Tuesday, September 30, 2014

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah . Genap 24 tahun harini . Rindu birthday wish dari mak . Tapi mak wish jugak pagi tadi - yuhuuu happy birthday ! Mak pun dah boring taktau nak wish apa agaknya . Hehe

Terima kasih kepada semua yang mengingati . Yang mendoakan . Ai is terharu uolls . Umur makin bertambah , perangai gila gila tak tahu bila nak ubah . Tahun ni mostly yang wish semua cakap pasal jodoh . Aminn aminnn . Insyaallah , ada jodoh dapatla korang tengok aku naik pelamin yang aku sendiri tak tahu dengan siapa . Sob sob !
Terima kasih sekali lagi buat semua . Buat family , kengkawan , kesayangan semua . Terima kasih yang tak terhingga . Aku sayang korang semua . Muah sejuta kali !

Thursday, September 25, 2014

Tuesday, September 23, 2014

Burger Tepi Jalan

nampak macam simple kan ? tapi inilah makanan kegemaran aku . suruh aku makan tiap hari pun boleh . tak jemu ! sebab aku memang suka .

bila dah lama tak makan , boleh jadi sampai mengidam . mengidam jenis pelik .
Nak burger tepi jalan , taknak burger kfc .
Nak yang bungkus tisu / plastik , taknak yang letak dalam polisterin .

nasib baiklah aku punya kawan kawan yang rajin melayan .
syukur aku punya kawan yang selalu ada tika aku sedih dan gembira .
syukur aku punya kawan kawan yang setia
syukur aku punya kawan yang selalu ambil berat tika aku dilanda masalah .
Syukurrr Ya Allah .
tengokkkk ! sorang cakap nak makan burger , semua setuju dan makan bersama . happy je muka masing masing . ini adalah burger paling sedap kat Mersing . memang mahal tapi sedap sangat ! puas hati makan burger dia . hingga menjilat plastik . haha !

sekarang aku tengah bersedih hati . kalau aku sedih , aku cari masa untuk lepak dan borak dengan diorang . dengan diorang , sekejap je aku boleh lupakan masalah dan kesedihan aku . Terima Kasih Allah kurniakan aku sahabat yang sangat memahami begini .


Friday, September 19, 2014

Tiga Daripada Lima Jemputan

Memang nak menangis bila aku kenangkan kembali . satu ahri 5 jemputan majlis perkahwinan . kau mampu nak pergi semua sekali . dah laa semuanya aku kenal . kawan kawan jugak . tapi dua tu tak berapa nak rapat . kalau jumpa pun senyum senyum je .

Alkisahnya 13 September lepas , aku dapat lima jemputan . aku kalau pergi wedding haruslah pergi bersama rakan rakan tercinta . lepas tu satu lagi kegemaran aku , kalau pergi wedding , adalah wajib untuk aku bergambar bersama mereka . sebagai bukti aku datang wedding diorang ! haa nampak tak betapa berusahanya aku . kononnya dengan cara ni , wedding aku nanti ramailah yang datang . Insyaallah....

So , bincang punya bincang , kitorang keluar rumah pukul1.30 , sebab pengantin yang berbaju kuning tu bersanding pukul 1.30 . tak makan pun kat rumah dia sebab orang sangatlah ramai . tak selesa jadinya . sebab semua nampak macam berebut rebut sangat kan .

Makan kat rumah kedua , rumah Syidah , yang pelamin ada rama rama tuu . cantik sangat ! wehuuu Selfie dengan pengantin tu gambar paling mahal . pengantin masuk air , geng satu kepala . haruslah buat perangai kat majlis sendiri kan . haha !

pukul3 rushing pergi rumah pengantin baju putih tu . sebab rumah dia jauh ! 30-40 minit baru sampai . so we need to rush ! tapi tengah jalan hujan lebat , so terpaksa bawak slow and steady . sampai rumah dia dalam pukul3.45 , terus masuk cari pengantin . pengantin muka penat . rupanya pengantin demam . patutlah dia tak ceria . kesian dia .

Alhamdulillah , semua majlis berjalan dengan lancar . desert semua sedap sedap . terbaek lah ! balik dari rumah last ni , kitorang menyinggah ke Penyabung makan ketam goreng ! makan benda panas time hujan memang superb !

#ootd katanya . dah lama mengidam nak pakai kebaya . dapat pun . alaaa pompuan sangat nii !


Thursday, September 18, 2014

spontaneous thursday #126

Kita asyik memikirkan tentang Jodoh .
Sedangkan kematian juga sudah tertulis di loh mahfuz .
Bila bila saat juga bisa dijemput Ilahi .

Monday, September 15, 2014

Jalan Jalan Sehari

Salam Isnin . Esok cuti . Ramai yang ambil cuti tersepit harini . Tapi aku tetap tabah bekerja . Esok nak topup tido sepuas hati . Nak cerita kisah jenjalan haritu . Tak jauh pun . Tanjung Piai je . Hujung Benua .

Kitorang ada group chat kat Telegram . Semua benda share kat situ . Even ada masalah cinta pun , boleh share kat situ . Ramai tukang jawab . So , nak dijadikan cerita . Malam tu masing masing deal nak berjalan esoknya . Sebab minggu lepas punya plan tak jadi kerana mereka tidur mati !! 

Pukul 8 lebih gerak ke Tanjung Piai . Sampai sana dah 11 lebih . Terus masuk dan jalan jalan . Enjoy uolls !
Nampak kan muka bahagia masing masing . Dan perlu ke aku membulatkan biji mata ku ? Tak paham ! Haha . Seronok jalan jalan . Baca macam macam info . Asal usul nama tanjung piai . First time datang sini . Nama je orang Johor . Memalukan sungguh laa . 
Selfie lah kami berempat . Pagi tu sempat jugak aku buatkan ubi goreng . Bawak bekal katanya . Lepas tu masing masing lawan kentut . Merasa lah kau . Kedian mereka tapi mereka bahagia . Apa kau merepek ni senah oiii !
Dan wajiblah selfie kat sini kan . Bukti dah sampai kat sini . Tiga jam jugak lah kitorang lepak kat sini . Pastu masing masing dah lapar , jom cari makanan dan balik !!
Sepanjang perjalanan balik , susah betul nak cari makanan . Nak kata cuti , takkan laa semua pakat tutup kedai . Jumpa satu kedai kat Pekan Nenas . Nasib baik sedap ! 

Perut dah kenyang , teruskan perjalanan balik ke Mersing . Memang takde singgah mana mana . Memang tuju Tanjung Piai . Tempat dia sangatlah best .  Kalau lah dekat , tiap kali tension mesti aku datang sini . Malangnya dia jauh . Nama pun hujung benua kan . 

Sunday, September 14, 2014

Makan Pengubat Stress

Macam dah lama tak cerita pasal makan . yelaa sekarang ni semakin kuat berjalan . dah semakin banyak entry berjalan ada dalam draft tu . bila nak up tak tahu lah . ini makanan kegemaran aku buat masa ni .
Thai Style Fish Fillet with Cappucino Ice.

wahhh gitu nama dia . since perut aku masih tak boleh nak terima nasi , maka aku makan ini tanpa nasi . sedap . sambil borak borak sambil kunyah . memang sangat pedas . tapi makin pedas makin nak lagi . boleh tak bayangkan betapa sedapnya menu ni ?

kalau tengah kerja , tiba tiba lapar lepas tu macam takde geng nak lunch , datang la kedai kek ni , order ni dan makan sorang sorang . dah kenyang , masuk kerja balik dengan senyuman . mudah kan ? haha motif sangat lah kau ni jemah !

Minggu lepas , stress sikit dengan kerja dan keadaan sekeliling . mengadu dengan someone . malam tu dia hantar makanan kat rumah .
masa tu , rasa macam nak lompat guling guling ! betapa happy nya dapat makanan kegemaran ni . kalau nampak mesti sawan . sebab memang suka . tak pernah benci ! adik adik pun suka . abah pun ! ohh atok pun suka sushi !

baru sekarang aku percaya , bila stress , makan lah banyak banyak . hilang terus stress dan serabut dalam kepala . lagi lagi kalau makan yang sedap sedap . haha !

korang kalau nak buat aku happy , macam ni lah . bawak aku jalan , pastu bagi aku makan . kompem ! aku senyum bahagia siap melompat bagai !
macam ni lahhh ! aku suka jalan jalan dan makannnnn !


Saturday, September 13, 2014

Ada yang RINDU...

Khamis lepas .... ada orang tag gambar ni...
dengan caption :
Done! Me, Rindu Wajah2 Ini... Rindu Kenangan dan Cerita Disebalik Perkenalan. Rindu Saat Bersama, Bergembira. Dari Bujang sampai Dah Jadi Mummy... dan SEDIH Bila Terpaksa Berjauhan.. Hanya Telefon Penghubung Kebahagiaan..

Dari Kejauhan, Daku yg Kerinduan...
AnyzzHanyAbdHamid
JOHOR BAHRU,
10/09/14,
1:29PM
(Edisi Airmata, Terhad)

yang paling aku tak tahan , ayat last - Edisi Airmata , Terhad . taktau nak gelak ke nak sedih . tetiba pulak perempuan ni beremosi . dia kata dia rindu sangat . sangat rindu . tipulah kalau nak kata aku tak rindu . aku pun rindu . 

sejak dia dah kawen , lagi lagi dah ada anak ni , aku seperti dipinggirkan . cewah ! takde laa , dia dah ada life dia sendiri . aku je masih terkontang kanting lagi kan . life must go on kan ? aku pulak tengah sibuk dengan bantal bantal . bila free kitorang contact jugak . dunia teknologi sekarang kan . mudah .

cuma dah tak aktif macam dulu la . dulu setiap minit chat . tiap hari balik kerja teman dia layan traffic jam . borak borak gosip gosip . sekarang dah takde semua tu . dia balik kerja rushing nak tengok anak . aku balik kerja rushing nak capai benang and jarum . 

rasanya last jumpa dia masa puasa . sempat berbuka puasa sama sama . kebetulan aku ke JB . raya tak jumpa sebab dia balik Mersing , aku ke Tampin . last jumpa 30 ogos haritu . tu pun sebab wedding sepupu dia . kebetulan belakang rumah aku je . amek kesempatan laa jumpa walaupun sekejap . dan takde masa nak gosip lama lama macam dulu . serius sangat rindu life dulu . tapi kita makin tua kan . harap sedar diri .
kitorang memang suka bergambar . sangat suka . masa ni , anak dia laki dia pegang . so dia berangan jadi anak dara kejap . selfie time ! thank you Mia jadi photographer angah masa tu , hehe . 

Babe , seriously aku pun rindu kau . aku rindu nak mengadu everything dengan kau . aku rindu nak jalan jalan dengan kau . aku rindu nak lepak kat rumah kau . aku rindu semua . tapi aku taknak bebankan kau dengan cerita cerita merepek aku . since kau pun dah ada Nufail . tetiba aku pulak emosi taip entry ni . kau tau aku buat bantal bantal tu untuk hilangkan kesunyian aku kan ? aku sibukkan diri aku dengan semua tu . doakan aku berjaya okay . life kau dah sempurna sekarang , ada suami ada anak . aku taktau bila turn aku . Doakan aku , walau kita jarang jumpa . lepas ni aku taktau bila lagi kita nak jumpa . rumah baru kau pun aku tak tengok lagi . Insyaallah , ada rezeki nanti kita holiday sama sama . bawak Nufail tapi tinggal laki kau . haha kejam tak aku ?

with love , Yana Popeye . Aku selalu rindu kau , Anyzz . ciumkan Nufail untuk aku .



Friday, September 12, 2014

Bulan Merdeka .

kita masih dalam  bulan merdeka kan ? masih sambut merdeka kan ? bendera pun penuh lagi kan ? maka , belum terlambat untuk aku mengucapkan salam merdeka yang ke-57 .
nama pun tauke bantal kan . wish hari merdeka pun wajib lah dengan bantal . sebenarnya , bantal ni aku & adik buat khas untuk mak . mak ada masuk pertandingan gubahan . macam selalu lah , mak kalau masuk pertandingan , dia akan buat dengan detail . sangat detail . kemas . itu satu aku tak boleh kalahkan mak . mak punya gubahan sangat kemas . aku ? ada laa sikit compang campingnya . 
KUNTUM MERDEKA . tengah malam baru dapat nama . dari pagi bawak ke malam sebutir idea tak keluar . yang keluar semua merepek meraban . bangun tidur tengok mak dah pergi bertanding , sangat semangat . tanya adik , mak letak nama apa . adik pun taktau . bila balik , tengok nama Kuntum Merdeka . tanya mak siapa bagi nama . mak kata - Abang . wahhh , great idea brother ! haha .

tanya mak lagi - no berapa ? mak pun jawab dengan poyonya - emm macam biasalah ! haha agak riak di situ ye ! orang tu kata , mak menang sebab kemas . pastu semangat siap ada logo dengan bendera . Alhamdulillah , rezeki mak . tahniah la ye .

Salam Merdeka buat semua . Syukur kita masih hidup aman di negara sendiri . jangan lupa pada saudara islam kita di sana .

 ohh lupa nak cakap , dah berapa puluh tahun , tiap kali merdeka mak letak bendera banyak banyak kat luar rumah . tiba tiba tahun ni bendera kena curi . nakkkk je aku cekik cekik si pencuri bendera tu . nak sambut merdeka tu , bendera beli sendiri lah oiii ! ehhh , marah pulak . oklah , baiii !


Thursday, September 11, 2014

spontaneous thursday #125

nak buat trip ke Melaka & PD . tengah survey survey resort . any suggestion ?

Tuesday, September 9, 2014

Jenjalan Sarawak - Part 4

Okayy yang ni part last . Benar sama sekali ini adalah part last untuk entry Jenjalan Sarawak . Part last ni takde nak cerita apa sangat . Sebab hari ke empat tu , bangun tido memang terus siap siap pergi airport . Flight pagi .

So , part last ni aku nak cerita kisah dalam flight . Rasa sangat bertuah , masa pergi ke Sibu , dapat FA yang sangat sangat baik dan peramah . Melayan kerenah diorang ni sampai aku takleh nak tido pun . Yelaa aku kan manusia yang suka tidur dalam kenderaan . Hehe . Tapi tak berpeluang pulak nak tidur dalam kapal terbang kali ni . 
Mula mula aku terpandang dia sebelum masuk flight . Aku dah cakap kat diorang , ensem mamat ni . Fayash nama dia . Dalam flight tu dia celebrate birthday sorang penumpang ni . Memang best giler ! Sempat tak cari tiket flight untuk hujung bulan ni ? Nak tebang jugak laa . Mana tau diorang celebrate birthday aku pulak . Sweet kan ? 

Lepastu si Fayash ni nyanyi lagu tanya sama pokok . Nak kutip sampah pun dia sempat melawak . Mana laaa aku tak jatuh hati kat dia ni . Cewahh ! Pastu dia jalan promote barang Air Asia . Aku pun dengan muka tak malu cakap kat dia - "jom selfie" , sambil hulur fon aku kat dia . Dia pun cakap - "ehh jom laa" , sambil capai fon aku dan snap !!
Ohh goshhh ! Sporting gila si comel ni . Nak je aku picit picit . Ada satu gambar muka dia , dia tersnap . Tapi taknak tunjuk kat korang . Aku simpan buat tido . Sebelum tido tengok muka dia . Kau rase ? Haha keji sangat perangai ni kan .

Happy laa dapat FA peramah macam ni . Lain pulak macam FA flight balik johor tu . Dah la tak peramah . Tak cantik pulak tu . Muka boleh tahan hensem , tapi sombong . Nak je aku lempang lempang muka dia . Berlagak sangat muka dia hokeyyy !

Flight balik tu , kitorang duduk seat no 6 . Kira agak depan lah jugak kan . Tapi sampai kat kitorang , makanan dah habis . Dah laa lapar gila . Makanan habis pulak . Sudahnya makan maggi je lah . 
Motif gambar - nak tunjuk kat mak bahawa anak dia makan meggi je dalam flight . Meggi yang berharga rm7 . Sup dia aku hirup hingga ketitisan terakhir . Sebab harga meggi rm7 tu . Wakaka ! Sebab kalau makan berat , tak terasa sangat even bayar mahal pun ! Aku tak puas hati sebab makanan habis ! 
Dan ini muka bahagia , flight safely landed . Masa kitorang sampai ni , Malaysia tengah berkabung . Jenazah jenazah flight MH17 sampai . Tapi kat JB takde . Tapi aku pakai pakaian berkabung tau . Warna suram . 

End of this post . Thank you Air Asia . Thank You family Nurul . Thank You family Lizan . Thank you Sue , Yunice & Sim . Thank You Fayash ! Gonna mish you and hope to see you again & again ! 

Monday, September 8, 2014

Meridukan Senyumanmu

Alfatihah .

Semalam rasa macam dah lama sangat tido . Bangun awal . Bangun golek golek layan mata yang masih layu . Peluk cium bantal busuk .

Bangun , menjahit . Pastu tetiba tergerak nak tengok facebook . Nampak ramai kawan kawan tag nama Diba . Cakap Diba dah takde . Apa jadi kat Diba ?

Terus bukak wall Diba , tengok sepupu dia post bagitau Diba dah takde . Diba kemalangan . Allahuakbar . Tergamam sekejap . Taktau nak kata apa . Betul ke Diba meninggal ? 

Aku termenung sekejap . Sebelum puasa haritu Diba ada order bantal dengan aku . Dua bantal letak nama adik beradik dia . Macam dia tau je dia nak pergi . Kenangan untuk adik adik dia . Ya Allah ...
Setelah aku sahih akan berita itu , aku mula sebarkan pada kawan kawan . Mereka turut sama terkejut . Aku text Sue , Sue sangat terkejut . Sedih . Memang kami tak sangka . Diba baik . Pemurah dengan senyuman . Peramah . Kadang kadang garang . Even dia marah pun , dia tetap comel .

Bincang dengan Sue , keep update kat wall fb arwah sebab sepupu dia bagitau perjalanan arwah . Lepas zohor terus siap siap pergi rumah arwah . Nak tengok Diba . Nak hantar Diba . Kami pasti rindu Diba .
4.30 petang .. Diba selamat dikebumikan . Tenang wajahmu mengadap Illahi . Alfatihah buatmu kawan . Selesai sudah urusanmu di dunia ini . Kami pasti rindukan kamu . 

Ajal maut di tangan Allah . Kita tak mampu menjangka . Al fatihah & salam takziah buat keluarga Diba . Pesan mak Diba , banyakkan doa untuk Diba . 

Jenjalan Sarawak - Part 3

Hye uolls ! Haaa sampai pun part 3 . Walaupun lambat sikit kan . Biasalaa Ahad . Hari untuk berehat . Tapi tak rehat jugak . Semalam pergi ziarah kawan aku meninggal . Kemalangan . Nanti aku up entry pasal dia ehh . Alfatihah .

Okayy sambung cerita pasal Sarawak . Hari ketiga pepagi lagi kitorang dah bangun . Semangat nak jalan jalan kan . Lepas sarapan , kitorang terus gerak ke Jong's Crocodile . Pergi tengok buaya katanya !
Posing kejap sebelum berjumpa incik buaya ! Haha . Tempat dia ala ala zoo jugak laa . Cuma tak banyak binatang . Tapi babi ada banyak tau ! Seronok tengok babi . Pastu boleh sebut babi sesuka hati . Keji sangat perangai tu kann . 
Nah .. Tengok lah babi ni . Babi kecik . Babi besor semua ada . Ehhh dah laa. , ni taman buaya bukan taman babi .

Kitorang sempat tengok pertunjukan buaya . Time diorang bagi makan . So dapat la tengok buaya melompat . Dan cara dia attack makanan dia . So lepas ni kalau jumpa buaya , dah tau camne nak alih perhatian dia . Hehe . Confident sangat kannn . 
Lepas tengok buaya . Kitorang gerak ke Bandar Kuching untuk shopping ! Yeayyy shopping time ! Kopak duit ! Perabis semua nak dibelinya . 
Menyeberang Sungai Sarawak untuk kali kedua . Seronok sangat lah kan . Tambang 50sen sahaja . 
Muka happy je masing masing dapat jalan jalan . Shopping sakan . Beli ole ole untuk mereka di Semenanjung . Cewahhh !

Yang ni paling aku kagum giler . Buah durian dia bapak besar weii kat sini . Dah laa sedap nak arwah . Lemak lemak manis . Seulas dia besar gila ! Family Nurul tinggalkan dua ulas . Untuk aku & Sue . Tapi Sue kan tak makan durian . Maka dua ulas tu aku yang punya ! Heaven gila ah !
Kau nampak ? Rugi tak bawak balik biji dia . Kalau tak , boleh tanam . 20 tahun lagi makan hasil dengan anak anak & cucu cucu . Tunggu laa ehh . Nanti suruh Nurul bawak balik . Hehe

Kitorang jalan jalan sampai maghrib . Lepas tu terus balik rumah . Sampai je rumah , masing masing dah kepenatan . Tidur awal lahhh sebab esok nya mau balik sudahhh ! Gudbye Sarawak !

okayyy ada part 4...kisah dalam flight pulak . tunggu tau !

Saturday, September 6, 2014

Jenjalan Sarawak - Part 2

Hye uolls ! Tiba part two atau lebih tepat , day two in Sarawak . So far , hari kedua ni tak banyak aktiviti . Sebab pagi pagi kitorang dah gerak ke Kuching . Separuh perjalanan sempat singgah kat Pasar Lachau . Ada banyak buah buah pelik kat sini . Semua aku nak cuba rasa . Bukan selalu kan . Kutip pengalaman namanya !
Dalam 45 minit laa kitorang lepak lepak kat pasar tu . Pastu kitorang teruskan perjalanan ke Kuching . Sampai kat Kuching pukul 12 tengahari . 5 jam perjalanan ! Tapi tak rasa sangat sebab kitorang berborak , bergalak dan mengunyah . Hehe . Seronok sangat !
Sampai kat Kuching , kitorang stay kat rumah kakak ipar Nurul . Maknanya rumah kakak Lizan laa kan . Kitorang rehat rehat je , sebab masing masing macam kepenatan . Tapi aku dengan Sue still bertenaga . Yelahh , dalam kepala dah set datang Sarawak nak berjalan . So memang tak laa nak rehat rehat bagai kan .

Sue pun contact kawan dia masa kat Unimas dulu . Deal punya deal , kawan dia datang amek kitorang . Nak bawak kitorang jalan jalan . Aku dengan Sue je laa . Yang lain duduk rumah diam diam . So aku request kat diorang , nak jalan jalan kat bandar Kuching . Nak bergambar dengan Kuching then nak rasa makanan Sarawak .

Diorang on , dan ini hasilnya ! Jomm layan gambar !
Yg belakang tu , kawan Sue , Yunice dengan boipren dia , Sim . Best sangat diorang . Sporting gila babas !
Naik sampan nak seberang Sungai Sarawak . Nak makan Mee Kolok dengan Laksa Sarawak ..
Aku makan Mee Kolok . Sedappp ! kena dengan tekak !
Sue tak suka Mee Kolok , so dia makan Laksa Sarawak kegemaran dia . Aku pulak tak suka Laksa Sarawak tu . Memang kena kena je kann .

Lepas tu , Yunice & Sim bawak kitorang pergi Kuching Fest . Kebetulan sangat . So , kat sini tengok macam macam makanan Sarawak . Banyak jugak jumpa barang barang pelik kat sini . So much fun ! Perut pun gembira bila ada kat sini .
Yunice paksa makan pokok kecil ni . Sedap rupanya ! Boleh laa meniaga kat Mersing pulak . Otak business sangat kann !
Last sekali ,  Yunice ajak main benda ni pulak . Aku dah laa gayat . Haaa nak keluar anak tekak menjerit sakan . Abang tu bahan gelak jee . Adoyaiii memalukan . Nasib baik bukan kat Johor . Haha !

So much fun jalan jalan dengan Yunice & Sim . Thank you so much Yunice & Sim . Nanti datang Mersing pulak . Kitorang bawak jalan jalan pantai . You suka pantai kan ? Hehe . 

Next , part 3 .. 

Terima kasih sudi membaca . Ada lagi tau . Tunggu tau ! Muahhh !