Friday, December 6, 2013

Karnival Anak Mersing Volume 2

Pada 23-25 November yang lalu telah berlangsung Karnival Anak Mersing Volume 2 . Kali ni lebih meriah sebab kita bergabung dengan FAMA . Terima kasih FAMA . 

Aktiviti Hari Pertama :
Aku ditugaskan di bahagian kanak kanak . sepanjang karnival berlangsung , ibu bapa boleh tinggal anak anak mereka , aku jaga sambil melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka . padahal aku dah cakap awal awal , aku ni payah nak ngam dengan bebudak , ehhh dia bagi jugak aku kat ruang kanak kanak, haa lantak laa kau budak , memang jahanam kat tangan aku .
 Nampak tak , aku biar je bebudak tu main . aku malas nak layan . kebas kebas punggung aku , hehe , camne kalau ade anak sendiri nanti erk ? ade anak sendiri , soh bapak dia laa jaga kan ?
sampai lah ke petang aku duduk menjaga kanak kanak , sambil tu jenguk jugak laa grobok anak mersing . ada jual pelbagai lukisan , dan hasil gambar dari photog anak mersing . di jual dengan harga yang sangat berpatutan .
 Malam tu kami terima kehadiran dari BOY OF STRAITS . Penyokong & pasukan sorak bola sepak johor . seronok menanyi dan bersorak selama 90 minit . excited sangat ! Insyaallah tahun depan akan lebih semangat ke stadium !

Aktiviti Hari Kedua :
Bersemangat pakai baju Cawan Rock . mercu tanda Mersing tu , saya bangga menjadi Anak Mersing . *tetiba*
 bersama orang kuat Anak Mersing , dari kiri : mak (tetiba menyelit) , Aku , Kak Norisah , Nadia (belakang tabir) , Ibu Zaharah , Kak Mazni & Anyzz (mak buyung kesayangan) .
 sempat berjumpa dan bergambar bersama penulis novel dan isteri , Eyman Haikal , Anak Mersing tau , bangga sangat ! Antara karya terbaru dia , buku motivasi bertajuk Maaf Cakap .
Antara aktiviti pada hari kedua yang kami anjurkan , pertandingan gubahan dari barang terbuang .
 Mak aku ni , pantang ada pertandingan yang melibatkan kerja kerja kraf yang dia suka , dia memang nak masuk . pastu dia je yang menang . bikin panasss je kan . hehe .
 Nadia , yang tetiba terlibat dalam pertandingan ni , sebab dah takde orang nak masuk . jadilah , dapat jugak nombor tiga kan . balik modal beb !

lepas tamat pertandingan gubahan , pertandingan pakai tudung pulak . ketiga tiga peserta takde model , ibu sebagai pengacara pun dengan takde perasaan buat pengumuman , "haaa yang kat depan ni semua boleh jadi model , pilih je laa mana yang nak" . sudahnya dengan aku aku laa yang jadi modelnye .
 tak biasa weii orang pakaikan tudung , selama ni belit sendiri je laaa . rasa rugi tak dapat tengok camne diorang ni membelit . ilmu tu kannn . boleh jugak buat style baru . huhu .
 okayy peserta bersama model dan hasil belitan . hehe . model semua demok demok .
 dari kiri : No.3 , No.2 , No.1 . yeayyy juara ! haha bukan aku pun yang menang . perasan lebih !
haaa nampak tak nampak takk . tengah tulis keputusan . siapa pemenangnyaa ?
 pada sebelah malam , ade persembahan dari ketampi maharajalawak . sakit sakit perut aku melayan , dah laa aku duduk depan pentas , dia tariknya tangan aku , suruh aku naik . nasib baiklah aku tak naik , dia suruh berjoget rupanya !

Aktiviti Hari Ketiga :
Aku tak join sebab aku bekerja . memang tak boleh nak cuti , so terpaksa tinggal je karnival , bagi mereka yang tak kerja je uruskan . malam tu ada persembahan dari Wanie Youtube . sedap suara budak ni .
Kesimpulannya , karnival kali ni tak berapa meriah sebab bertembung dengan karnival sempena Hari Keputeraan Sultan Johor kat Pantai Mersing . tahun lepas lagi best . hope tahun depan punya lagi best tau !

Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung . terima kasih !

2 comments:

ezy.fia said...

smngat je macik join pertandingan tu.. menang pulak.. hehe

yanapopeye said...

dia memang sentiasa bersemangat kak ...haha