Tuesday, August 26, 2014

Baru Nak Cerita Pasal Raya

Ya Allah , kau dah kenapa yana ? raya dah habis baru kau nak cerita pasal raya . nampak sangat lah yang aku ni sangat tak cukup masa . padahal semua sama  , ada masa 24 jam sehari . tapi tetap tak cukup bagi aku . lain kali je lah cerita apa yang aku sibuk sangat sampai tak sempat nak cerita pasal raya di bulan raya . hehe

Ni aku cerita express je kisah raya aku . 
*satu satunya gambar raya yang ada*

Raya aku tahun ni tak seindah macam raya orang lain . tahun ni tahun paling sikit aku shopping untuk raya . tahun paling takde semangat nak buat kuih raya . tahun paling malas nak kemas & hias rumah . tahun paling blurr nak cari baju raya . kesimpulannya , raya pertama tu aku dengan mak pakai baju lama je . sebab nenek pun sakit , malam tak tidur sebab jaga nenek . so , siang pun tido tido ayam je .janji dapat lelap .
Raya ketiga , ikut kengkawan pergi beraya rumah geng . pakai tshirt je . sebab memang takde baju jalan ! baju kurung pun takde ! mood raya pun tak datang lagi masa ni walaupun dah raya ketiga . datang pun sekadar memenuhi undangan . terima kasih laa sebab jemput datang makan . hehe
masa ni , seminggu beraya malam . tiap malam ada jemputan open house . memang seronok lah cerita dia kan . menggembirakan perut . bila perut gembira , aku turut bahagia . masa ni mood raya dah datang sikit . sebab gadis ajak pakai kemeja . walaupun kemeja lama , bila sama sama pakai kemeja , rasa seronok dia tu lain macam . umpama macam kita pakai baju raya lah ! haha . memang pelik pelik perasaan aku ni . takpe , janji aku suka .
macam tu je lah cerita raya aku . takde beraya sangat . tapi lebih kepada makan dan makan . sampai takut nak timbang , takut rasa bersalah kepada diri sendiri . haha ! aku ni ada geng , dalam geng ni ada 12 orang . so , bila nak datang rumah , memang kena masak . sambil makan , sambil berborak . seronok . satu malam satu rumah . bayangkan betapa bahagianya aku menternak lemak .
last sekali mestilah rumah aku . aku kan selalu sibuk dengan kerja kerja aku . so , decide buat hari ahad . sebab ahad aku cuti tapi diorang kerja . so aku buat lepas asar , diorang balik kerja terus datang melantak kat uma aku . seronok diorang makan apa yang aku masak . Alhamdulillah , setakat ni apa yang aku masak , diorang kata sedap . hehe . pandai jugak aku masak kannn .

So , harini dah 28 Syawal . raya hampir menutup tirai . semoga kita berjumpa lagi di Syawal akan datang . semoga Allah panjangkan umur atok , nenek , abah , mak dan semua ahli keluarga . risau , takut kehilangan mereka . sebab masa raya pertama atok ada cakap - rasanya tak sempat nak jumpa raya tahun depan . 

*aku dah post entry raya . jangan marah lagi ehhh . senyum sikittttttt :)



iklan :

fb : The Ribbon's
ig : yanapopeye

No comments: