Tuesday, December 31, 2013

Jenjalan dengan Wak Doyok PART 6

hari last ! checkout dari hotel , pastu pusing pusing taktau nak makan kat mana . jalan punya jalan sampai laa ke Alamanda . mulut gatal pegi sebut Alamanda , bila dah masuk parking , cari penyakit cakap taknak makan kat sini . dah kena tengking , tau pulak buat muka . padan muka aku .

sesungguhnya  , aku mengaku , aku sangat cerewet dalam semua hal . dan aku akui , Wak Doyok je yang boleh layan kerenah aku ni . dah buat experiment kat lelaki lain , semuanya tak larat nak layan kerenah aku . sebab tu sampai sekarang aku takde pakwe . kengkawan perempuan pun tak larat nak layan kerenah aku yang sangat cerewet . sebab tu jugak aku takde kawan perempuan . ada tu ada , tapi takde yang nak layan aku 24/7 . teruk kan aku ?
 mula mula beli popia basah , nak isi perut katanya . lepas tu pusing pusing dalam Alamanda . kenny dah bosan , oldtown penuh , sushi king taknak , dah duduk kat secret , bangun semula sebab tak tau nak makan apa . masa ni Wak Doyok dah nak start mengamuk , dan aku dah start takut .
 Sudahnye , Wak Doyok ajak makan kat Nandos . sebelum kena marah , aku setuju je . dia yang order semua . aku mampu telan je . tengok la muka tu , monyok sekali . haha !
 okayyy , masa ni nak balik dah . meet my Wak Doyok . sorry takleh tunjuk muka . dia boipreng orang . bukan boipreng saya . terima kasih Wak Doyok sudi teman saya selama 3 hari saya kat sana . lain kali saya datang lagi ehh . 

Percutian yang seronok kat KL . tenang dekat Bangi & Putrajaya . dapat jumpa ramai kawan . indah dunia !

Jenjalan dengan Wak Doyok PART 5

dah puas berjalan jalan , request kat Wak Doyok , nak g jumpa boipreng aku . Wak Doyok kata boleh , dengan syarat jangan pergi tempat crowded . elehh , takut tempat crowded ke takut jumpa gelpreng , hahaha !

Bertempat di Dataran Merdeka , kemudian di Kedai Nasi Lemak Kampung Baru , dapatlah aku berjumpa dengan kekasih hati . Harith Darwish . boleh pulak pakai baju kotak kotak . sama sangat ! nampak sehati sejiwa kat situ .
 gambar ni dari wechat mama harith , mak mertua aku la tu ...
 lihatlah betapa bahagianya kami . jangan jeles okay . doakan kebahagiaan kami .
 bersama mak mertua aku . haha ! ni kawan aku masa zaman sekolah . orang Mersing jugak , kalau dia balik Mersing , aku selalu busy , tu yang jarang jumpa . last last jumpa lah dekat KL . harith pun dah dua tahun , lama giler tak jumpa ! last jumpa masa harith dalam pantang lagi !

lepas makan , tapi aku tak makan sebab tak minat nasi lemak , gerak ke Permaisuri . jumpa kawan sekolah lagi , tapi masa ni dia kerja , so datang tempat kerja dia je lah . aku yang nak beli seluar , Wak Doyok ni pulak yang shopping baju . haihh geram je . kawan aku pulak baik lah hati , bagi harga less melampau punya . lagi laa suka si Wak Doyok ni .
ramai yang kirim salam kat baju belang ni . untunglah orang hensem.....hahaha !
 meet Wak Doyok versi gemok . this is my Wak Doyok . bukan boipreng , tapi ex-boipreng . dia setia ngan awek dia lah ! haha untunglaa jadi awek dia . 

Sesekali melepas rindu , jumpa kawan kawan sekolah . lepas jumpa okok ni , aku pergi jumpa Bong pulak . haah nama kawan kawan aku memang pelik pelik je semua . tapi lupa nak amek gambar dengan Bong , sebab dah lapar sangat kan . hehe .

okayy part last , next entry . thank you sangat sudi baca !

Jenjalan dengan Wak Doyok PART 4

Bila dah dapat date sesuai nk ke Kuala Lumpur , aku mula laa gatal pergi tengok semua instagram orang . survey mana tempat best yang aku tak pernah pergi lagi . tempat baru ke . and yes ! i got it . jumpa tempat best yang sebelum ni ada kat Portugal . 
berusaha tanya orang , mana tempat cantik ni . big thanks to anak bekas bos aku , dia yang bagitau mana tempat ni . sangat senang direction yang dia bagi . walaupun sesat sikit sebab Wak Doyok salah masuk simpang , tapi jumpa jugak akhirnya . seronok !
Aku memang pencinta tempat tempat menarik dan cantik macam ni . sesetengah orang , kalau pergi holiday , dia suka pergi holiday tempat shopping . tapi aku tak , kalau holiday , aku suka pergi tengok tempat orang . tak dapat shopping pun aku tak kisah , janji dapat tengok benda baru . itu dah cukup buat aku gembira .
 best shot by Wak Doyok . dia memang pandai snap *kekadang laaa* . aku pulak suka posing . memang seronok lah ceritanya !
 lepas ni comfirm Wak Doyok datang sini bawak gelpreng dia . mula mula dia kutuk aku sebab pergi tempat sunyi ni *sebab banyak lagi on construction* , tapi percayalah , nanti aku stalk fb gelpreng dia , tengok tengok ade gambar kat sini . sah sah Wak Doyok yang tunjuk !
 yang ni pose dari atas payung . tangga dia sangat scary , tak sesuai untuk orang gayat macam aku okay . tapi Wak Doyok pegi tolak aku suruh turun cepat cepat . dia kata , biar berani . acik dia ! bengong mu ni !
 aku suka gambar ni . suka sangat . tapi kantoi laa pintu tu siap bermangga lagi . haha tapi cantik sangat !
 okayy yang ni Wak Doyok yang suruh post . dia siap suruh silang kaki . so , kita layankan aje lah yea .
masuk dalam theater room ni semata mata Wak Doyok nak pergi toilet . dia kata dalam toilet tu cantik , siap boleh tidur . haha lawak betul lah Wak Doyok ni .

hati akan berasa sangat gembira bila dapat pergi tempat tempat yang cantik begini . menjadi satu kepuasan bagi diri aku . korang pulak macam mana ? suka tempat cantik camni ? ke suka shopping je ?


Monday, December 30, 2013

Jenjalan dengan Wak Doyok PART 3

aku amek masa yang lama nak mulakan menaip entry ni . sebab entry kali ni cerita pasal makan . aduhh , aku memang cepat kalah dengan makanan . kenapa semua makanan tu sedap erk ? lagi lagi yang jenis lemak cepat membiak . memang cepat je aku failed !

Sebelum datang , aku dah cakap kat Wak Doyok , aku nak makan kat IKEA . dah lama sangat aku tinggal IKEA , lama sangat jugak aku tak makan meatball dia . walaupun hakikatnya aku boleh buat meatball sendiri . 
 Wak Doyok tak nak makan meatball sebab malam tadi dia dah melantak meatball Abang Burn , pastu tak habis kan ? haa padan muka . so kat sini dia makan nugget dengan fries je . pastu chicken wing tu aku punya jugak . walaupun tadi baru balik kenduri baby Aniq , tetap jugak aku nak makan lagi . haha aku memang pencinta makanan .
 Sekali lagi Wak Doyok tak habis makan , dia acah acah buat baik dengan aku , lepastu dia pergi basuh tangan . hoiii main kasar sangat lah kau ni ! dia paksa aku habiskan semua . aku dengan sombong berkata : "boleh habislaaa . duduk situ diam diam , jangan ganggu orang nak makan" .
Couple depan aku terkulat kulat makan , boipreng dia dah stop makan , gelpreng dia tak habis , tapi boipreng dia suruh habiskan slow slow . alalala sweet sangat . yekk , aku dah tak pandai nak bercinta ! best ke bercinta zaman sekarang ni ? hey hey hey hey , aku tak percaya cintaaa .. kau dah kenapa tetiba cerita pasal cinta ??

haa tu je lah cerita part 3 kita . makan makan sambil menternak lemak . maaf ehh buat korang terliur . sebab aku pun terliur jugak , dari tadi dok kemam mulut , air liur dah berkumpul , tunggu masa nak leleh . okbai ! 

Terima Kasih , nanti sambung lagi , PART 4 pulak . psstt ! ade 6 part semuanya . haha !

Jenjalan dengan Wak Doyok PART 2

Kalau belum baca Part 1 , sila baca di sini yea . hihi . Hari kedua ni banyak sikit aku p merayap . jumpa kengkawan . tapi part 2 ni nak cerita aku pergi majlis cukur jambul baby Aniq Irsyad . masa baby Aniq dalam perut , aku dah datang melawat mama dia . bila baby dah keluar , mama dia bebel je kat aku , tanya bila nak datang .
Lagi dua minggu majlis cukur jambul , mama Aniq dah menjemput . tak sedap pulak kalau tak datang kan . so alang alang nak ke KL , aku cari date sesuai supaya dapat pergi majlis baby Aniq . yeayy baby Aniq comel . sekali lagi , Wak Doyok setia menemani . Mama Aniq dah tak ingat sape Wak Doyok ni , tapi muka macam penah nampak . kata mama Aniq . hehe . cepat tua laa mama Aniq ni , baru anak sorang .
masa aunty popeye (akula tu) datang , Aniq segak lagi pakai baju melayu , tengah tidur . Aunty popeye tak kacau Aniq , aunty pegi makan dulu . sesudah makan , Aniq pun bangun tapi dah salin baju . sian Aniq kepanasan . naik ruam dah . yang sedihnya , Aniq takut dengar suara aunty popeye , dia nanges , so tak dapat nak pegang Aniq .
Takpelah , janji dapat bergambar dengan Aniq & Mama Aniq yang dah demok demok tu . hehe . Aniq dah dua bulan , cepat membesar ye sayang , nanti aunty datang lagi jumpa Aniq . 

Thank You Mama Aniq sudi jemput aunty popeye yang jauh ni . hehe tapi datang lambat , sian Wak Doyok tak dapat makan kambing . ruugiii . sape suruh bangun lambat !

Jenjalan dengan Wak Doyok PART 1

Selamat hari isnin ! minggu lepas punya cerita . minggu lepas aku langsung takde mood nak update blog sebab wifi opis problem . aku ni kalau update blog , mesti nak guna pc buruk kesayangan ni . lagi besar , mudah , dan senang nak menulisnya .

hari ni , mood sangat rajin nak update blog , akan ade lebih dari 3 part . cerita aku bercuti di Kuala Lumpur . macam bongoks je kan , pergi bercuti kat KL . aku suka life kat KL sebab ada banyak tempat makan sedap , plus ada ramai kawan yang sudi layan aku , plus ada seorang manusia berjambang ala ala wak doyok yang suka dan sangat rajin dan tabah melayan kerenah aku .

aku sampai kat KL hari jumaat petang , stay kat rumah jiran kat Bukit Jalil . esoknya , Sabtu , 'Wak Doyok' jemput aku depan rumah then bawak pergi Alamanda . tempat paling aku nak pergi sangat . aku rindu Alamanda sebab dulu masa study , boleh kata , tiap hari aku datang sini . Semua memori kita tiap hari..ehh nyanyi pulakk .
Wak Doyok belanja aku tutti frutti , aku dah la tak suka benda manis , dia beli jugak , suruh tunjuk kat orang kampung katanya . mentang mentang lah aku ni memang budak kampung . sangat kejam ye wak doyok !

Pastu Wak Doyok ajak pusing pusing Alamanda , sambil sambil shopping sikit sikit . dah penat shopping , aku request nak pusing pusing Putrajaya . Wajib laa lepak kat Pullman kan , tempat bercinta dulu dulu . tapi sedih , sebab port aku bercinta dulu , ada orang tengah lepak berkelah . so duduk laa kat port bercinta orang lain . hikhik . sebelah je kot .
 dah puas mencuci mata kat Pullman , lepak kat port bercinta satu lagi . sementara nak tunggu kawan aku si badut tu datang . nak jumpa dia sekejap , nak bagi hadiah kat anak dia yang comel and bijak tu .
 Muka aku yang kelaparan tapi tabah menunggu badut yang sesat dalam Putrajaya . ayoo kata orang KL , apehal kau sesat dalam Putrajaya ! hahaha ! at last dapat jugak jumpa , tapi takde gambar sebab dia tak cuci lagi muka dia yang badut tu . baru lepas buat job kan .
 Pastu Wak Doyok bawak aku pegi makan makanan feveret aku , sambil menternak lemak . Burger Bakar Abang Burn ! Rindu Abang Burn tauu . terima kasih laa Wak Doyok , selalu gembirakan perut saya . hihi . Wak Doyok makan meatball tak habis , pastu kena bebel dengan aku . padan muka ! sape suruh kenyang ...
 Okayy percutian aku ke Kuala Lumpur berakhir di sini , lepas makan , Wak Doyok hantar aku ke Hotel , lalu aku tidur dengan lena . Kenapa tidur hotel ? aku ni kaki rayap , kalau dah merayap bangun lambat , so kalau duduk rumah orang , tak seronok la . balik lambat , bangun lambat , pastu tak lekat kat rumah pulak . kan kan kan ? esoknya punya cerita , sambung kat Part 2 eh ...

Terima kasih sudi membaca ! Love You !

Friday, December 27, 2013

Teaser pencil case

Internet kat opis masih tak ok . Dan aku masih lagi kebosanan . Maka aku sangat mengantok dan tambah mengantok selepas makan sarapan yg tak berapa nak sarapan tadi . 

Nah ... Teaser untuk minggu depan . Ni pencil case untuk student . Dah close order untuk bebudak sekolah . Tengah menyiapkan lah ni . Minggu depan Johor dah jadi macam Kelantan . Cuti Jumaat & Sabtu . 
Peminat tegar korean . Aku pun tak tau ape benda . Customer request & design , kami terima & buat . Dua dua happy ! Yeayy !!

Thursday, December 26, 2013

Spontaneous thursday #97

Boring yang teramat . Wifi ofis problem . Semua kerja tak boleh nak buat .

Pagi tadi sarapan nasi lemak . Now mata dah layu tahap cipan .

Telefon telekom line busy memanjang .

Apakah kesudahan pekerjaan aku hari ini ?

Friday, December 20, 2013

watermark baru yaw !

salam jumaat semua !

semalam adik iolls buatkan iolls punya watermark . cantik sangat !

dua dua cantik . tatau nak pilih mana satu .

nak share dengan uolls . mana lagi cantik ?
 yang ni cantik sebab ade leopard . sayang sangat kat adik sebab tau ape akak dia suka !
yang ni simple . macam cop rasmi mohor je kan . hehe . 

tolong laa iolls pilihkan , mana satu yang sesuai di buat watermark .

Thursday, December 19, 2013

spontaneous thursday #96

Menghitung hari , menunggu detik , berjumpa dengan semua yang daku rindu .

Insyaallah....

Tuesday, December 17, 2013

special request by demok

bulan 12 ni memang musim orang kawen la . Alhamdulillah , rezeki bertambah musim cuti sekolah ni , ramai pengantin datang rumah , perlukan khidmat mengukir henna . good job lil brotha .

pengantin request itu biasa .

yang tak biasanya si domok yang selama ni sangat susah masuk rumah aku , tetiba nak masuk rumah aku sebab nak suruh adik aku lukis gambar "bajak" kat tangan dia .
bila aku post gambar ni kat fb , semua makcik makcik dia pelik . macam mana si demok ni boleh nak masuk rumah aku . rupanya , ada benda yang dia nak , lepas siap je bajak ni , suka lah dia . lepas tu , tiap hari , aku balik kerja , yang dia tanya kat aku , "angah , nak inai lagi boleh tak?"

so sweet zahin rayyan , angah sayang awak ! muah !

nak tengok antara hasil kerja adik aku ? jom jengah page The Ribbon's

Monday, December 16, 2013

homemade twisties

weekend yang lepas , takde aktiviti menarik yang aku buat . hari sabtu hangout dengan kengkawan . biasalah spent time masa weekend je . hari kerja , masing masing sibuk .

hari sabtu melepak kat luar tak ingat dunia , sampai rumah pukul 1.30 pagi . anak dara ape tah aku ni . patut takde orang nak . weii , aku keluar pun dengan kawan kawan aku yang family aku kenal , diorang amek aku pun depan pintu rumah . mak bapak kautim baekk punye !

sudahnya ahad tu pukul 11 laa baru kau celik mata . memang seronok menikmati waktu cuti . yang bestnya , bangun pagi , dengan tak mandi , terus ke dapur . perangai aku , aku tak suka dah wangi wangi , ke dapur . sebab bila aku masak , aku suka kotor kotor . aku suka kecahkan dapur . dan sebab tu jugaklah mak aku tak suka aku masak . sebab dapur dia akan super bersepah !

ehh banyak cakap pulak aku ni . haa aku masak ape , nak tahu ?

alaa aku buat kudapan untuk hujung minggu laa . weekend kan ade JJCM , ada Melodi , Nona ..so sambil tengok tv , sambil mengunyah , kan heaven gitu .
aku buat homemade twisties . sangat lah senang dan mudah . bak kata makcik aku , orang buta pun boleh buat . sangat berlagak okayy .

meh aku nak share resepi dengan korang . sebab aku post gambar ni kat instag , fb , wechat , sungguh ramai yang meminta resepi ye . so aku nak share ....

bahan bahannya :
laksa kering (aku guna jenama kampung)
minyak untuk menggoreng
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan serbuk pati ayam
3 sudu makan serbuk cheese
2 sudu makan nestum (aku tak letak sebab nestum takde)

cara membuatnya :
goreng laksa kering sehingga garing dan ketepikan . blender semua bahan lain supaya sebati . kemudian satukan semua bahan dalam bekas bertutup , dan goncangkan hingga sebati . siap untuk di makan ! 

mudah je kan ? adik aku dah request untuk hari raya . siap suruh kurangkan serbuk kari sebab pedas , kurangkan jugak pati ayam sebab lepas makan , kami semua menggaru hidung - dua beradik resdung kronik . 

okay uols selamat mencuba !



Thursday, December 12, 2013

Tuesday, December 10, 2013

Country Garden ATAU Villa Nabila ?

Semalam JOHO cuti , Hari Hol . aku mengambil kesempatan ini untuk melawat sahabat yang sedang sarat mengandung . sambil melawat dia , sambil berjalan jalan lah . bagi lancar perjalanan darah dia , supaya lancar bila nak bersalin nanti . semalam seharian berjalan pun , dia dah mengadu sakit perut , aku yang gelabah cam hape .
kali ni kitorang berjalan kat tempat baru , COUNTRY GARDEN DANGA BAY . masuk je simpang kat traffic ligth depan Villa Nabila tu . pasti jumpa . besar gabak camni pintu masuk , kalau tak nampak , kau memang mengalami masalah mata . 
 tempat ni , tempat baru . so tak ramai yang tahu , dan tak ramai pun orang dalam tu . kawasan ni pun masih dalam kawasan pembinaan lagi . ada mall , mall dia berkonsepkan marina . mesti cantik . kat luar tu aku nampak ada satu cafe nama CANDY CRUSH . aku pasti akan masuk nanti !
 tempat ni sangat sesuai untuk santai . santai dengan anak anak , untuk suami isteri yang baru kawen , tak sempat nak honeymoon , datang laa sini . feeling feeling macam honeymoon tau . seronok sangat !
 ingat nak masuk kepala kat celah angsa tu , sangat comel , tapi tak boleh pijak rumput , nanti kena "preetttt !" . hahaha bangla giler wisel . bahaya weiii , baik kau jangan cari penyakit , so duduk je laa aku kat lantai tu . nak sangat bergambar dengan angsa tu . wahai angsa , sila bangga !
 landskap sangat cantik . seafood sangat . ada ketam , ada siput , ada penyu . ada pantai yang di tambak , tapi tak boleh mandi tau ! bahaya ! nak mandi , tunggu swimming pool siap nanti okay .
 aksi ketam tersepit atau mengepit ketam ? aku sendiri tidak pasti .
 dan ini lah kami bertiga . siapa yang snap ye ? jeng jeng sangat ! mestilah suami anyzz . yang sentiasa menemani kami . cehhh poyo sangat . mak tengok gambar ni , dia kata "padah nyonya bertiga ni , santai konon"...

nanti , bila baby dah keluar , bangunan ni dah siap sepenuhnya , nak datang sini jalan jalan dengan baby . yeayyy ! tak sabar sangat . umi yana tak sabar nak tunggu baby keluar tau ! excited sangat ni !