Tuesday, September 27, 2016

Mersing International Fly Fest 2016

Pada 24 & 25 September yang lalu telah berlangsung satu event besar di Mersing . Mersing International Fly Fest . 8 buah negara yang menyertai event kali ni . event ni bukan selalu ada. setahun sekali je . tahun tahun lepas event kecik je . tapi tahun ni international beb , comfirm meriah . dah set date dengan mak . cakap dengan mak awal awal jangan ngade ngade nak ade keje time ni . aku pun memang takde janji apa apa dengan siapa siapa kecuali mak la kan .

Pagi tu dah siap siap masak dulu untuk orang orang kat rumah . kita yang kat luar ni tak risau pasal makan . agak agak lapar , beli je lah . pukul 10 pagi dah keluar , tengok cuaca pun redup je .


masa sampai tu , dah cari port siap siap . betul betul mengadap pantai lah .. tengok crew crew tengah buat persiapan . ada dua tiga layang layang yang dah naik . angin tak kuat sangat pagi tu . so layang layang yang besar besar ni tak boleh nak naik .

Sambil tunggu suruh mak call makcik , tanya laa tak keluar ke . yelaa . event ni hari Sabtu & Ahad . Ahad kat Johor kan kerja & sekolah . so hari Sabtu je laa yang boleh nk bergalak sakan . spent time sama sama . Makcik cakap dia memang nak berkelah kat pantai , tengah bersiap . then suruh kitorang cari tempat . aku dengan mak pun stay je lah situ . memang cantik laa nak berkelah , duduk bawah pokok , redup gitu . angin sepoi sepoi menampar pipi . hahaha !


dalam pukul 12 jugak laa...angin dah start kuat .. layang layang besar pun dah start naik sikit sikit . masing masing dah excited . makcik aku pun dah sampai masa ni . bawak makanan . boleh la aku dengan mak tumpang empat kaki . makan sekali . ehh macam pantun pulak .



selfie dulu seketul dua . susah sangat nak selfie dengan layang layang sebab cuaca panas . silau . lighting melebih . tengok laa muka aku . kemain flawless berada di bawah sinaran mentari . cewahh !


Lepas Zohor , tengok layang layang dah makin banyak naik . tak mampu nak jalan jauh sampai hujung sana . jadi kita zoom je lah . meriahhhh . orang pun makin ramai . cuaca pun elok . Alhamdulillah .

Sementara tunggu lebih banyak lagi layang layang naik , kita makan dulu ! lauk daging kicap , sambal sotong , sayur kacang goreng . nyummnyumm sedappp !


Lepas dah kenyang , gagahkan jugak jalan jalan tengok aktiviti apa yang ada . ada bengkel buat layang layang , masa majlis perasmian tu ada zapin , tarian cina . dan kejutan , Shahrol Shiro ada datang memeriahkan lagi karnival ni . best best . macam macma ragam orang .



Malam tu pulak JDT menang . juara tiga kali berturut . bangga menjadi Bangsa Johor . Kegembiraan berganda . seronok sangat !


dan aku sangat sayanggggkan Mersing . susah nak tinggalkan Mersing ni . walaupun Mersing takde tempat best macam negeri dan daerah lain , tapi Mersing ada sesuatu yang aku sendiri tak boleh nak describe . jom lah datang Mersing , dan rasainya sendiri . feel duduk Mersing .




No comments: