Friday, February 3, 2017

Birthday Adik Bongsu Sisterhood

19 Disember . ya , cerita tahun lepas , tapi baru nak update . buruk perangai . Minggu lepas dah selamat nikah pun mek ni . Nanti aku up entry pasal wedding dia ehh .

Alkisahnya , pagi tu kami wish laa birthday dia beramai ramai . pastu dengan muka tak malu nya , dia mintak suprise , ada ke patut ? tak malu erk mintak orang buat surprise untuk birthday dia .

Tapi bertuah laa dia ni sebab dapat kengkawan macam kitorang , apa je yang direquest , insyaallah akan kami penuhi sedaya upaya . maaf laa pada yang tak tertunai tu ye .

Petang tu ajak laa si birthday girl makan kat pantai . mengidam kuey teow kerang katanya , haaa layan je layan je . tengah tengah makan , promote barang barang niaga . sekaliiii...
Happy Birthday to youuu
Happy Birthday to youuu
Happy Birthday to Mek Sue
Happy Birthday to youuu


haaa kan dah terkejut , berubah terus muka birthday girl nii .


Dia cakap : aku yang mintak surprise , aku yang terkejut . terima kasih laa wehhh korangg .



Terima kasih jugak buat kengkawan yang tolong buat apa yang patut untuk surprise kan birthday girl ni . tahun ni punya birthday taktau laa dapat lagi tak macam ni . sebab masing masing dah road to wedding dah niii..



Kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi . kawan paling baik & banyak nasihatkan kawan kawan yang lain . sekarang dia dah jadi milik suami dia . duduk jauh dahhh . dah jarang jumpa dah lepasniiii .


No comments: