Saturday, August 30, 2014

Wedding Sahabat

Cerita minggu lepas . Baik sikit lah kan . Daripada aku up cerita bulan lepas . Kikiki . Minggu lepas , 16 Ogos 2014 , hari bahagia kawan baik aku . Dari sekolah rendah kami kawan bertiga . Sekolah menengah masih bertiga . Naik form 4 tinggal berdua sebab Sue pergi sekolah teknik .
Alhamdulillah , Nurul & Lizan dah selamat jadi suami isteri . Tangisan kebahagiaan dari Aku & Sue . Kali ni tak berapa sedih sebab diorang pun macam tak sedih sangat . Haha !
Aku post gambar ni , ramai yg pertikaikan . Siapa pengantin sebenarnya . Aku ke Nurul ? Haha . Aku yg over pakai baju putih tu dah kenapa ? Baju raya tahun lepas laa . Baru pakai sekali . Apa salahnya aku pakai sebab tahun ni kan aku takde baju raya .

Pukul 1.30 kengkawan datang . Sementara tunggu Nurul bersanding , aku melayan kengkawan . Kiranya Aku & Sue memang ditugaskan untuk melayan kengkawan . Yelaa pengantin mana ada masa nak melayan kengkawan kann . Hehe .
Photobooth simple dari aku . Last minit punya kerja . Tapi nampak semua orang happy bermain di situ . Legaaaaa !
Props pun tak sempat print . Buat pakai marker je . Wakaka ! Jadilahh kan . Sorry geng ! Buat cikai cikai je untuk wedding kau kan ? Kejam giler aku ni . Hehe

Mak andam dia super duper lambat . Memang aku menyampah giler . Dah laa buat kawan aku tak berapa nak cantik . Slow pulak tu ! Ishhh hangin kita ! Nikah patutnya pukul 11 jadi pukul 12 . Bersanding pun pukul 2 , jadi pukul 2.30 . Gerammm sangat ! 
Haa tu je lah cerita hari bahagia kawan baik merangkap sedara aku ni . Kitorang sedara tau . Ada bau bau stokin sikit . Haha !

Kitorang tak stay sampai petang sebab ada jemputan rumah terbuka . Ada 4 buah rumah kau ! Mampooo ? Memang full giler perut aku . Malam dah melepek kekenyangan . 

So , happy wedding Nurul & Lizan . Semoga bahagia & kekal hingga Jannah . Jangan lupa doakan Aku & Sue pulak ! Kami single mingle tau . Cewahh promote sikit kan . 

p/s : tengah cari kekuatan nak up story trip to Sarawak . Hantar Nurul ke sana . Yelaa kawen dengan orang Sarawak kann . Tunggu tau ! Tenkiu uolls ! Muah muah !






Friday, August 29, 2014

Majlis Kahwin Lagi

Macam yang aku pernah cakap sebelum sebelum ni . tahun ni memang tahun mengawan kawan kawan aku . ramai betul yang kawen . tak kurang jugak yang tengah mengandung , yang dah beranak pinak . ehhh terasa tua sangat tau !

Dua minggu raya , tiba masa wedding kawan aku sejak sekolah tadika . sepanjang wedding dia ni , ada lah dua tiga kerja yang aku tolong tolong dia . nak tolong banyak sangat , tak boleh jugak . kang tak siap pulak bantal bantal aku tuu . haha
9 ogos 2014 , hari bahagia yang paling di nanti . tak sabar sangat nak tengok kawan aku yg sorang ni kawen . happy tengok dia happy . tapi sedih yang menyelubungi majlis pernikahan dia . sayu hati . sebab Mak Ayah dia dah takde . yang ada adik beradik . dia anak last . Imam belum start lagi , akak dia dah nanges dulu . aku ni dah laa ada penyakit tak boleh tengok orang nanges . kang aku berjangkit sama .

Teramat sayu ! bila sah je , aku yang berjurai dulu . aduhh tewas ! bila part dia salam dengan family , aku terus lari dok jauh jauh . tak sanggup nak tengok nok . aku dah boleh bayang camne aku nikah nanti . adoyaiii . camni pun ada hati lagi nak buat Keluarga Sakinah . mau banjir nanti . haha

Tibalah masa untuk bersanding . aku pengapitnye lah kan . dah memang aku je yang rajin buat keje keje gini . haha ! taknak amek gambar dengan pengapit lelaki . sebab..... takde ape lah ! haha . meh jamu gambar aku dengan bebudak ni semua  . love uolls !

kau nampak ade wak doyok jadian dalam gambar tu ? hahaha perasan sangat tu . orang kata wak doyok taknak terima . nak jugak jadi kaum kerabat Sultan Johor . nak jadi TMJ katanya . nah kau . layan kan aje lah !

banyak lagi entry kengkawan kawen bakal menyusul . bila ramai sangat yang kawen , aku yang pening nak pakai baju ape . pakai baju sama je , boring lah pulak kan .


Wedding Kembar Yana

Dah hampir sebulan dia kawen , aku baru nak cerita pasal wedding dia . Alaa apedehal , cerita raya pun aku baru up ari selasa aritu kan . So tak salah lah . 
Meet my ekin . Dulu masa study , kitorang satu bilik . Satu katil . Satu bantal . Satu meja . Ehh semua lah satu . Baju pun kitorang share . Sebab dulu aku kurus . Sama kurus macam dia . Hehe . Sekarang aku kurus jugak lah !

Pergi mana mana mesti sama sama . Orang cakap kitorang kembar . Pernah ada satu mamat tegur masa kat traffic light . Kitorang atas motor . Dia cakap - ehhh kembar lahh . Kitorang bantai gelak je . Tang mana yang sama pun tak tau laa .

Tapi kitorang memang rapat . Everything share together . Sampai laa dia bagitahu yang dia nak kawen . Time tu agak sedih laa . Sebab , kita akan hilang separuh dia . Suami dia akan amek dia . Masa dia akan habis dengan suami je . Mungkin jugak dia dah takkan ada masa dengan aku .

Alkisahnya , raya ke empat aku gerak pergi rumah dia kat Tampin . Nogori Sombilan . Hehe . Sampai je dia suruh rehat , nak dekat maghrib baru aku bangun tolong apa yang patut . Lena kau tido dalam bilik pengantin . Haha .
Esoknya Jumaat . Pepagi lagi dah bersiap . Untuk majlis nikah . Masa nak akad tu , ekin genggam kuat kuat tangan aku . Aku pegang tangan dia kuat kuat jugak . Dengan sekali lafaz Ekin & Epul selamat menjadi suami isteri . Pastu diorang buat solat sunat . Sweet sangat tengok laki bini solat sama sama . Doa sama sama . Alhamdulillah . Aku sebagai mak andam terjun dia tolong laa setting semula crown dia untuk sesi photography . Hehe

Malam tu ada majlis bertandu . Alaaa yang pengantik dok atas . Orang pangku ngan buluh tu . Aku tak pernah tengok depan mata . So bila ekin cakap ada majlis ni , excited lah aku . Hehe
Seronok je kann . Padahal muka ekin cuak giler ! Dia banyak kali cakap ngan aku dia takut . Haha sekali seumur hidup kin ! Aku nak jugak !

Esoknya , majlis bersanding ekin . Masa ni ramai laa kengkawan yang datang . Ada yang masih kenal aku . Ada yang langsung tak cam . Gemok sangat ke aku weii ? Kejam lah korang !
Gambar masa bersanding takde sebab aku kan pengapit . Plus aku tak pegang fon , so memang takde gambar . Ada pun dalam fon cousin cousin dia . Tak kuasa laa aku nak mintak kan .

Yang paling aku teruja giler , adalah pelamin dia . Mama dia buat sendiri tau . Kagum giler aku . Kretip jugak mama ni . Boleh tiru boleh tiru !
Cantik kan ? Idaman aku sangat nak bersanding atas buai . Tapi ekin dah buat dulu . Haaa tu laa ! Sape suruh lambat kawen ! Lahhh dah tuu takde orang masuk minang , camno den nak kawen . Haha ! 

Gitulah ceritanya wedding Ekin . Semoga Ekin & Epul bahagia dan kekal hingga Jannah . Jangan lupa doakan untuk aku pulak ye . Insyaallah . Aminn .


Iklan jap ;
Berkenan ? Jom lahh order dengan kita . Hehe


Thursday, August 28, 2014

spontaneous thursday #123

Akak patut bersyukur , akak dah kurus . 
Saya bukan nak bangga sebab saya ajak akak join group tu .
Tapi saya cuma mintak satu je , 
tak payah la putar belit cerita cakap saya menyesal buat diet ni .
akak ni memang bercita cita nak jadi pelawak ke ?
saya rasa sangat kelakar dengan statement akak ,
sampai saya naik rimas lalu saya terpaksa block akak dan melarikan diri dari akak .
maafkan saya kakak . saya tak sanggup nak dengar kata kata dusta akak tu .
bye kakak !

Tuesday, August 26, 2014

Baru Nak Cerita Pasal Raya

Ya Allah , kau dah kenapa yana ? raya dah habis baru kau nak cerita pasal raya . nampak sangat lah yang aku ni sangat tak cukup masa . padahal semua sama  , ada masa 24 jam sehari . tapi tetap tak cukup bagi aku . lain kali je lah cerita apa yang aku sibuk sangat sampai tak sempat nak cerita pasal raya di bulan raya . hehe

Ni aku cerita express je kisah raya aku . 
*satu satunya gambar raya yang ada*

Raya aku tahun ni tak seindah macam raya orang lain . tahun ni tahun paling sikit aku shopping untuk raya . tahun paling takde semangat nak buat kuih raya . tahun paling malas nak kemas & hias rumah . tahun paling blurr nak cari baju raya . kesimpulannya , raya pertama tu aku dengan mak pakai baju lama je . sebab nenek pun sakit , malam tak tidur sebab jaga nenek . so , siang pun tido tido ayam je .janji dapat lelap .
Raya ketiga , ikut kengkawan pergi beraya rumah geng . pakai tshirt je . sebab memang takde baju jalan ! baju kurung pun takde ! mood raya pun tak datang lagi masa ni walaupun dah raya ketiga . datang pun sekadar memenuhi undangan . terima kasih laa sebab jemput datang makan . hehe
masa ni , seminggu beraya malam . tiap malam ada jemputan open house . memang seronok lah cerita dia kan . menggembirakan perut . bila perut gembira , aku turut bahagia . masa ni mood raya dah datang sikit . sebab gadis ajak pakai kemeja . walaupun kemeja lama , bila sama sama pakai kemeja , rasa seronok dia tu lain macam . umpama macam kita pakai baju raya lah ! haha . memang pelik pelik perasaan aku ni . takpe , janji aku suka .
macam tu je lah cerita raya aku . takde beraya sangat . tapi lebih kepada makan dan makan . sampai takut nak timbang , takut rasa bersalah kepada diri sendiri . haha ! aku ni ada geng , dalam geng ni ada 12 orang . so , bila nak datang rumah , memang kena masak . sambil makan , sambil berborak . seronok . satu malam satu rumah . bayangkan betapa bahagianya aku menternak lemak .
last sekali mestilah rumah aku . aku kan selalu sibuk dengan kerja kerja aku . so , decide buat hari ahad . sebab ahad aku cuti tapi diorang kerja . so aku buat lepas asar , diorang balik kerja terus datang melantak kat uma aku . seronok diorang makan apa yang aku masak . Alhamdulillah , setakat ni apa yang aku masak , diorang kata sedap . hehe . pandai jugak aku masak kannn .

So , harini dah 28 Syawal . raya hampir menutup tirai . semoga kita berjumpa lagi di Syawal akan datang . semoga Allah panjangkan umur atok , nenek , abah , mak dan semua ahli keluarga . risau , takut kehilangan mereka . sebab masa raya pertama atok ada cakap - rasanya tak sempat nak jumpa raya tahun depan . 

*aku dah post entry raya . jangan marah lagi ehhh . senyum sikittttttt :)



iklan :

fb : The Ribbon's
ig : yanapopeye

Friday, August 15, 2014

Aktiviti lepas terawih

again , memang cerita bulan puasa lagi . esok baru cerita pasal raya . dua kali dah tangguh kan ? masuk kali ketiga memang takde orang laa nak baca blog aku ni . sedih giler !

bulan puasa ni , aktiviti kitorang tak banyak . tapi kitorang cuba keluar setiap malam lepas terawih , buat sesuatu yang menarik . tahun ni , tahun terakhir kami semua bersama . sebab tahun depan , dua orang dari geng ni akan menamatkan zaman bujang . so , tahun ni memang kami pulun lepak .. pagi petang siang malam mengadap muka yang sama . sumpah tak bosan ! tapi pasti akan rinduuu !
Kalau korang tau , sepanjang bulan puasa , aku bersukan malam . tapi takde laa tiap tiap malam kann . selang sehari lah .


kalau tak bersukan , kitorang lepak santai je . lepak minum , jalan jalan pusing pusing pantai . tambah koleksi gambar kitorang . lepas ni boleh buat album BrotherhoodSisterhood lah . memang nak buat . insyaallah one fine day . hikhik .
jangan tak tahu , kitorang ada kebun buah buahan tempatan . haha ! petang petang kutip buah , malam kita santap sampai pengsan ! seronok sangat . thank you korang , selalu buat perut aku happy .
yang ni pulak , malam raya . tak pernah aku buat , malam raya keluar merayap . kali ni terpaksa keluar , kenapa ? sebab gadis yg sorang tu kerja kat jb , dia sampai mersing lepas berbuka tu , pastu nak balik jb semula tengahari raya pertama . sedih kan ? balik pagi raya je . 

tu yang aku kena keluar jugak malam raya , sebab nak spent time dengan dia . nak suruh lepak pagi raya memang tak laa kan . pagi raya masing masing sibuk dengan family .

itu je lah , aktiviti malam sepanjang bulan puasa . terima kasih geng BrotherhoodSisterhood . love much !

ok promise esok cerita pasal raya . promise !!


Thursday, August 14, 2014

spontaneous thursday #122

Lusa...kawan baik nak nikah dah .. minggu depan berpisah dengan dia . duduk jauh ikut suami . pesta air mata akan berlaku . sama sama nantikan . ouhhh sedihnye !!

Monday, August 11, 2014

Cerita Makan Di Bulan Puasa

Macam biasalah . aku hanya blogger picisan . keje nak update cerita dah lepas lepas , memang la takde orang nak baca , kan ? padanlah muka .

bukan apa , aku ni banyak komitmen , dengan laptop kat rumah buat hal . so ada masa nak update , time dekat office je . tapi bila sampai office , for sure laa kerja kau dah berlambak kan . mana nak sempat nye usik usik blog . Ok fine , memang itu semua alasan durjana . haha !

Ni aku nak cerita kisah bulan puasa aku . bulan puasa memang lah tak banyak cerita kan . dan semestinya instagram memang penuh dengan gambar makanan . masing masing nak tunjuk hebat memasak time bulan puasa ni lah .
Popia Basah . ni lah menu paling win pada bulan puasa . aku kan dah tukar jadi perut minah saleh . dah tak boleh makan nasi , so aku akan makan benda lain yang mengenyangkan . 3 hari sekali kot aku telan popia basah ni . memang win !
Yang ni pulak Iftar bersama sahabat . kau nampak nasi aku sepinggan ? tadi cakap dah tak boleh makan nasi kan ? masa ni aku sangat mengidam dan teringin nak makan nasi . esok nya cuti , maka aku memberanikan diri makan nasi time berbuka . dan habuannya ? esok pagi rutin aku adalahhhh - dating dengan Jamban 10 minit sekali . just nice . i love my tummy !
yang ini pula menu baru . aku dengan mak try buat . dapat resepi kat rancangan ape tah . dah lupa . senang sangat nak buat . sama je macam nak buat lengkong laici , bezanya tukar dengan buah durian . yumehh la jadinya kan ! hantu durian , bagi apa pun telan . Janji DURIAN !
Dan Alhamdulillah , berjaya arrange majlis Iftar bersama Geng BrotherhoodSisterhood . seronok dapat berbuka bersama . makan buffet pulak , memang laju laa memasing amek makanan kann . lepas berbuka , balik solat , sambung main badminton pulak . memang sangat sihat !
hari hari terakhir puasa , sempat jugak curi masa berbuka dengan NIS Club ni . rinduuuuu semakin rinduuu ! sekarang masing masing menghitung hari nak berpisah dengan kaklong NIS Club nii . huwaaaaa !!
dannn . makanan paling win dalam hidup aku . mihun Singapore ! yeayyy saya masak sendiri , saya makan sendiri . perut saya pun happy !

sekian sahaja cerita makan makan aku di bulan puasa . uolls , aku memang suka makan . sangat suka makan ! dan sangat suka mencuba makanan baru yang sedap . suka masak jugak tapi bila ada M besar atas kepala ,  memang tak lah nak masak kan . hehe

ehhh jap , nak wish dulu . belum terlambat lagi ...
SELAMAT HARI RAYA ! MAAF ZAHIR & BATIN !

bila nak cerita pasal raya pulak erk ? esok laa ehh . kalau ada mood . hehe