Wednesday, May 25, 2016

Santai Petang , Kayuh Sampan

hye korang ! saje nak share tarikan terbaru kat Mersing ni haa . lepas korang penat penat balik kerja or nak santai santai hujung minggu , boleh datang sini rileks rileks . kayuh sampan . kalau yang ade pakwe tu lagi syok , pakwe dayung sampan , awek amik angin , layan feel . haah seronok sangat , lebih setengah jam , pakwe kau pun hempok dengan pendayung tu , haha !


 haritu , bestfriend aku si Nasir ni ada bagitau , kawan dia ada bukak resort baru kat Penyabong . dari rumah kitorang nak sampai ke Penyabong ni ada lah dalam setengah jam . bagi kitorang tak jauh pun . sebab kitorang dah biasa berulang . Penyabong ada banyak tempat best untuk santai dan melepaskan tekanan . tempatnye tenang tenang je . tu kitorang suka sangat !


kitorang pegi ni hari Ahad , lepas balik kerja . maka jangan pelik tengok yang sorang berbaju kurung , yang sorang berpunjabi . Nasir je maintain sebab dia tengah cuti . rajin lah melayan dua gadis ni . redha jugak tunggu kitorang balik kerja . gigih jugak memecut dengan laju demi nak sampai awal kat Penyabong ni . hehe .


 sampai je kat Penyabong Warisan ni , terus cari Karim . yee , Karim yang berbaju kelabu tu ye . mula mula je dia layan kitorang , ajar kitorang mendayung , lepastu dia tinggalkan kitorang begitu sahaja . dah bagi main free tu layan je lah diri sendiri kan . haha . kalau korang datang semata mata nak main sampan , kena caj RM5 tau . kalau korang memang stay situ , free je . memang best ye . seronok . tenang je rasa main sampan kat tasik buatan ni .


ohhh , kitorang geng ladies dah stay kat sini tau . stay sehari je . tak sempat tido pun . sebab unplanned sangat sangat . tuu , kitorang dapat bilik atas air . thank you so much karim . sangat memahami keinginan wanita gedik seperti kami . next entry aku up pasal short vacation tu eh , very short vacation ! 8 jam je spent time bersama .


tempat ni still dalam penambahbaikan . dia tengah buat jeti untuk kaki pancing , ada tambah beberapa bilik lagi kat belah belakang . ohh swimming pool dia pun syok tau , memang layan ! so untuk korang korang yang nak cari ketenangan , nak lepak santai tempat simple macam ni , meh la datang Mersing , lepak kat Penyabong .

boleh tengok page Penyabong Warisan atau
terus hubungi Alkarim di talian - 01113174005


Tuesday, May 24, 2016

Lepak Tengok Bola

lama tak bersiaran kan , kerja aku sekarang ni sangat menghalang untuk aku update blog tiap hari . stress hakak tau . sebab aku ni tak suka + tak reti update blog guna phone . nak jugak mengadap depan pc ni haaa . kan .

okay nak cerita sikit je . aku ni antara peminat bola sepak tanah air . wahhhh . pasukan kegemaran aku dah sah sah la JDT . dah kita orang JDT kan . semangat lain macam kalau perlawanan yang melibatkan JDT ni . dan satu perangai aku , kena tengok kat kedai . kalau tengok kat rumah tak berapa feel .
sebab bagi aku , sofa kat rumah tu adalah tempat tidur aku , kalau aku tengok bola kat rumah , 20 minit kemudian , bola tu yang tengok aku . last sekali tau keputusan je . ohhh sangat tak membantu ye ,

maka , tiap kali ade game , memang siap siap nak keluar lah . kecuali kalau ada hal yang lebih penting dari bola . feel tengok kat kedai , sama je meriah macam kat stadium , bezanya kat kedai takleh nak lompat lompat joget joget macam kat stadium eh , behave sikit makcik pakcik dok tengok kiri kanan . hehehe .
cuma apa yang kitorang mampu , bila goal je , kitorang bersorak sambil gendang meja . ohhh , ni port feveret aku , so kitorang dah ada meja kitorang sendiri tauu . eye level punya spot . haha . korang layan bola tak ?

Majulah Sukan Untuk Negara . Motif ? Teruskan menyokong JDT ...aleee aleee....