Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Tiba !

hye semua ! Alhamdulillah kita dah sampai bulan Ramadhan . hari ni genap seminggu kita berpuasa . sekejap je kan ? tiga minggu lagi nak raya . gittew !

Sempena bulan puasa ni , aku buat cabaran untuk diri aku sendiri . cabaran apa ? Cabaran Isteriku Pandai Masak . haaa , idea tercetus dari drama Isteriku Bukan Tukang Masak . lawak betul cerita tu dan ada pengajarannya .

Jadi , aku cabar diri aku sendiri untuk masak seberapa banyak yang boleh , kalau rajin masak tiap hari , kalau malas tak payah masak . haha . setakat ni , dua menu dah aku buat . yang jadi mangsa untuk rasa dan komen - adik adik aku lah . yeahh !
 #episod 1 : Roti Piza Campak Campak Tapi Sedap

jumpa resepi pemalas ni kat fesbuk la , fesbuk kan dah banyak orang share resepi . apa susah , screenshot , beli barang dan buat . jadi tak jadi bergantung kepada kehebatan korang . hikss !

#episod 2 : Ayam Masak Manis Pedas Terlebih Gula Melaka 

yang ni , aku mintak resepi dengan jiran belakang rumah . haritu masa majlis tunang adik dia , dia masak lauk ni sedap giler . rasa pedas manis dia cukup . so aku nak laa try . tapi cubaan kali pertama ni tak berapa nak menjadi . standard lah kan , baru first time buat , takkan terus jadi kan ? haha not bad . tapi pengkomen pengkomen kat fesbuk , wechat & insta cakap - nampak sedap ! deyyy , aku masak mana penah tak sedap ! ok tak kelakar !

so , menu harini atau esok dan esok ...apaaaa yaa ? korang ada idea ? meh laa share .


Monday, June 8, 2015

#Entry Throwback 13 - Jumpa Kawan Sekolah

Masa wedding Nadia , pengapit dia adalah kawan sekolah kitorang masa sekolah rendah . Hidayah Yasiran . memang ingat ingat lupa siapa dia sebenarnya . tapi kawan kawan lain yang tolong aku ingat balik siapa perempuan ni . haha . yes you are . dulu kemain pendiam , sekarang nahh kau . haha . ok la tu kan , kepala masuk air, sama je dengan aku . best beb jumpa kawan lama . happy je .
 Orang luar datang , tempat wajib aku kena bawak adalah Nasi Goreng Tido . memang wajib bawak orang luar breakfast kat sini okayyy . terbaekkk !!

Satu lagi kawan yang aku jumpa adalah Shahril . ni kawan sekolah menengah aku . geng bergalak , geng ponteng , paling best , dia raja kentut . last jumpa dia 2008 . sejak masing masing keje , punyalah susah kitorang nak jumpa and lepak sama sama .
Malam tu try call dia , kebetulan tengah free . ajak dia pergi karoke . wahhh masa sekolah dia lah paling hebat nyanyi . tapi sekarang tidak lagi . aku lah juara . dia pun tergamam tengok aku nyanyi . dia kata hebat nyanyian aku . hahha malu pulak . dia siap pesan : Na , jangan bagi Amy Search dengar suara kau , nanti dia amek kau jadi artis dia . haha senget punya kawan . memang best sesekali lepak bersama .

Kawan sekolah rendah dah jumpa , kawan sekolah menengah dah jumpa , kawan kolej sem 1 , sem 2 yang dah lama tak jumpa tu , bila kita mau berjumpa ? jom lah jom lahhh . hehe


#Entry Throwback 12 - Wedding Nadia

22 & 23 Mei

Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Taman Sri Mersing . cewahh ! Alhamdulillah , sekali lafaz Nadia yang paling rock sah menjadi isteri kepada Syukur .
Wedding Nadia ni , aku tak banyak tolong , sebab aku sibuk dengan urusan business aku . maaf laa sampai tak sempat nak menjengah tengok persiapan . mesti masa wedding aku ni , Nadia terus tak datang . haha . Masa nikah Nadia , 6 orang wakil BrotherSisterHood datang . separuh dari ahli . Alhamdulillah .
 Masa majlis pun , tak banyak gambar dengan pengantin sebab pengantin sibuk . kitorang pun ada pergi wedding lain . kawan sekolah jugak . so terpaksa bahagi masa lah kan . jemputan orang kita kena datang tau . dengan doa dan harapan semoga majlis kita nanti pun , ramai orang akan datang . InsyaAllah , aminnn .
Oh , dia bukan suami saya , bukan juga kekasih saya . dia hanya bestfriend selfie saya . di mana ada kamera , di situ ada dia dan saya . haha . tunggu kau kawen pulak Wan . bergalak kita pinjam anak orang , konon selfie anak beranak . haha .

Untuk Nadia , Tahniah dah jadi wife Syukur . Aku doakan kau bahagia selamanya , jangan lupa doakan untuk aku pulak . aminnn aminnn .


#Entry Throwback 11 - Pulau Besar , Mersing

8 - 10 Mei 2015

Dah sampai entry yang tak berapa nak throwback . hehe . entry Pulau lagi . kali ni aku ketua , bawak kawan kawan aku yang majoriti tak pernah pergi pulau . first time manage program sendiri , uruskan sendiri bilik , boat , makan . Alhamdulillah semua bagi kerjasama . best best . jom baca cerita Pulau Besar aku kali ini .

Hari pertama :
gerak dari mersing jam 2.30 petang , mengambil masa selama setangah jam untuk sampai ke Pulau Besar . seronok sebab dalam speedboat tu semua geng kita . 9 orang je , tapi meriah dia macam 90 orang . sangat happening !
sampai je terus masuk bilik , rehat rehat kejap . buat aktiviti pertama ! mandi laut ! yeayyy ! mana boleh tahan , tengok air sangat jernih , tambah pulak chalet yang kitorang pegi tu takde customer lain . chalet dia hujung sekali . memang aman , tenang , tanpa gangguan . kata owner chalet tu , korang nak memekak ke , nak mengaruk ke , suka hati korang lah . yeahhhh abang , itu lah yang kami nak dengar !
ya , hari first mandi memang masing masing tak salin baju . jimat baju katanya . buat apa susah susah nak kotorkan baju kan . esok dan esok nak berenang lagi . hehe .

sepanjang kitorang kat sini , makan semua kami masak sendiri . just sewa perkakas dapur siap gas semua hanya RM50 untuk tiga hari . puas hati masak sendiri . makan laa apa yang kami bawak , makan la banyak mana pun . pengalaman yang sangat best . masa ni lah kita boleh tengok sape pandai masak , sape malas , sape rajin . ewahh ewahh !

Lepas makan kitorang pergi mancing pulak . kat jeti . gambar takde sebab aku tengah excited memancing , ikan punyalah banyak , tapi takde yang sangkut . aku lebih kepada bersedekah . ya , sedekah amalan yang mulia . tahniah ikan ikan semua . fuhh ! memancing pun tak lama , sebab ikan ikan semua dah lari . dengar suara aku gelak kemain kuat . mati terkejut ikan ikan tu semua .

Hari kedua :
Lepas breakfast , kami siap siap tapau segala makanan yang ada , bersiap untuk pergi snorkeling . the best part yang kitorang sangat nantikan . memang tak sabar nak tunggu hari kedua ni . pagi pagi semua bersemangat , bangun awal , siapkan sarapan sama sama , pukul 10.30 gerak ke jeti dan ready to go !!
 macam biasa  , aku memang takde gambar tengah snorkeling , sebab aku lebih suka tatap keindahan khazanah laut dengan mata kepala aku sendiri . itu lebih memuaskan hati . dan akan aku ingat sampai bila bila . cewahh ! walaupun aku tak pandai berenang , tapi aku sangat suka snorkeling . terima kasih life jacket !

petang lepas Asar , kitorang jalan jalan sekitar Pulau Besar ni , tengok kampung orang , tengok resort resort lain yang ada . jauh jugak berjalan . Maghrib baru sampai chalet kitorang . the best moment dengan kawan kawan . seronok dapat spent time sama sama .

Hari ketiga :
Nak balik dah . hari last ni semua orang macam malas je nak bergerak . yelah , mana cukup 3 hari je kan . masing masing dah rapat , dah bergalak sama sama , sedih sama sama . yelah , sedih sebab go pro rosak masuk air , bukan murah ! tapi kenangan kita tetap abadi selamanya . Insyaallah aku akan plan next trip . nanti kita pegi jalan jalan lagi okayy .
haha korang jangan gelak tengok gambar ni . ni kes nak jimat baju . bangun tidur terus berlari terjun laut . sebelum balik wajib mandi lagi untuk kepuasan . sempat jugak belajar berenang sikit sikit . best sangat ! thank you best friend .
 Terima Kasih baut Bro Ricky & kawan dia yang sudi melayan kerenah kami selama 3 hari ni . best service . ada rezeki , kami datang lagi . memang best ! Thank you jugak untuk kawan kawan yang sudi bagi kerjasama dengan baik . enjoyy !


#Entry Throwback 10 - Geng Kebab's

Aku rasa aku tak pernah cerita pasal Geng Kebab aku ni . kalau cerita pun , tak details . asalnye Geng Kebab ni masa sekolah agama dulu . kitorang datang dari sekolah rendah yang berbeza , tapi boleh jadi geng bila sekolah agama waktu petang . Geng kebab ni ada 6 orang . Aku , Fahani , Ainul , Pejah , Ema & Mira .

Akulah punca wujudnya Geng Kebab ni . kat Mersing ni , setiap 1 & 15hb akan ada Pasar Lambak atau lebih dikenali sebagai Lelong . waktu operasi 7 pagi - 7 malam . ada satu kedai kebab yang sangat sedap . Kebab Pak Ya . lambat datang , memang kau tak merasa lah kebab dia .

Zaman sekolah agama dulu , setiap 1 & 15hb aku akan ponteng , semata mata nak pegi lelong beli kebab . haaa kau nampak betapa kasihnya aku dengan kebab Pak Ya tu . sampai sekarang memang itulah menu wajib aku kalau pegi lelong . sebab aku selalu tak datang kerana kebab , maka kawan kawan aku pun terjebak jugak , diorang join sekali tak datang sekolah kerana kebab . ini memang lawak dan aku akan ingat sampai bila bila .

Lepas habis sekolah , kitorang jarang contact , buat haluan masing masing . tapi still amek tau perkembangan masing masing . baru baru ni kitorang plan nak buat reunion . tapi 3 ketul je yang free time ni . sabar lah sangat . entah bila yang boleh complete 6 orang , aku pun tak pasti .
Geng Kebab 3 orang je , yang lain terjumpa tepi pantai . haha . kitorang saje nak melepak tepi pantai , pastu terjumpa pulak gadis gadis ni . geng sekolah agama jugak tu . maka marilah kita selfie bersama sama dengan caption : Berjumpa & Terjumpa . sweet kan ?
 yang ni pulak , menghabiskan waktu lapang bersama sama . sangat seronok beronok ronok . sesekali spent time & makan bersama . adalah sangat indah ye anak anak . lepas ni ada waktu lapang , wajib kita spent time bersama . ingat tu bestfriend !



#Entry Throwback 9 - Wedding Ain

27 & 28 Mac 2015

Kahwin dah kawan aku yang sorang ni . dulu merempit sama sama , menggedik sama sama , jatuh moto sama sama , dia pegi dating aku cover , aku pegi dating dia cover . sekarang , dia kawen dulu . Alhamdulillah kawen dengan boifren dia yang aku dok cover dulu . hehe .

Hari Jumaat tu , dia nikah sekali dengan akak dia . lepas sembahyang jumaat . lepas asar pulak , aku pergi jemputan nikah Kak Fallah . yang ni wajib pegi sebab esok majlis dia aku tak boleh datang . jadi bridesmaid Ain & Aun .
i) Kak Fallah & Suami
ii) Fatiha & Suami - adik kak Fallah
iii) Aun & Suami - akak Ain
iv) Ain & Belly
Alhamdulillah , semuanya dengan sekali lafaz . Tahniah untuk semua .

Esoknya , the big day . pagi pagi lagi kami dah bersiap . nak jadi bridesmaid kan . kena la cantik cantik . aku benci jadi bridesmaid time ni sebab kulit aku sangat hitam . yelah , baru balik dari Pulau kan . mana tak hitam . tapi bergalak tetap lah bergalak kan . haha
Alhamdulillah , majlis selesai dengan jayanya . Nasi pun habis awal katanya . ramai yang datang . Tahniah untuk semua pengantin . jangan lupa doakan untuk kami kami yang masih single ni . Aminnnn Aminnn !


#Entry Throwback 8 - Pulau Tinggi , Mersing

24-26 Mac 2015

Membawa Team Pejabat Belia & Sukan menghadiri kursus di sana . kemain kan diorang ni , asal kursus je buat kat Pulau . mentang mentang lah Mersing ni dekat ngan Pulau . tapi ok la tu , aku tak terlibat dengan kursus , tapi aku dapat join . bukan kena buat keje pun , rehat je kan . uruskan diorang pun sikit sikit je . tulah untungnya ada Makcik keje Tourist Guide , dia takde teman , aku lah teman dia . kihkihkih!
Hari pertama sampai , bergerak dari Jeti Tanjung Leman , tak jauh pun , dalam setengah jam dah sampai . naik speed boat , ombak tengah kuat , memang melambung lambung lah kan . leper b*nt*t wehhh . haha ! tapi memang the best experience !

sampai je Kat Pulau Tinggi , yang keluar dari mulut aku is - wahhhhhh cantiknya . guess what ? air jernih , pasir sangat putih , environment sangat nice . aduhhh baru sampai dah suka macam mana ni ? Hari pertama takde aktiviti , semua aktiviti bebas...lepas maghrib baru diorang ada aktiviti . sebab takde aktiviti , aku pun bahan tido je lah . haha lepas asar baru aku ngan makcik aku keluar jalan jalan kat kampung .

bestnya Pulau Tinggi ni , suasana dia sangat kampung , orang pun tak ramai . sekolah dia ada 16 orang murid je . dari darjah 1-6 . memang best la kalau jadi student kat situ , cikgu bagi sepenuh perhatian kot . haha . kitorang jalan sampai hujung , orang kampung yang kitorang jumpa tak sampai 10 orang . tapi budak budak dia peramah . best sangat , terasa diri macam pelancong . haha motif sangat kann .














Hari kedua , lepas breakfast , diorang sibuk dengan kursus . aku dengan makcik aku , sibuk berkubang lahh . mula mula jalan di persisiran pantai dulu , cewahhh . fefeling macam jalan dengan kekasih hati lah kannn . mandi , berendam sampai matahari dah tegak atas kepala . lepas mandi , makan tengahari pastu tidoooo . lepas asar diorang ajak pergi snorkelling . okay ini yang paling aku nantikan . haha !
 gambar snorkeling semstinya takde . sebab takde casing kalis air , lagipun kalau snorkeling camni , aku lebih suka menikmati keindahan dengan mata kepala aku sendiri . lagi puas . biar dia kekal dalam ingatan aku . cewahhh gitu .

Malam takde aktiviti , just amek angin pantai . layan perasaan . pukul 10 dah ngantok maka kita tidurlah ! diorang kursus sampai pukul 1 pagi kot . dengar diorang masih bergelak ketawa . lantak lah , tido lagi best . hehe

hari ketiga , nak balik dahhh . lepas zohor siap siap nak balik Mersing . pagi tu lepas breakfast , berkubang sekali lagi . kat Mersing bukan selalu boleh berkubang , tak rajin kawan kawan aku nak melayan . jadi kita berkubang lah sepuasnya kat sini . nikmati percutian sepuasnya .
 walaupun Pulau Tinggi ni kecik , tapi suasana kampung dia sangat lah tenang bagi aku . aku memang suka Pulau , suka Pantai , suka Tasik , suka yang berkaitan dengan air . tenang je tempat tempat macam ni . best sangat .

siapa siapa nak ajak aku pergi bercuti , bawak lah aku pegi tempat tempat banyak air camni , memang kegemaran aku . hihi . ok jom next entry !


Sunday, June 7, 2015

#Entry Throwback 7 - Hobi : Menyanyi

Ya , hobi aku memang menyanyi . aku suka menyanyi . aku suka karaoke . setiap minggu memang akan menyumbang suara . kalau ada wedding , ada orang cabar , memang akan nyanyi . memang suka . makin banyak kita nyanyi , makin baik mutu nyanyian kita . cewahhh ! haha
 i) masa wedding Lily . masa ni aku tak berapa sihat . demam lagi . tapi permintaan geng 9-2B suruh nyanyi Pelamin Anganku Musnah . konon konon yang nyanyi ni adalah ex Lily . haha memang menyirap je lah Lily dengar kann . senget betul . suara dah sengau pun , DJ tu suruh aku nyanyi lagi . senget betul .
 ii) Rumah Wife Yan . karoke ni letaknye sebelah dinding rumah Zureen , agak terlindung , jadi tak nampak siapa yang nyanyi . masa ni aku nyanyi lagu Madah Berhelah . suara memang tengah power masa ni , makcik makcik yang rewang semua datang menjengah , siapa yang nyanyi . bila aku habis je nyanyi , pakcik depan aku pun jerit : "saya bagi 5 bintang!". hahaha malu aku . pastu DJ tu cakap , "ramai yang menjengah , ini adalah adik tiri Ziana Zain ye" . haaa kuangasam kau DJ .
iii) yang ni gambar zoom . tu yang macam pecah sikit . gambar curi kannn .. masa wedding kat rumah Yan . sebenarnya malam tu lagi kitorang dah bergalak karoke sampai lebam . siang ni buat buat ade je . terima kasih laa pengantin , sudi belanje kawan kawan karoke , walaupun pada asalnya memang takde karoke .

Nasib lah dapat kawan kawan kaki karoke kan . meriahhh gitu !!

#Entry Throwback 6 - Wedding Yan

7 Mac 2015
Majlis Akad Nikah di rumah pengantin perempuan . aku satu satunya wakil wanita bagi geng BrotherSisterHood . aku jugak jadi camerawoman untuk album kitorang , aku jugak jadi saksi kejadian kejadian best sepanjang majlis . best . meriah . happy . Tahniah Yan & Zureen .
 Ramai yang komen gambar ni , cakap muka aku yang terlebih gembira . Alhamdulillah , aku memang sentiasa happy bila tengok kawan kawan aku kawen . lagi lah , yg ni bestfriend aku . yang sentiasa ada susah senang . lagipun masa ni , maybe Yan masih berdebar lagi . mungkin jugak dia sedih , dia kawen Mak Ayah dia dah takde . Al-fatihah untuk Mak Ayah Yan , aku pasti Mak Ayah kau tengah senyum tengok kau dah kawen , Yan . Kami berlima lah wakil BrotherSisterHood yang join rombongan pengantin ke Kluang .

14 Mac 2015
Majlis Bertandang , rumah pengantin lelaki . dah dekat , takkan lah ramai yang tak datang , nampak sangat jahat dia kan . so inilah kami ! ade 4-5 orang yang takde , tak dapat cuti . takpe yang ade ni pun cukup buat majlis Yan meriah .
Masa bergambar kat photobooth ni , masing masing buat perangai . memang terserlah kitorang punya giler giler . meriah uolls ! semua orang tengok , penuh khemah tu dengan geng kitorang je . posing macam macam . pengantin layankan je . dah ada photobooth ni , pelamin memang kitorang tak pandang lah . haha maaf pengantin .

Alhamdulillah , Zureen wife Yan pun dah mengandung . jaga diri baik baik yee . jangan lupa doakan kami kami yang masih single ni . wehuuuu !

penat ke ? alaaa rileksss , jom baca lagi . next entry !

#Entry Throwback 5 - Wedding Lily

7 & 8 February 2015

Wedding geng 9-2B , Liliyona . Ahli kedua yang kawen . Tahniah Lily & Syamil . Semoga kekal hingga ke Jannah . Dan jangan lupa doakan untuk aku pulak . hehe nak kawen jugak !
7hb Nikah lepas Jumaat , aku sampai Kl Khamis tu , tapi biasalah , pergi bercinta dulu . ehhh tak la . pegi jumpa bestfriend forever dulu . tengahari macam tu baru pergi rumah Lily . 
8hb hari persandingan . kami jadi bridesmaid , sekali lagi tanpa Fieza . baju dah beli , last minit dia tak dapat datang . kesian Fieza nanges nanges tak dapat join . itulah nasib isteri seorang tentera , suami ada event , isteri kena ikut sekali . takpe Fieza , Insyaallah next wedding kau dapat join ehh .
dah jadi bridesmaid , mestilah kena ikut pegi outdoor . kami yang kepenatan . huhu . nanti aku kawen , boleh tak taknak ada bridesmaid ? hihi nak outdoor romantic sweet ngan laki kita . awww sweet sangat ! haha .

Alhamdulillah , sekarang Lily dah pregnant , tengah mabuk teruk . kesian dia . semoga kuat ye Lily .

ok next entry , wedding lagi . jom !



#Entry Throwback 4 - Nana Bertunang

27 December 2014

Majlis Pertunangan Nana & Sollah . Alhamdulillah , bertunang sudah kawan aku ni . kawan dari kecik tau . main masak masak sama sama , bergaduh , bergalak , semua ade . setelah menempuh macam macam rintangan dan kisah percintaan , akhirnya bertemu insan prihatin . cewahhh ayat bersamamu abes kan . haha !
Kami berempat memang rapat sejak kecik lagi . sangat rapat . yang free hair tu dah kawen . yang tudung hitam dah tunang , nana pun dah tunang , tinggal aku je belum disunting . Insyaallah tahun depan ehh , doa doakan lah kami . cewahh ! diorang kata , aku adik bongsu , so kena la ikut turn . bagi kakak kakak lepas dulu . ok baiklah kakak kakak sekalian . sayangggg korang !
okay , jemputlah tengok selfie gila gila kami . bukan senang nak dapat gambar berempat macam ni . sementara dapat ni , snap lah banyak banyak . bulan 8 nana kawen , ni dah start buat persiapan sikit sikit . tak sabarrrr , macam biasa , aku lah pengapit dia .... hhmmm redha je okayy .

ok nexttt !!

#Entry Throwback 3 - Tamat Kerja

31 December 2014

Tamat sudah kontrak aku bersama Syarikat Kontraktor itu . Bos beria suruh aku sambung kontrak , siap merayu , jumpa mak aku , haha . tapi aku taknak . yelah bos , saya tak dapat apa apa benefit kot selama kerja dengan you , hampir 3 tahun . rasa buang masa je . since dah tamat kontrak , saya berhenti je lah . Buat business sendiri lagi best tau bos ! tak tension , masa tak terikat . cewahh !
 hari last kat tempat keje , snap laa apa yang patut untuk dijadikan kenangan . ni lah antara tujuan entry throwback ni , aku simpan semua cerita dalam blog ni . nanti bila aku rindu , aku boleh baca semula . cerita kat anak cucu . Insyaallah .
Ni pekerja aku yang paling baik & rajin sekali . ya , dia Bangla . bau dia memang busuk . tapi takla busuk sangat , mungkin aku dah biasa dengan diorang kot . Bangla gatal ? tak lah , Hashim ni ok , dia sayang family dia . ada duit lebih , dia akan beli hadiah untuk wife dia . sebelum beli , dia akan tanya aku dulu . bila mood baik dia datang , dia belanje aku air . time aku tengah bebel , dia rakam sampai aku tak jadi nak sambung marah . dia kata nak buat kenangan tunjuk kat anak bini nanti . sweet Hashim ni . aku pasti rindu pekerja pekerja aku .

Insyaallah , bulan 7 ni aku start kerja dengan company baru . 100% Bumiputera . Alhamdulillah , walaupun tak ready lagi nak kerja sebab dah jatuh cinta dengan business , aku cuba jugak . mana tau dengan kerja baru ni , boleh kawen cepat . hihi semoga dipermudahkan . Aminn .

aku menaip laju giler kot , marathon ni bape entry lah boleh update sampai penat . hehe . jumpa next entry !