Tuesday, August 30, 2016

Tak Pernah Janji , Tapi Selalu Sama

Aku dengan buah hati aku yang berdua ni . kalau keluar sama sama , mesti ada je benda yang sama . paling ketara warna baju atau tudung la . nampak macam kitorang plan benda tu , tapi hakikatnya tak pernah plan langsung .

Kitorang kawan sejak dari zaman tadika lagi . sekolah tadika sama sama , sekolah rendah sama sama , sekolah agama sama sama , sekolah menengah tak sama , tapi still jumpa kat sekolah agama & darjah khas . study diploma lagi lah tak sama . tapi still in touch . dan Alhamdulillah kekal sampai sekarang . semoga kekal hingga Jannah . gaduh gaduh tu biasa . tak gaduh tak best lah kan . takde cabaran kata orang , haha !


ni gambar pegi breakfast , tengok sendiri lah . warna tudung semua sama , tona je berbeza . gittew .


yang ni pulak , baru balik dari wedding . masih dengan warna yang sama .. memang lah sehati sejiwa


ni pulak , time jalan jalan di tepian pantai . ecewahhh . warna baju gelap . sama je masing masing . masuk dalam kereta tak perasan lagi , masa berposing pun tak perasan . masa makan lagi lah takkan perasan . dah balik time belek belek gambar baru laa macam , ehhh baju kita sama laa semua , 

Alhamdulillah , syukur dengan kurniaan ini . happy ada yang tersayang . happy dua orang ni sentiasa ada kala susah dan senang . kalau dua orang ni takde , rasa macam tak sempurna hidup tau . cepat balik yang sorang tuu , nak lepak sama , nak makan sama . nak bergalak sama . 


nanti ada lagi entry pasal tiga orang ni .. kelakar ! haha...

thanks for reading uolls . much love ! XOXO :)


Wednesday, August 17, 2016

Orang Kahwin Lagi

macam biasa  , hujung minggu penuh dengan aktiviti kerja kahwin . Kisahnya , kawan aku si pengantin lelaki . Rasyid nama diberi . setahun tangguhkan perkahwinan atas sebab kesihatan sang isteri . bila dah tangguh setahun ni , majlis pulak belah perempuan , kat Yong Peng sana . perjalanan dalam dua jam lah .

Aku memang tak plan nak pergi , sebab driver aku si Nasir cakap dia takde cuti sampai 31hb . tetiba pepagi buta dia mesej cakap dia dah sampai mersing . tanya aku nak pergi tak wedding Rasyid ni . jenis aku , kalau aku tak plan , aku memang susah sikit nak pergi . tapi kena paksa pulak dengan sorang lagi makhluk bernama Angah . pujuk punya pujuk , paksa punya paksa . pergi jugak lah aku ni.


Dah namanya tak plan , masa untuk bersiap sejam je . nah kau , baju tudung tak iron . hadiah tak beli , bantal tak buat . kesian sangat kat Rasyid . sumpah rasa bersalah . tapi Rasyid happy dan terharu tengok kitorang datang . tengoklah aku , wakil wanita sau satunya . diorang selesa kalau aku ada dengan diorang . Alhamdulillah , semoga hubungan persahabatan ini kekal selamanya .

Untuk Rasyid & Ayu . semoga hubungan korang kekal hingga ke Jannah . jangan lupa doakan kami kami yang single lagi ni . semoga urusan kami juga dipermudahkan. hadiah nanti tau , tengah buat .


Yang ni pulak , wedding jiran belakang rumah . dari dia bertunang lagi memang aku dijemput . dah namanya jiran kan . Tahniah Eila & Amin . semoga kekal hingga ke Jannah ye . meriah wedding eila sampai makanan pun tak cukup . yang penting meriah hokeyy .



Tuesday, August 16, 2016

Dah bertunang dah dia !

Alhamdulillah , hujung Julai lepas , terikat lah sudah kawan baik aku ni . kawan dengan dia dari sekolah rendah lagi . terpisah sekejap dua tahun sebab dia sekolah jauh . sekarang masing masing dah duduk dengan mak ayah , rapat semula . Syukur .

Kawan baik aku ni susah nak suka dekat lelaki , tapi sangat ramai lelaki yang suka kat dia dalam diam . kesian tengok dia . dia tunang ni atas aturan mak ayah dia . anak yang solehah sangat , ikut je cakap mak ayah walaupun dalam hati sedih sangat . lepas dia tunang , ramai pulak lelaki menyatakan hasrat . aku yang geram tau !

takpe sue , semoga ini jodoh yang terbaik untuk kau . aku doakan kau bahagia hingga ke Syurga .


cantik sangat perempuan ni . muka tak pernah kena make up , sekali kena make up , kebabom sangat ! I love you girlfriends . kau yang takde pakwe , kau yang tunang dulu erk . kejam sangat potong kitorang .

tak sabar nak tunggu majlis tahun depan . semoga dipermudahkan segala urusan . Ameen .


Monday, August 15, 2016

Open House Hujung Hujung Raya

ehh masih lagi cerita pasal raya ? yelahh , tak habis lagi ni haa ... tapi ini last cerita pasal raya untuk tahun ni . tercicir plak cerita ni .

Orang dah jemput , kita mesti datang kan . jemput datang makan pulak tu , mana boleh aku lupakan begitu saje . Ni rumah Taukey Satay . geng niaga masa kat food court dulu . Alhamdulillah , walaupun dah tak niaga bersama , hubungan persahabatan masih kuat terjalin . syukur dikelilingi manusia yang baik baik .

Majlis dia rupanya start dari petang , kami gerak lepas maghrib...setengah jam la dari rumah , sebab rumah dia kat kawasan felda . sampai je orang tak ramai . orang datang silih berganti , so tetamu tak putus... nampak macam tak ramai , tapi sebenarnye ramaiii .

kitorang sampai terus cari port selesa untuk melantak . target mestilah dekat dengan meja makanan . senang nk berulang . kau nampakk tak . perangai sangat kann .


gambar ayu je masing masing . baru first round makan . total malam tu tiga round okayy . sebab semua makanan dia sedap giler . sangat sedap . open house paling best tahun ni . daripada makanan berat , sampai kuih muih semua nya sedap . rasa macam nak tapau je . tapi jangan tunjuk tak sopan sangat okayy .


ni masa nak balik dah , orang pun dah takde sangat . acah acah posing nak tunjuk makanan yang banyak dan sedap . aaaa meleleh saliva aku bila teringat makanan kat rumah tu .


Terima Kasih Kak Leen & Abg Nor sudi jemput kami . Tahun depan jangan lupa jemput kitorang lagi ehhh . sedap sangat kak . terima kasih banyak banyak .

Ini pulak cerita raya ke berapa tah . yang penting memang dah hujung raya sangat dah . bebudak lelaki ni geng masa kerja kat hospital dulu . kekal persahabatan sampai sekarang . Alhamdulillah . diorang ni duduk rumah bujang , tiap hari tanya aku bila boleh datang rumah , nak makan makan . dah la boleh datang time hari kerja je , cerewet pulak tu . nasib baik lah tiga ketul ni je . boleh la aku melayan . kalau ramai , pengsan !


yang pakai kopiah tu aku kenal dari zaman sekolah lagi . tak sangka pulak dia dapat kerja kat sini . duduk rumah bujang pun berjiran dengan aku . alahaiii tapi bukan jodoh . walaupun dulu penah dating kat tangga sekolah masa pertandingan kawad kaki . hahaha malu beb kalau ingat balik .

Begitulah kisah dan cerita raya aku untuk tahun ni . simple raya tapi happening sebab masih lagi beraya bersama insan insan yang tersayang . Alhamdulillah . panjang umur Insyaallah jumpa lagi raya tahun depan .

ehh tapi sampai harini ade je aku dengar orang buat open house . taknak jemput kita ke ? kita suka makan taaaauuu . hehe ..


Tuesday, August 2, 2016

Majlis Hari Raya Company

Syawal ke-12 , Majlis Raya Company kat JB . pepegi dah gerak , sebab nak kena sampai JB sebelum pukul 9 .

Tengok list nama , aku AJK Makanan . yelaaa tau laa muka aku gemok , bagi aku bahagian makanan kan . suka la aku . memang 24 jam mengunyah je la .


Sebab bahagian makanan yang sekepala hanya aku sorang wanita , maka hiduplah kau dikelilingi lelaki giler camera ni , bosan bosan tunggu tetamu sampai , kita melayan laa bebudak nii , mengarok . seronok sangat . happy happy je .

Tengah bergalak , tetiba si Raja cakap dia nampak Ashraf Muslim . aku cakap tak caye , bila masa company jemput dia . beria si Raja ni ajak aku bergambar .. bila tengok betul betul . haah yelah si Sherap bini dua . hehe


Bila aku post gambar ni kat fesbuk , cousin cousin aku terkejut . Rupanya si sherap ni pernah keluarkan statement yang dia takkan bergambar berdua dengan bukan muhrim . Alahaiii .. masa kawan aku mintak nak bergambar , dia okay je . tapi tapi tapi , adik dia lagi hensem . tu.... yang duduk sebelah dia tu . tapi adik dia pemalu . bila orang pandang , dia toleh ke lain . alalala sweet sangat .


Rupanya Sherap ni orang orang MB . dia memang follow mana mana event yang MB pegi . So masa MB nak balik tu , sempat laa kitorang bergalak wefie , dan tetibe si sherap ni menyelit . haa tulaa menyelit lagi , kan dah dapat muka separuh . tahniah . 

Bila majlis dah nak sampai ke penghujung , tetamu pun dah tak ramai , tetiba Dato' datang kat kitorang , suruh nyanyi . dia kata bila lagi nak happy happy . ape lagiii , bebudak ni bahan aku laa . suruh aku menyanyi .  ehh jangan di suruh , memang laju laa aku naik pentas .


Kemain suka la budak budak ni , bos bos semua suka . kagum aku berani naik pentas katanya . dia taktau aku ni memang jenis pantang nampak mic , memang suka menyanyi . hehe .

Seronok , happy . si pemberi bunga ni paling kuat bahan aku . dia kata dia naik pentas nak bagi bunga pun menggigil , apetah lagi aku yang dok nyanyi atas pentas tu . haha . chill laaa , kata nak jadi retiss ,  dan selepas kejadian tu , selama seminggu cerita pasal aku nyanyi heboh diperkatakan . sekian .