang nak berkelah kat pantai , tengah bersiap . then suruh kitorang cari tempat . aku dengan mak pun stay je lah situ . memang cantik laa nak berkelah , duduk bawah pokok , redup gitu . angin sepoi sepoi menampar pipi . hahaha !


dalam pukul 12 jugak laa...angin dah start kuat .. layang layang besar pun dah start naik sikit sikit . masing masing dah excited . makcik aku pun dah sampai masa ni . bawak makanan . boleh la aku dengan mak tumpang empat kaki . makan sekali . ehh macam pantun pulak .



selfie dulu seketul dua . susah sangat nak selfie dengan layang layang sebab cuaca panas . silau . lighting melebih . tengok laa muka aku . kemain flawless berada di bawah sinaran mentari . cewahh !


Lepas Zohor , tengok layang layang dah makin banyak naik . tak mampu nak jalan jauh sampai hujung sana . jadi kita zoom je lah . meriahhhh . orang pun makin ramai . cuaca pun elok . Alhamdulillah .

Sementara tunggu lebih banyak lagi layang layang naik , kita makan dulu ! lauk daging kicap , sambal sotong , sayur kacang goreng . nyummnyumm sedappp !


Lepas dah kenyang , gagahkan jugak jalan jalan tengok aktiviti apa yang ada . ada bengkel buat layang layang , masa majlis perasmian tu ada zapin , tarian cina . dan kejutan , Shahrol Shiro ada datang memeriahkan lagi karnival ni . best best . macam macma ragam orang .



Malam tu pulak JDT menang . juara tiga kali berturut . bangga menjadi Bangsa Johor . Kegembiraan berganda . seronok sangat !


dan aku sangat sayanggggkan Mersing . susah nak tinggalkan Mersing ni . walaupun Mersing takde tempat best macam negeri dan daerah lain , tapi Mersing ada sesuatu yang aku sendiri tak boleh nak describe . jom lah datang Mersing , dan rasainya sendiri . feel duduk Mersing .




Monday, September 26, 2016

Wedding Kedua Geng Kebab

17 September yang lalu telah berlangsungnya majlis yang kami nantikan . perkahwinan antara Amirah & Amirul . duluuu masa sekolah , diorang tak geng . si mirul pulak selalu kena buli dengan geng kebab ni . bila kitorang tahu diorang bercinta , memang jadi bahan je laa .

tapi kami semua merestui hubungan ini . semoga perkahwinan korang kekal hingga ke Jannah . tak sangka mirul makin banyak mulut ehh . ingatkan still pemalu macam zaman sekolah dulu . kemainn tau !


masa hari kejadian ni , kami bertiga je yang dapat datang . Kebab 1 dah balik london , sayang sangat tak sempat nak bergalak kat wedding diorang ni . Kebab 2 pulak tetiba tak sihat . takpe , still ada lagi 4 kebab yang belum kahwin . harap harap wedding the next or next kebab dapatlah semua berkumpul . baru syokk !

tapi tak ralat sangat sebab tiga hari sebelum tu kitorang dah spent time together . complete ada 6 kebab . berjaya jugak culik si darah manis walaupun masa plan nak keluar , dia bising cakap keje banyak lah , mak tak bagi keluar lah . the power of friendship , dapat jugak bawak dia keluar . dapat jugak lepak sama sama sebelum Emma balik London . jumpa tahun depan lah nampaknya .


ohhh .. buat korang yang tertanya tanya , ape laa nama geng ni geng kebab . aku penah cerita pasal kewujudan geng kebab ni kat ENTRY THROWBACK ni .... pegi lah baca kalau rajin .

okay kebab kebab semua . semoga segala urusan kita dipermudahkan . jaga diri masing masing . jumpa tahun depan ! padahal semua duduk mersing . nak jumpa punya lah susah .


Friday, September 16, 2016

Sambutan Hari Merdeka

Sebab hari ni Hari Malaysia , maka kita update laa pasal kejadian 31 Ogos haritu . padahal dah lambat kannn ..

Alkisahnya , malam 31 Ogos tu aku keluar . konon konon nak tengok bunga api . tapi masing masing lambat ... pukul 12.15 tengah malam baru keluar . jalan jalan pusing pusing pantai . tengok budak budak motor buat aksi . hala nak balik tu sempat singgah tengok lumba haram . haha . tak pernah pernah tengok lumba haram . sudahnya sampai rumah pukul 4.30 pagi . pukul 7 nak keluar semula tu , mak ajak tengok perbarisan pulak . rabak lah mata .

Gigih laaa bangun pagi tu demi melayan ibu tercinta . sampai sampai perbarisan baru nak mula . orang pun tak ramai sangat sebab Mersing bukan tuan rumah . so dapat lah duduk depan depan .


Kontijen KEMAS menang tau . tengok lah baju , kaki semua sama je . tahniah korang !






itu je lah gambar gambar perbarisan yang sempat aku snap . yang lain tengok dengan mata je . lagi puas . sambil tengok sambil tegur tegur orang orang yang kita kenal . usik usik sikit kan . hehe


nahhh , payung sikit selfie . terjumpa makcik aku dengan kawan dia . meh laaa join selfie sekali .

habis je perbarisan , lepak tengok persembahan , nyanyi lagu lagu merdeka . lepastu mak cakap dia lapar . bawak lah mak pergi makan jap . sebab dia selalu cakap , kitorang lepak kedai mahal mahal tak pernah bawak dia . okay mak . jom kita makan kedai mahal ehhh . mahal la sangat kan .


berselera haaa makan nasi ayam kesukaan dia . sambil sambil meluahkan isi hati yang terpendam . thanks mak sudi menjadi pendengar setia dari dulu sampai sekarang , alaaaa nanti dah kawen macam mana ... sedih laaaa ...

Selamat Hari Malaysia ! Salam Satu Malaysia !



Wednesday, September 14, 2016

Train To Busan . Mesti Tengok .

Korang dah tengok ke movie ni ? best tau . sila pergi tengok dan anda takkan menyesal . nak review sikit lah kan tentang cerita ini . actually aku tak suka pun cerita korea . tapi sebab adik aku cakap cerita ni best , dan dah ramai sangat yang kata best . aku mesti tengok jugak .


cerita ni ada element kekeluargaan , kasih sayang , musuh jadi kawan , percintaan . cerita dia tak meleret pun . okay sangat jalan ceritanya .


aku jamin korang takkan mengantok bila layan cerita ni . sebab kau akan ternanti nanti apa yang akan jadi lepas ni . aku rasa tangan orang sebelah lunyai dah kot . sebab aku dok picit , cubit , genggam sebab aku sendiri ketakutan . kaki pun main peranan tau bila tengok cerita ni . risau lain macam .

terharu jugak tengok pengorbanan sang suami . yang sanggup biarkan diri dia di telan zombi zombi tu . demi untuk menyelamtakan wife dia yang sedang mengandung . geram jugak tengok lelaki tua tak sedar diri tu yang sanggup tarik semua orang bagi zombi makan demi nak selamatkan diri dia sendiri . kuajaqqq punya orang tua . geramm aku !



cerita yang penuh debaran ni namun ada kesedihan dihujungnya . tapi aku tak nanges ehh , boleh tahan lagi . cerita ni terlalu banyak pengajaran . tentang hubungan kasih sayang sesama insan . gittewww ,,, korang , sila lah pergi tengok .


aku sikit pun tak mengantok tengok cerita ni . sebab penuh dengan tanda tanya . apa jadi lepasni . apa jadi . so aku bagi 4.5 bintang ! sape nak ajak aku pergi tengok lagi ? mana tahu kali kedua ni boleh termenangis pulak .

Tuesday, September 13, 2016

Kejadian di Aidiladha ~

Salam Aidiladha semua ! rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan . maklumlah , semalam aku busy dan kepenatan . mana sempatnya nak hapdet on time . lagipun , aku memang tak pernah nak hapdet cerita on time kan . selalu lambat ada lah . 

Okayy macam biasa , setiap tahun rumah atok memang ada buat qurban . share 7 orang . tahun ni tak ramai yang balik . jadinya , manpower kurang . so yang ada ada ni kena tambah energy booster . lembu sekor pun banyak keje tau . sebab orangnya sikit .

lepas je kaum adam balik sembahyang raya , kami pun bersiap lah nak pergi tengok lembu . sebelum lembu kena qurban .



makcik selfie , mak kat belakang melayan lembu . besar pahala kau lembu .

dan tak lama lepas tu , acara pun bermula . lembu kali ni nampak garang , tapi okayy ,. senang je nak tumbangkan dia . ada jugak buat cubaan nak bangun , tapi tak berjaya .





Alhamdulillah , selamat disembelih oleh Tok Ketua Kampung . Syukur . Semoga Ibadah Qurban kita diterima oleh-Nya .



dan.....sesi melapah pun bermula ....

Masa kaum adam tengah melapah , potong potong apa yang patut . aku ternampak pokok manggis kepunyaan pakcik aku . dia pulak sempat cakap kat aku - nak makan manggis , pegi lah . tapi amek sendiri .  aku pun apa lagi , berlari weiiii , ajak adik and sepupu pergi kutip manggis...jangan di suruhhh . hehe



kau tengokkk , muka bahagia dapat pepah buah manggis . walaupun tak banyak tapi sedap dan membahagiakan .

Lepas dah puas kutip manggis . balik rumah laa simpan manggis . nak pergi semula kat tempat melapah tu . tetiba dengar bunyi kucing , pastu aku nampak sepupu sepapat aku tengah bawak tangga nak selamatkan kucing tu . berlari lah aku pergi tengok .


dah menggigil kesejukan dah kucing tu . sian dia . dalam masa yang sama dia ketakutan . dah turun sampai bawah , dia boleh lari makin jauh pulak . kemain laju lagi berenang . sampai ke bawah jambatan perginya . tengah nak selamatkan kucing , hujan pulak turun dengan lebat . syukur Alhamdulillah , tapi operasi menyelamatkan kucing masih diteruskan .


terlupa pulak , ada abang bomba dalam rumah kan . apa lagi ...berlari abang bomba selamatkan kucing . dah memang kerja dia kan . terima kasih pakcik ku . 


tengok kucing tu . sebenarnya dia kembang tau . sangat kembang , tapi dah kuncup dah sebab dah lama berendam dalam tu . macam mana boleh jatuh kembang oiii . dah alang alang basah tu ... moh ler kita mandi hujan . bukan selalu kan . syokk ooo .



Dah sedap mandi hujan kan . now melapah pulak . potong potong . timbang timbang . bahagi bahagi . bungkus bungkus . hantar hantar . walaupun hujan , semua berjalan dengan lancar . just take it easy , sebab dah tiap tahun buat . so dah faham step . kerja jadi mudah . yang penting , kerjasama .





Dah selesai semuanya . hujan kan ? mandi mandi bersihkan diri . makan jap . tido la apa lagi . sementara tunggu sup tulang masak . aku paksa mata suruh tido . penat . badan sangat penat . lama jugak aku tidur , 4 jam . pukul 6 baru sedar , sebab dengar bising bising diorang makan sup . aku mampu tengok je , sebab aku memang tak suka sup tulang . sama dengan mak .


nah , payung sikit laa gambar sup nya . ramai orang suka part ni kan . boleh sedut sedut .

begitulah kisahnya Aidiladha family Abdullah Bin Iman . Syukur masih bersama mereka yang tersayang . berkat kerjasama , segalanya jadi mudah , yang berat sama dipikul , yang ringan sama dijinjing . Alhamdulillah .



Friday, September 9, 2016

Macam Biasa , Weekend Je...Wedding Lah !

kali ni wedding si pegawai polis . kawan dari sekolah rendah ni . lepas habis sekolah menengah , tah mana mana peginye . nasib baik ada fesbuk yang menghubungkan kita dengan kawan kawan kita kannn . bagus fesbuk nii . kawan dari zaman purba pun boleh muncul semula tau . i like !


sebab wedding ni buat time weekend biasa , yang takde cuti sekolah . tak ramai lah kengkawan yang balik . yang ada ni pun memang kebetulan je diorang balik . boleh laa dari takde kan .


 buat perangai kat pelamin orang itu normal ehh . tambahan pulak , si cameraman pulak kengkawan jugak . memang best laa . time ni sibuk nak bergambar , sibuk nak bergaduh la , nak bermanja lah . yang sebelah aku tu shahril nama dia . dulu form 4 & 5 aku ketua kelas , dia penolong aku . sampai sekarang lah kami memang manja manja kalau berjumpa .


okayy gambar kejung , tahniah eppy & wife . semoga bahagia kekal hingga ke Jannah . jangan lupa doakan kami kami yang masih menanti detik di pinang dan meminang . haha .

Malam tu pulak , lepak dengan  Cikgu Suhaila kita nii . mek ni sejak sejak dah tunang , kemain payah nak berjumpa . ni pun paksa berjumpa sebab esoknya Pejah nak balik Nilai dah... paksa jugak mek ni keluar lepas habis kelas tuisyen dia . pukul 10 pun pukul 10 lah . tapi padan muka aku , kena paksa makan dengan diorang ni . jahanam diet .


next wedding on weekend ...weekend ni lah ! hahahhaa . wedding lagiiii....  harap korang tak jemu lah dengan cerita wedding aku . ehhh , ade orang baca ke ?

harap harap ada lah yang sudi baca blog sendu aku nii .. terima kasih korang ! much love !