Monday, June 8, 2015

#Entry Throwback 10 - Geng Kebab's

Aku rasa aku tak pernah cerita pasal Geng Kebab aku ni . kalau cerita pun , tak details . asalnye Geng Kebab ni masa sekolah agama dulu . kitorang datang dari sekolah rendah yang berbeza , tapi boleh jadi geng bila sekolah agama waktu petang . Geng kebab ni ada 6 orang . Aku , Fahani , Ainul , Pejah , Ema & Mira .

Akulah punca wujudnya Geng Kebab ni . kat Mersing ni , setiap 1 & 15hb akan ada Pasar Lambak atau lebih dikenali sebagai Lelong . waktu operasi 7 pagi - 7 malam . ada satu kedai kebab yang sangat sedap . Kebab Pak Ya . lambat datang , memang kau tak merasa lah kebab dia .

Zaman sekolah agama dulu , setiap 1 & 15hb aku akan ponteng , semata mata nak pegi lelong beli kebab . haaa kau nampak betapa kasihnya aku dengan kebab Pak Ya tu . sampai sekarang memang itulah menu wajib aku kalau pegi lelong . sebab aku selalu tak datang kerana kebab , maka kawan kawan aku pun terjebak jugak , diorang join sekali tak datang sekolah kerana kebab . ini memang lawak dan aku akan ingat sampai bila bila .

Lepas habis sekolah , kitorang jarang contact , buat haluan masing masing . tapi still amek tau perkembangan masing masing . baru baru ni kitorang plan nak buat reunion . tapi 3 ketul je yang free time ni . sabar lah sangat . entah bila yang boleh complete 6 orang , aku pun tak pasti .
Geng Kebab 3 orang je , yang lain terjumpa tepi pantai . haha . kitorang saje nak melepak tepi pantai , pastu terjumpa pulak gadis gadis ni . geng sekolah agama jugak tu . maka marilah kita selfie bersama sama dengan caption : Berjumpa & Terjumpa . sweet kan ?
 yang ni pulak , menghabiskan waktu lapang bersama sama . sangat seronok beronok ronok . sesekali spent time & makan bersama . adalah sangat indah ye anak anak . lepas ni ada waktu lapang , wajib kita spent time bersama . ingat tu bestfriend !



No comments: