Monday, June 8, 2015

#Entry Throwback 9 - Wedding Ain

27 & 28 Mac 2015

Kahwin dah kawan aku yang sorang ni . dulu merempit sama sama , menggedik sama sama , jatuh moto sama sama , dia pegi dating aku cover , aku pegi dating dia cover . sekarang , dia kawen dulu . Alhamdulillah kawen dengan boifren dia yang aku dok cover dulu . hehe .

Hari Jumaat tu , dia nikah sekali dengan akak dia . lepas sembahyang jumaat . lepas asar pulak , aku pergi jemputan nikah Kak Fallah . yang ni wajib pegi sebab esok majlis dia aku tak boleh datang . jadi bridesmaid Ain & Aun .
i) Kak Fallah & Suami
ii) Fatiha & Suami - adik kak Fallah
iii) Aun & Suami - akak Ain
iv) Ain & Belly
Alhamdulillah , semuanya dengan sekali lafaz . Tahniah untuk semua .

Esoknya , the big day . pagi pagi lagi kami dah bersiap . nak jadi bridesmaid kan . kena la cantik cantik . aku benci jadi bridesmaid time ni sebab kulit aku sangat hitam . yelah , baru balik dari Pulau kan . mana tak hitam . tapi bergalak tetap lah bergalak kan . haha
Alhamdulillah , majlis selesai dengan jayanya . Nasi pun habis awal katanya . ramai yang datang . Tahniah untuk semua pengantin . jangan lupa doakan untuk kami kami yang masih single ni . Aminnnn Aminnn !


No comments: