Friday, April 25, 2014

Nur Rania Qaisara

Hari Rabu lepas , kami buat rombongan Cik Kiah , melawat kawan yang baru bersalin . sebenarnya dah nak habis pantang dah pun . masing masing sibuk dengan kerja masing masing , selalu tunda tunda . sudahnya lambat jugak melawat baby Rania .

haritu dah deal elok elok nak melawat baby , tup tup baby takde kat rumah tok mummy , sebab baby pergi cek mata kat Hospital Pakar . baby kena jangkitan kuman kat mata . kesian baby Rania , mata dia keluar darah . menangis air mata daerah kaedahnya .
masa kami sampai , baby Rania baru je tido . pastu mummy dia kata kejut je Rania . kami pun apa lagi . usik pipi , usik kaki , usik tangan . demi nak bangunkan Rania . tapi dak kecik tu heran pun tidak . lagi nyenyak dia tido ada laa . haha !

Kami pun memekak sekuat hati , gelak gelak sampai Rania bangun . yeayyy ! dapat tengok mata Rania yang cantik tu . geram nya geramnya . posing terus dengan baby Rania . hehe thank you baby Rania . thank you mummy ! thank you Tok Mummy !

ehem ehem , nampak tak bantal cantik belakang tu ? hihi hasil kerja saya laa tu . thank you mummy order dgn aunty , tapi aunty bg free je . Hadiah untuk Baby Nur Rania Qaisara . yeayy ! sayang baby !

Thursday, April 24, 2014

Monday, April 21, 2014

Jumpa Wedding Planner

hah ? dah kenapa tetiba pergi jumpa wedding planner ? takde angin , takde ribut . kannnn
wedding planner kami laki bini memang masuk air . suka sangat !

aku post gambar ni kat pesbuk , kat wechat . dah semua tanya "ehh kau nak kawen ke?" , jengjengjeng !

bak kata wedding planner aku , tiga orang ni kawen serentak ! meriah sangat hidup kau !
kitorang bertiga ni memang berkawan dari sekolah rendah , tapi mula rapat masa sekolah menengah . dari form 1 sampai form 5 sama kelas , duduk sebelah sebelah . happy sangat ! maka hubungan ini kekal hingga hari ini . tapi diorang dah berkawan sejak kecik , rumah pun depan depan je kan . memang lah !

So , persoalan di sini , siapa antara kami yang nak kawen ni ?
Hmmm malas nak bagitahu sekarang , tak suprise lah nanti kann .
Yang penting , my wedding planner dah ada warna khas untuk wedding aku . ohhh tak sabar sangat !

I Love You Best Friends ! 11 Years And Still Counting . 
Tapi aku tengah risau akan ada pesta air mata on that date . adehhhh risau aku !

Friday, April 18, 2014

Aku sorang je single !

Aku ni memang manusia yang suka update cerita minggu lepas . kebanyakkan cerita aku berlaku sabtu ahad , bila naik kerja hari isnin , kerja banyak , sampai takde masa nak update . sudahnya time hari jumaat yang panjang ni laa baru aku ada masa nak update . so korang layan je laa eh . hihi

11 April 2014 , kawan aku selamat di nikahkan dengan tiga kali lafaz . suaminya ada darah gemuruh , so tersasul sasul la jadinya . takpe Fiq , yang penting semua dah selamat . Alhamdulillah . yang kelakarnya , malam tu jugak dengan tiba tiba aku kena jadi pengapit si Azie ni . terpinga pinga aku sekejap . dok heret pengantin sana sini .

Malam tu lepas nikah , sesi berkaraoke laa . dan aku tak lepaskan peluang begitu sahaja . aku berduet dengan bapak pengantin ! haha !

Esoknya , deal dengan pengantin , memang aku lah pengapitnya , deal pulak dengan pengapit lelaki , pakai baju warna apa , biar gambar nampak cantik menarik dan tertarik kan . hihi . Kacak jugak pengapit lelaki dia . mihmihmih . mood gatal dah maiii dahhh .
nampak tak . kan cantik je . hitam sama hitam . gituuu . haha ! ehh jeling jeling jugak bantal warna pink aku tu . aku buat tau . aku buat ! hehe nak order jom lah ...

Lepas bersanding , kami the gadis gadis bawak pengantin pergi sesi outdoor ! photog nya orang luar , so dia tak tau sangat mana port menarik . so kami bawak lah . nasib baiklah aku ni banyak berkawan dengan photog photog area mersing ni , so tau la mana port menarik kan .
dan ini lah hasil outdoor kami . pengantin posing kat belakang , kami posing kat depan . big thanks to monopod . haha ! sapa kata monopod ni untuk yang suka selfie ? bagi aku monopod ni untuk group photo . tak payah susah susah nak suruh orang snap gambar kita . kau hulur je laa batang monopod tu . snap ! tapi sedih , iphone takde selftimer , so terpaksa guna camera 360 yang tak ori tu ! mencikk !
dan...bila ada majlis besar macam ni . masa ni jugak lah yang kami manfaatkan untuk berkumpul / happy sangat dapat jumpa kengkawan . masing masing dh merantau . duduk jauh . sesekali berjumpa , imma happy ! yeayy happy me ! hihi

To Azie & Fiq . tahniah korang . lama korang kawan akhirnya disatukan jugak . Azie kena pandai masak . takleh makan luar lagi . hihi . Doakan aku pulak okay . Insyaallah .

p/s : sedih sikit dengan gambar atas ni . setelah aku tenung sedalam dalamnya . semua dah berpunya , dah bersuami and tunangan orang . aku sorang je single lagi . huwaaa ! tapi coach kata - alaa rilex ahh . masanya akan tiba . hehe . Insyaallah coach , aku setia menantimu . cewahh ! berangan je lah kau popeye !


Thursday, April 17, 2014

Monday, April 14, 2014

Business OR Part Time Job ?

Morning Monday ! Harini bangun awal , buat sarapan dengan harapan sampai tempat kerja nanti tak kena Monday Blues . Hancur harapan ku , sampai sampai si Hasyim tak bukak pintu lagi . Aku memang tak pegang kunci , sebab aku kan suka ponteng . so kalau aku pegang kunci , tak dapatlah aku nk memonteng selalu . jadinya aku menuggu si Hasyim sampai pukul 10 . aku dah niat nak balik sambung tido je , tapi fikir balik , Jumaat lepas aku dah memonteng , so harini kena tunjuk muka lah kan .

Sudahnya , memang kena Monday Blues lah . tengok tu tak kena , tengok ni tak kena . bebal semacam je . huh , tak suka Monday Blues tau ! kerja banyak ni , tapi tak stim langsung aku pandang keje keje ni semua .

So , update lah sikit . kalau korang yang dah tau or ada yang taktau , aku ni buat business kecil kecilan kat rumah . balik kerja buat part time . jual bantal nok . design korang cakap je nak macam mana . Insyaallah aku boleh buat . 
Sekarang ni , bantal bantal ni semua memang tengah trend . lagi lagi untuk pengantin . letak kat pelamin lah . kat katil lah , kat photobooth lah . memang nice sangat . aku suka . hehe .
Buat masa ni , aku tak kembangkan lagi business aku ni . sebab aku takut tak cukup tangan . biasalah , aku buat sorang , semua jahit tangan pulak tu . aku buat lepas waktu kerja . maknanya petang dan malam . Insyaallah lepas ni , aku buat full time . nak kembangkan lagi business ni . lama dah mengidam nak ada business sendiri .

Doakan aku berjaya yea . 

Wednesday, April 9, 2014

wordless wednesday #109



Weekend Wedding - Part 4

Dan ini adalah wedding last yang kami attend . memang datang semata mata nak bergambar je . taknak makan . kesian pengantin , suruh kami makan , tapi masing masing dah kenyang , sorry sayang !

comel sangat pengantin  . dua dua kecik comel je . muka pengantin lelaki sangat kanak kanak okayy . aku post je , ramai tanya , ehh tu pengantin lelaki ke ? sangat budak budak muka dia . hehe
akak pengantin kata : "okayy mula mula posing cantik dulu" . ehemm , nampak tak dah kurus sikit ? hehe
Posing dengan props . happy ! semua happy ! Tahniah Aa sayang !
Dia tempah bantal dengan saya jugak . dia kata bantal tu naikkan seri pelamin . wahhh terharu sangat tau !

Tahniah Fazana & Jeff . Semoga kekal hingga ke Jannah . jangan lupa doakan aku pulak tau !

Tuesday, April 8, 2014

Weekend Wedding - Part 3

Okayy ini wedding paling havoc abad ini . haha . semua orang sangat excited nak attend wedding ni sebab semua pengantin buat sendiri termasuklah pelamin !

geng geng Mak Jemah sila bersabar lah . walaupun berkobar kobar nak datang wedding Fuah , excited kate kau !
sebab majlis kat Dewan , kitorang wajib lah lalu kat red carpet kan . merasa macam pengantin lah walaupun sesaat . kau ade ?
haaa ni lah dia pengantin yang semua orang nak tengok . memang lain dari yang lain . Fuah mana nak sama dengan orang kan . tema nya ala garden , bezanya dia buat dalam Dewan . tu je .

Sweet laa jugak . diorang siap menangis atas pelamin tu . Berduet menyanyi . tahniah , aku happy untuk korang .
sekuat kuat hati dia peluk aku . sayangggg sangat kat fuah . doakan aku pulak tau . jangan lupa doakan aku !
Sekarang ni , setiap wedding mesti ada photobooth . tapi photobooth Fuah ni sangat menarik . semua taknak mengalah jadi photog . so , guna monopod . nampak muka je lah kan . nasib baik muat dan comel comel semuanya . 

Tahniah buat Fuah & Faiz . Semoga kekal hingga ke Jannah !


Weekend Wedding - Part 2

yang kedua ni , wedding kembar aku . kembar nama je lah . Suaminya tiga pupu aku . yess , atuk kami sepupu , bapak bapak kami dua pupu , dan kami tiga pupu , anak anak kami nanti kupu kupu lah ! ehh salah ! anak anak kami manusia lahh . haha !

Kitorang datang masa dia nikah , excited nak tengok dia nikah . yelahh nama sama kan , bila sebut nama je , aku pulak yang lebih lebih berdebor . haihh laa , sabar lah wahai hati . masanya akan tiba nanti , InsyaAllah .
Gambar masa nikah takde , sebab Imam kat surau tu sangat kerek , selesai je nikah , terus dia tutup semua lampu , umpama menghalau , sebenarnya memang nak halau pun kan . ggrrr ! so bergambar masa berinai je lahh . ada 4 persalinan katanya , tapi kami tak tunggu lama lah . sebab masa tu pun dah pukul 11 malam . anak dara tak elok balik lewat . hihi








 Rumah kedua untuk hari sabtu . Paling buat kecoh kat rumah ni . pedulik apa . janji kami bahagia . haha ! 

Tahniah Along & Yana . Semoga kekal Hingga Ke Jannah .

kalau terpandang , ada bantal aku buat kat pelamin tu . sampai ada yang kata , tu bantal couple aku . otak otak kempas dia lahh , aku mane ade couple ! 

Weekend Wedding - Part 1

Kau nampak tak betapa gigihnya aku nak update siap ada part . ni baru part 1 . kau rasa ada berapa part ? 

alaaa tak banyak , sampai part 4 je , or maybe part 5 . hehe

yelaaa . Sabtu baru ni aku attend 4 wedding . semua kawan baik . semua sama tarikh . semua bersanding satu masa . pening aku , taktau nak pergi mana satu . tapi tetap tabah . pergi jugak , dan aku la ketua rombongan untuk geng aku . hikhik !

Okay malas nak cerita panjang . ni wedding Geng Kebab zaman sekolah agama . kami suka makan kebab . dulu , setiap 1 & 15hb setiap bulan , muka muka ni takde kat sekolah agama , sebab.....pergi pasar lambak semata mata nak beli kebab . haha !
Happy Wedding Fahani . cantik cantik cantik sangat ! semoga kekal hingga ke Jannah sayang !
Rumah pertama ni pukul 2 kitorang sampai . memang pengantin tengah bersanding , terus masuk , cakap nak bergambar dengan pengantin . sebab ade lagi 3 buah rumah . so aku limitkan satu rumah setengah jam je . sila makan kenyang kenyang kat rumah pertama ni . haha !

Tahniah Fahani & Zari . Semoga Kekal Hingga Jannah . Insyaallah . Aminnn !

Thursday, April 3, 2014

Tuesday, April 1, 2014

6th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Okay , ni part paling seronok yang aku excited sangat nak cerita . its family time ! yea , aku sangat suka bersama keluarga . aku lagi rela spent time dengan family daripada spent time dengan kawan kawan atau kekasih . yelaa sebab aku kan takde kekasih . okay sangat tak kelakar !

Weekend baru ni , gigih aku balik kampung . hari jumaat kerja halfday , naik bas pukul 1.30 , driver sangat slow , sampai pun dekat pukul 7 . stress aku . sebab aku memang selalu tak sabar nak balik kampung . sebab aku sangat suka duduk kampung !

okay okay kita cita pasal belon . first trip aku pegi hari Ahad pukul 10.30 pagi . bawak 7 orang ank buah , ribut dibuatnya . semua dia nak naik ! aduhh pening aku . 
kitorang sampai sampai , makan dulu , bapak mahal makanan . nasib baik sedap ! kalau tak mesti perut aku mengamuk ! hehe . makan daging burger je okay . still on DA .
 Tengoklah , dah macam mak bawak anak anak pergi jalan jalan . haha . tepat pukul 12 , masing masing dah kepenatan , lalu balik dengan kadar segera . On the way balik tu , call sepupu , tanya dia kat mana , dah hantar pengantin belum , sebabnya kalau balik rumah , comfirm comfirm memang takde makanan . memang rezeki , diorang pun tengah tunggu kompang .
so slow laa geng kompang ni , ade ke pengantin yang tunggu diorang , stress tau . so jom kita selfie dulu . semua laa perhati aku guna natang monopod ni . photog diorang pun boleh tanya "benda ape tu dik" , pakcik , pakcik sangat tertinggal peredaran masa . hehe
Dapat jugak tengok Eynie kawen . hehe . sebelum ni tak dapat pergi rumah perempuannya . so pergi rumah lelaki je lah . hehe Tahniah Eynie .
 nak jugak selfie dengan pengantin , tapi terlindung . maap ye pengantin .

 Balik dari hantar pengantin , balik rumah rehat jap , lepas Zohor bersiap ke Pesta Belon lagi , dengan family satu lagi . happy me , banyak family ! dan sentiasa menjadi kesayangan diorang , hehe . Alhamdulillah .
 Tujuan utama datang trip kedua ni memang nak main dalam belon ni . lama dah tak excercise kan . haa nah kau , 10 minit rasa macam setengah jam . lama giler duduk dalam tu . puas ! berguling guling dengan Syafiq !
dah macam anak gajah dah haa . ishh ishhh . keluar je , berpeluh peluh macam berlari satu putrajaya !
 selfie dengan Khayla dedomey debucuk dedemok ! ibu terselit . nampak sikit je ibu . jadilahhhh ! hehe

Sekian aktiviti seharian di Putrajaya . Thank you cousin cousin . Thank you Pesta Belon Panas . Thank You Putrajaya yang tak pernah mengecewakan . Sayang semua !
 ehh kejap kejap . nampak tak aku kurus  ? sebulan DA . thank you DA !