Saturday, February 4, 2017

Family Day Company

Selama bekerja , tak pernah rasa se happy gini , happy join family day . company sebelum ni takde family day pun.. sebab jaga site kann . company sebelum ni ada tapi macam krikk krikk je family day nye . Alhamdulillah , company baru ni family day dia best . Target tahun ni punya family day nak bawak suami ! seronoknyee dapat honeymoon free ! hahahaha .

Sebab family day tahun lepas masih berstatus single , maka kita krik krik je lah dengan geng bujang . Gambar banyak hilang sebab fon jahanam dengan tiba tiba . nanti kita up entry pasal fon ehh , kalau rajin lah .


sebilik dengan mek ni sebab kita #gengsingle . tapi sangat happening laaa . best , terasa kemeriahannya . walaupun jadual pack , penuh dengan aktiviti , tapi kami berasa sangat gembira . terima kasih kepada pihak pengurusan .

tahun ni katanya nak buat kat legoland eh ? wahhhh menarik tu bos , saya memang nak kawen tahun ni jugak ! sebab nak bawak suamiiiiiiiiiiiiiiiiii . *hempuk kepala sendiri*


Special Night Dinner temanya Smart Casual . yang kita ni tak reti bergaya sangat . pakai ape ade je lah . bila tengok gambar ni baru perasan , yang lelaki semua ada tema kotak kotak , kau dah kenapeeee .

Ni lah Team Mersing , ya , memang aku sorang je perempuan . mungkin memang dah ditakdirkan aku tak boleh kerja dengan perempuan lain . company sebelum sebelum ni pun aku seketul je perempuan . dalam adik beradik pun aku seketul je perempuan . syahduu .

Family Day company korang camne ?  best tak ? ape yang lain nya ? meh la share...


Friday, February 3, 2017

Birthday Adik Bongsu Sisterhood

19 Disember . ya , cerita tahun lepas , tapi baru nak update . buruk perangai . Minggu lepas dah selamat nikah pun mek ni . Nanti aku up entry pasal wedding dia ehh .

Alkisahnya , pagi tu kami wish laa birthday dia beramai ramai . pastu dengan muka tak malu nya , dia mintak suprise , ada ke patut ? tak malu erk mintak orang buat surprise untuk birthday dia .

Tapi bertuah laa dia ni sebab dapat kengkawan macam kitorang , apa je yang direquest , insyaallah akan kami penuhi sedaya upaya . maaf laa pada yang tak tertunai tu ye .

Petang tu ajak laa si birthday girl makan kat pantai . mengidam kuey teow kerang katanya , haaa layan je layan je . tengah tengah makan , promote barang barang niaga . sekaliiii...
Happy Birthday to youuu
Happy Birthday to youuu
Happy Birthday to Mek Sue
Happy Birthday to youuu


haaa kan dah terkejut , berubah terus muka birthday girl nii .


Dia cakap : aku yang mintak surprise , aku yang terkejut . terima kasih laa wehhh korangg .



Terima kasih jugak buat kengkawan yang tolong buat apa yang patut untuk surprise kan birthday girl ni . tahun ni punya birthday taktau laa dapat lagi tak macam ni . sebab masing masing dah road to wedding dah niii..



Kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi . kawan paling baik & banyak nasihatkan kawan kawan yang lain . sekarang dia dah jadi milik suami dia . duduk jauh dahhh . dah jarang jumpa dah lepasniiii .


Thursday, February 2, 2017

Wedding Vanisree

Dah sebulan lebih baru nak update . Perangai sangat kan . Sebab tu takde ornag nak baca blog ni . Sendu kemain lagi .

Sempat jugak datang ke majlis perkahwinan Dokter Gigi kita ni . time datang tu , pengantin sangat busy . busy atas pelamin , melayan tetamu . so tak sempat la nak bergambar dengan pengantin . Actually , this is my very first time attend Indian Wedding . best jugak kan .


pelamin cantik giler ! warna warni . simple je tapi memang sangat cantik .


Ni mak pengantin dengan cucu nya . Family aunty ni sangat baik dengan family aku . kitorang ni kalau berjumpa memang seronok lah . Ada je cerita yang nak di share . ni tengah majlis pun sempat je masing masing nak bergosip kan . tapi tak boleh lama lama . orang lain nak berborak jugak .


Ni pulak , kakak and adik pengantin . kemain melawa lagi kau dua orang erk . siap cakap ehh kitorang dah lawa ni kau taknak amek gambar ke ? hampehh betul . mengalahkan pengantin .


And this is my favourite too ! Laddu ! Family ni tau aku suka laddu , tiap kali Deepavali atau apa apa majlis yang ada laddu , diorang mesti tapaukan untuk aku . terharu sangat tau . paling best , haritu diorang ada majlis kat KL , siap tapau Laddu bawak balik bagi kat aku , ohhh sayang nya kat family nii .

Akhir kata , semoga perkahwinan Vani & Suami kekal hingga ke akhir hayat ,