Friday, March 7, 2014

Sambutan Maulidur Rasul

Sabtu lepas , 1 Mac 2014 menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Taman Sri Mersing . memang setiap tahun , aku takkan suka suka lepaskan peluang nak join majlis ni . apa apa aku rela tak join sebab nak join majlis macam ni . best tau . setahun sekali je pun , takkan nak berkira kan .

Majlis bermula pada 28 februari , lepas isyak . Aktiviti kaum ibu , bacaan Al-Quran serta terjemahan , berzanji dan berselawat , dan persembahan nasyid kanak kanak .  
Esoknya pagi pagi lagi dah semangat bangun , semangat nak berarak . Boleh laa excercise kan . hihi . Bangun pagi dengan muka tak mandi , siapkan sepanduk sekejap , pasang bunga manggar , pastu mandi mandi and get ready nak berarak . Alhamdulillah .
Alhamdulillah , masing masing muka bersemangat berarak . Langsung tak rasa penat walaupun peluh dah sekilo . satu taman kami pusing .

Alhamdulillah sampai kat masjid tapi takde orang sambut pun . macam kecewa sikit je . huhu . baru nak acah acah macam pengantin kan . okayy itu lebih .

Lepas berarak , masing masing masuk dalam masjid , tengok aktiviti kaum bapa pulak . sama je macam kaum ibu . cuma versi ni , kita jarang tengok . dapat laa lepas rindu nak dengar suara tok guru mengaji aku . tua dah dia tapi masih lagi menyalurkan ilmu kepada anak didik . 
Selesai je majlis , makan laa kami kat luar . makan dalam dulang dengan sahabat sahabat . Alhamdulillah . semua tema merah . bagus betul kawan kawan aku ni . hehe . opss jangan salah faham , camera trick , aku bukan bersandar pada mamat baju merah tu ehh . sikit pun tak bersentuh . mamat baju merah tu adalah kepunyaan kakak tudung merah tu . jangan salah yea ! hehe gurau gurau .

Macam dah lama teringin nak ber Oh Oh Tee Dee ni .
Tudung ala fareeda by Zahra Scarf RM5.90 
(aku memang suka beli tudung murah murah , setakat nak buat basahan and senang nak pergi kerja if dah lewat , sarung je kan)
Jubah Cotton free by Acik Aii , beli masa Perhimpunan Umno - 4 helai RM100 
(murah giler kan ? ermm baju ni mengecut la . makin basuh makin singkat , kadang kadang sedih jadi orang tinggi)
Pashmina - beli kat Almanda , dah berzaman tak ingat harga
(mak kata - kau beli shawl baru eh ? tak pernah nampak pun . Dalam hati - shawl masa zaman study memang la tak pernah nampak ) - nanti aku update apa sebab aku pakai shawl ni . hihi .
Dress Nora Danish - RM50 include postage , berminat boleh beli dengan saya . murah murah saje 
(selesa giler pakai dress ni . lembut je kain dia . lace kat badan tu aku tambah sendiri je . Aku kan memang suka bab tambah tambah ni)

p/s : so , kalau ada yang berminat dengan dress Nora Danish ni , boleh email saya :
nurliyanasabri@gmail.com




1 comment:

ezy.fia said...

best pe jd org tgi.. hihik..

comel baju kaler merah!