Monday, March 31, 2014

Aku Yang Pakai , Kau Yang Panas !

haa ni memang masalah aku . nak pergi wedding je , mesti aku termenung lapan belas jam depan almari baju . masalah perempuan normal , baju punya berlambak , tetap cakap takde baju . selak selak baju . alaaaa ni dah pakai , taknak la nampak sama . sebab semua gambar harus dan wajib post kat fb , wechat , tweeter semua .

sebab tu aku suka buat koleksi dress , boleh pakai pegi wedding . senang . hehe . sekarang pun tengah mengumpul dress , meriah nok almari aku dengan dress . ada yang melampau , tak melampau . pilih je . nak macam ibu mengandung pun ade . haha itu masa zaman gemok !
mak pun nak selfie dengan aku . siap pakai monopod . kena bahan ? ala apedehal . suka hati aku lah !

minggu lepas , pinjam kain mak yang aku dah sedekah kat mak . nampak sangat buruk siku . alaa pinjam kejap je pun , tak sampai 24 jam pun pakai kain tu . sebab dah malas nak selongkar almari lagi . nak pergi hantar makcik aka sepupu abah , majlis bertandang .
Ohh Ohh Tee Dee sangat , nampak macam mak orang ke ? makcik orang ? ke macam kanak kanak bawah umur ? haha !

Whatever , janji aku selesa dengan pakaian aku . bak kata Wak Doyok #akuyangpakaikauyangpanas

Bila Waktu Standard Pengantin Bersanding ?

haaa ni pulak cerita minggu lepas . Attend tiga wedding dalam masa satu hari . kau boleh bayangkan tak macam mana keadaannya ? tapi aku rasa yang ni boleh kawal lagi . weekend ni lagi havoc . 4 wedding satu hari . semua kawan baik ! macam mana ? aku ni dah la jenis suka bergambar dengan pengantin .

Mestilah nak kena pergi waktu diorang bersanding . so , aku kena lah pergi lepas zohor *Waktu standard pengantin bersanding kan . kena siapkan jadual "rombongan mak jemah" . nak pergi wedding sape dulu . haha klaka laa weii !

Okay Jom tengok gambar wedding minggu lepas . 
Wedding Pertama : Shahril & Emma . Shahril ni geng main guli aku . masa zaman bebudak la . pernah gaduh jugak . "jangan lebih garisan!" . haha rindu zaman kanak kanak . Jiran lama , sekarang dah pindah rumah besar , tapi tetap rapat macam dulu . Happy Wedding yaw ! kuning menyala nok ! gemok macam bapak orang dah haa .
Wedding Kedua : Kawan sekolah rendah . Naziha & Baak . Baak pun jiran lama jugak , tapi tak rapat sangat . tapi kalau jumpa masing masing still kenal lagi lah . lama diorang ni bercinta , akhirnya di satukan jugak . Alhamdulillah . Tahniah yea .
Wedding Ketiga : Pasangan kembar paling hot kat Mersing . Dam & Cik Elin dengan Yap & Siti . Pukul 4 baru sampai rumah diorang . nasib baik lah pengantin ada lagi . dapat gak bergambar sebagai bukti . hehe . Maklumlah , sekarang ni apa apa semua nak bukti , takleh nak gebang dah .

Selamat Pengantin Baru buat semua . Semoga Bahagia & Kekal Hingga Jannah yea . InsyaAllah . 
Jangan lupa doakan untuk aku pulak . hihi

Bertunang Pun Ada Pengikutnya

Salam Isnin . Seronok bekerja harini . walaupun badan masih letih , sebab pukul 5 pagi tadi baru sampai Mersing , tapi tetap gagah pergi kerja demi meeting bulanan . 

Lamanya tak update kan . time mood datang , kerja pulak berlambak . so tergendala lah hendaknya . harini sebab mood baik *nanti aku share mood baik sebab apa , so kita update laa sebanyak yang boleh yea .

Ni cerita dua minggu lepas . hantar sahabat ke Majlis pertunangan dia . Tahniah Yan . dapat orang Kluang . Majlis Insyaallah lepas raya cina . tahun depan bermulalah kehidupan suram aku tanpa kawan kawan di sisi .
 The Blue Blue Geng . tetiba nadia je lari tema . aptb !

Thursday, March 27, 2014

Tuesday, March 25, 2014

Selatan Lautan Hindi - MH370

Dari hari pertama aku mengikuti perkembangan cerita dan berita MH370 .

Hinggalah jam 10 malam tadi , sewaktu sedang leka menjahit , menitis air mata mendengar kata kata dari PM kita .

Ya Allah , walaupun aku tak kenal mereka semua , tapi hati rasa sebak , risau , sedih , mengenangkan nasib mereka semua .


Jauh di sudut hati kecil , masih mengharapkan keajaiban bakal berlaku . 

Salam Takziah buat semua . Al-fatihah .








Thursday, March 13, 2014

Tuesday, March 11, 2014

Hutang VS Pengemis

Salam Selasa . Harini kekurangan mood sebab perut meragam . Period Pain . Biasalah , perempuan kan . Sebulan sekali mesti dapat rehat , dapat ubat , time time macam ni sape buat hal , memang terus mendapatlah . so sendiri faham lah yea .

Nak luahkan sikit laa kat korang semua .
Korang penah tak bagi orang pinjam duit ?
Taktau laa kalau tak pernah kan .
Aku banyak kali jugak la .
Kata Coach , aku ni baik hati sangat , asal ada orang mengadu , mudah je nak bagi pinjam .
Last last sendiri yang macam pengemis .

Benda ni dah banyak kali jadi kat aku .
Tapi aku tetap tak insaf ,
tetap jugak dengan lembut hati bagi orang pinjam duit aku .

Kadang kadang dalam satu masa , sampai 3 orang aku bagi pinjam duit .
Nampak macam aku ni kaya kan ?
Tak sebenarnya , aku cuma biasa biasa
Alhamdulillah aku tinggal kat kawasan yang takde shopping mall , takde wayang ,
so dari situ aku boleh saving sikit (nampak sangat aku memang suka berfoya foya kan ?)

Yang buat aku lemah , masa berjanji sangat manis .
"ok lagi dua minggu aku bayar balik"
Bila sampai masa , "err aku takde duit lah , minggu depan eh"
Sungguh kecewa . Kadang kadang sampai menangis .
Rasa macam pengemis . setiap kali mintak , tiap kali tu tak dapat .
Kadang kadang , makian yang aku dapat .
Sebab tu Coach pesan , lepas ni jangan baik hati sangat .

Tak bagi , rasa serba salah . Sebab kadang kadang orang yang meminjam tu ,
adalah orang yang rapat dengan kita .
Orang yang banyak tolong kita .
Tapi kenapa bila kita susah , susah sangat orang nak tolong ?
kenapa erk ?

Sesungguhnya , aku tolong orang bukannya aku mengharapkan balasan .
Aku tolong dengan ikhlas .
Tapi kesedihan yang aku dapat .
Aku tetap fikir positif .
Mungkin ini balasan kepada perlakuan aku dulu dulu .

Buat korang semua , kalau ada berhutang dengan orang .
Tunaikan lah janji korang .
Sebelum pinjam ayat manis sangat ,
bila dah dapat , tiba masa nak bayar .
Hati korang pulak yang panas .
Kami sebagai pemberi hutang ni dah macam pengemis .
Sedih sangat .
Tambahan lagi , aku ni manusia sensetif .
Mudah sangat mengalirkan airmata .

-Keep Pray for MH370-

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370

Sungguh , walaupun takde talian darah , tapi hati ni rasa sebak , rasa sedih , rasa risau . memikirkan apa yang dah jadi pada mereka . 

Rasa tak tenang sungguh harini . Dah la opis ni sunyi je . Radio Era pun dok putaq lagu sedih manjang . tapi ada selit jugak dalam 15 minit sekali , doa dari Imam Muda . Aku turut sama mengaminkan .
Ya Allah sebaknya rasa . Berdoa semoga semuanya terjawab nanti . Kami menanti dengan penuh harapan .



Sunday, March 9, 2014

Le Tour De langkawi 2014

Rabu lepas , geng LTDL'14 stage ke-7 , lalu Mersing beb . setelah sekian lama kami menanti , akhirnya lalu jugak . last tahun bila tah , tak ingat . masa tu suka sangat dapat botol air . kecoh macam dapat ape je kan .

So , tahun ni bersemangatlah aku amek cuti semata mata nak tunggu ketibaan geng2 LTDL'14 ni . kebetulan si Afrina ni pun mengaruk taknak sekolah , so aku angkut laa dia sekali p melepak tepi jalan . lepak dan bergelak ketawa dengan jiran tetangga , meriah kau ! Gambar dengan diorang takde sebab Mak Ani pakai baju tido !
Lebih kurang setengah jam jugak la kitorang tunggu , kali ni tak tunggu lama sebab aku dapat info dari crew2 LTDL'14 , huntonglaaa ade kenalan bebudak beskal . Ehh cakap pasal basikal , lupa nak cakap , si Abang gagah aku dah selamat nikah . Alhamdulillah , jaga bini baik2 yea bang , ingat pesanan saya . hehe .
Kenal tak si baju hijau yang sexy ni ? haa dia ada naik podium kan . beria Abah cakap abah nampak dia . sah sah laa semua orang nampak dia abah oii . haha lawak seh abah aku .
Aku sokong Anuar Manang . cuba korang cari mana Anuar Manang ? hikhik . Anuar Manang janji nak pecut kat Mersing , tapi tak pecut pun , tipu je kan . sedih ambe . 
Nahh , gambar Mak Jemah yang seronok menyokong Anuar Manang . Guane Anuar Manang , rasa bersemangat dop dengan sokongan Ambe ? haha ! gambar ni kontoversi seminggu , peminat peminat suka tengok spec mata belalang ambe . aduhaiii nah laa ambik , ambe bagi free je !

Sedih sebab Anuar Manang jatuh masa hari Khamis . Aduh Aduhh , guane leh jatuh terrrr ...

LTDL'14 lalu tempat korang tak ? korang bersemangat kesukanan macam aku tak ? haha !



Saturday, March 8, 2014

Penyejuk yang menyelerakan

Cuaca panas kan sekarang ? dah dekat dua bulan tak hujan . dua minggu lepas ada hujan sikit , 5 minit je , macam hujan lalu je gitu .

Ada yang kata , tak hujan ni sebab masa musim banjir tahun lepas , ada orang doakan kat Makkah , mintak Allah hentikan hujan . Wallahualam . taktau betul ke tak ceritanya . Manusia kan memang tak pernah puas . hihi cakap untuk diri sendiri jugak .

Minggu lepas dengan minggu ni adalah minggu paling mencabar . panas sangat . tah berapa gelen air aku minum . kelmarin pergi kerja jerebu pulak . aduhaii dugaan sungguh . 
Abah pulak macam tahu tahu je anak dia ni tengah mengidam air kelapa , untung tepi rumah ada pokok kelapa kan ? pegi je petik pastu belah , korek korek sikit isi dia , letak ais . fuhh mabeles ! aku post kat insta & fesbuk , ada yang komen suruh buat kelapa shake , tak sempat nak shake sayang oii , semua serbu , licin dua jug besar . 

paling aku stress , aku letak dalam cawan besar , aku minum sikit pastu baca novel , tutup novel air kering . Musim kemarau dalam rumah mungkin . macam dah tak cukup kaki je korang nak ke dapur pegi amek sendiri kan . Air aku tu jugak lah yang dia suka nak minum , sampai habis pulak tu !

Petang tu jugak , dapat berita sedih , jiran kami kehilangan anak sewaktu dilahirkan . terus siap siap untuk menanti ketibaan jenazah . Urusan demi urusan , esok pagi baru boleh bawak balik Jenazah . sebab kat Hospital JB .
Al-fatihah untuk baby Muhammad . 

Angah baru berangan nak gomol gomol baby . Angah rindu baby . Baby comel sangat . Baby tunggu Ibu & Ayah kat Syurga okayy ...


Friday, March 7, 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu lepas , 1 Mac 2014 menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Taman Sri Mersing . memang setiap tahun , aku takkan suka suka lepaskan peluang nak join majlis ni . apa apa aku rela tak join sebab nak join majlis macam ni . best tau . setahun sekali je pun , takkan nak berkira kan .

Majlis bermula pada 28 februari , lepas isyak . Aktiviti kaum ibu , bacaan Al-Quran serta terjemahan , berzanji dan berselawat , dan persembahan nasyid kanak kanak .  
Esoknya pagi pagi lagi dah semangat bangun , semangat nak berarak . Boleh laa excercise kan . hihi . Bangun pagi dengan muka tak mandi , siapkan sepanduk sekejap , pasang bunga manggar , pastu mandi mandi and get ready nak berarak . Alhamdulillah .
Alhamdulillah , masing masing muka bersemangat berarak . Langsung tak rasa penat walaupun peluh dah sekilo . satu taman kami pusing .

Alhamdulillah sampai kat masjid tapi takde orang sambut pun . macam kecewa sikit je . huhu . baru nak acah acah macam pengantin kan . okayy itu lebih .

Lepas berarak , masing masing masuk dalam masjid , tengok aktiviti kaum bapa pulak . sama je macam kaum ibu . cuma versi ni , kita jarang tengok . dapat laa lepas rindu nak dengar suara tok guru mengaji aku . tua dah dia tapi masih lagi menyalurkan ilmu kepada anak didik . 
Selesai je majlis , makan laa kami kat luar . makan dalam dulang dengan sahabat sahabat . Alhamdulillah . semua tema merah . bagus betul kawan kawan aku ni . hehe . opss jangan salah faham , camera trick , aku bukan bersandar pada mamat baju merah tu ehh . sikit pun tak bersentuh . mamat baju merah tu adalah kepunyaan kakak tudung merah tu . jangan salah yea ! hehe gurau gurau .

Macam dah lama teringin nak ber Oh Oh Tee Dee ni .
Tudung ala fareeda by Zahra Scarf RM5.90 
(aku memang suka beli tudung murah murah , setakat nak buat basahan and senang nak pergi kerja if dah lewat , sarung je kan)
Jubah Cotton free by Acik Aii , beli masa Perhimpunan Umno - 4 helai RM100 
(murah giler kan ? ermm baju ni mengecut la . makin basuh makin singkat , kadang kadang sedih jadi orang tinggi)
Pashmina - beli kat Almanda , dah berzaman tak ingat harga
(mak kata - kau beli shawl baru eh ? tak pernah nampak pun . Dalam hati - shawl masa zaman study memang la tak pernah nampak ) - nanti aku update apa sebab aku pakai shawl ni . hihi .
Dress Nora Danish - RM50 include postage , berminat boleh beli dengan saya . murah murah saje 
(selesa giler pakai dress ni . lembut je kain dia . lace kat badan tu aku tambah sendiri je . Aku kan memang suka bab tambah tambah ni)

p/s : so , kalau ada yang berminat dengan dress Nora Danish ni , boleh email saya :
nurliyanasabri@gmail.com




Saturday, March 1, 2014

Mood Nak Nikah Datang Bila Tengok Pameran Pengantin .

Dua minggu lepas , aku punya lah bersemangat nak kemas rumah . konon taknak ke mana mana . memang takde deal dengan sapa sapa pun . takde sapa sapa book (acah acah retis) . so , aku decide duduk rumah je . bangun pagi bermalas malasan lah . terus pergi gym , balik dari gym kemas rumah jap , pastu chillax kejap . layan mak borak borak , tengok tv .

Tengah baring baring tunggu melodi start sebab nak tengok cinta hati , tetiba jiran mesej...bagitahu kat Kluang ade Pameran pengantin and ajak aku teman dia . sebab dia adalah bride to be tahun ni . Insyaallah bulan 9 , tarikh taktau bila .
So , memandangkan aku takde buat apa , kemas rumah pun dah siap . aku setuju je . so , bergerak lah kami ke Kluang . Mersing-Kluang sejam je . tak jauh pun . Sampai je sana pukul 3 , pameran tengah berlangsung . so kitorang berdiri depan sekali , baru puas tengok . kan  . hehe . 

Sambil tengok , sambil kutip pakej pakej yang ada . boleh study . wahh macam aku pulak yang nak kahwin kan . hehe

p/s : ni entry autopost . masa ni aku tengah berarak mungkin . tak pun tengah makan dalam dulang . hehe . sambutan Maulidur Rasul kat taman aku .