Monday, June 8, 2015

#Entry Throwback 8 - Pulau Tinggi , Mersing

24-26 Mac 2015

Membawa Team Pejabat Belia & Sukan menghadiri kursus di sana . kemain kan diorang ni , asal kursus je buat kat Pulau . mentang mentang lah Mersing ni dekat ngan Pulau . tapi ok la tu , aku tak terlibat dengan kursus , tapi aku dapat join . bukan kena buat keje pun , rehat je kan . uruskan diorang pun sikit sikit je . tulah untungnya ada Makcik keje Tourist Guide , dia takde teman , aku lah teman dia . kihkihkih!
Hari pertama sampai , bergerak dari Jeti Tanjung Leman , tak jauh pun , dalam setengah jam dah sampai . naik speed boat , ombak tengah kuat , memang melambung lambung lah kan . leper b*nt*t wehhh . haha ! tapi memang the best experience !

sampai je Kat Pulau Tinggi , yang keluar dari mulut aku is - wahhhhhh cantiknya . guess what ? air jernih , pasir sangat putih , environment sangat nice . aduhhh baru sampai dah suka macam mana ni ? Hari pertama takde aktiviti , semua aktiviti bebas...lepas maghrib baru diorang ada aktiviti . sebab takde aktiviti , aku pun bahan tido je lah . haha lepas asar baru aku ngan makcik aku keluar jalan jalan kat kampung .

bestnya Pulau Tinggi ni , suasana dia sangat kampung , orang pun tak ramai . sekolah dia ada 16 orang murid je . dari darjah 1-6 . memang best la kalau jadi student kat situ , cikgu bagi sepenuh perhatian kot . haha . kitorang jalan sampai hujung , orang kampung yang kitorang jumpa tak sampai 10 orang . tapi budak budak dia peramah . best sangat , terasa diri macam pelancong . haha motif sangat kann .














Hari kedua , lepas breakfast , diorang sibuk dengan kursus . aku dengan makcik aku , sibuk berkubang lahh . mula mula jalan di persisiran pantai dulu , cewahhh . fefeling macam jalan dengan kekasih hati lah kannn . mandi , berendam sampai matahari dah tegak atas kepala . lepas mandi , makan tengahari pastu tidoooo . lepas asar diorang ajak pergi snorkelling . okay ini yang paling aku nantikan . haha !
 gambar snorkeling semstinya takde . sebab takde casing kalis air , lagipun kalau snorkeling camni , aku lebih suka menikmati keindahan dengan mata kepala aku sendiri . lagi puas . biar dia kekal dalam ingatan aku . cewahhh gitu .

Malam takde aktiviti , just amek angin pantai . layan perasaan . pukul 10 dah ngantok maka kita tidurlah ! diorang kursus sampai pukul 1 pagi kot . dengar diorang masih bergelak ketawa . lantak lah , tido lagi best . hehe

hari ketiga , nak balik dahhh . lepas zohor siap siap nak balik Mersing . pagi tu lepas breakfast , berkubang sekali lagi . kat Mersing bukan selalu boleh berkubang , tak rajin kawan kawan aku nak melayan . jadi kita berkubang lah sepuasnya kat sini . nikmati percutian sepuasnya .
 walaupun Pulau Tinggi ni kecik , tapi suasana kampung dia sangat lah tenang bagi aku . aku memang suka Pulau , suka Pantai , suka Tasik , suka yang berkaitan dengan air . tenang je tempat tempat macam ni . best sangat .

siapa siapa nak ajak aku pergi bercuti , bawak lah aku pegi tempat tempat banyak air camni , memang kegemaran aku . hihi . ok jom next entry !


No comments: