Tuesday, November 22, 2016

Masalah Memang Selalu Ada !

Bulan lepas , Oktober . aku rasa bulan bermasalah aku kot . Aku buat benda baik pun kena kecam . kena marah . kena herdik . Paling kesian kat Mak Abah laa . Aku tolong menangis untuk diorang .

Aku cuma anggap ini semua dugaan , sebab BFF pernah cakap ;

"kalau nak buat benda baik , memang macam macam dugaan kena hadap"

Aku faham benda tu sebab permulaan benda baik tu pun memang dah ada dugaan . aku cuma kuatkan hati , fikir positif je . Yakin Allah tu ada dengan kita .

Syukur jugak bulan Oktober ni , ada banyak aktiviti company . dapat lah jumpa kengkawan yang selalu buat aku gelak ketawa . Alhamdulillah .


Masa snap pic ni aku tanya ;

Aku : Raja , kenapa muka kau separuh je ?

Raja : Sebab aku kan korang punya "other half"

Aku & Mizah : - - - - 


Pesan aku untuk korang dan diri sendiri jugak ;

Masalah memang selalu ada , tapi... kengkawan kan ade ! so kita enjoyy !!


Aku jenis yang , kalau ada masalah , aku tak fikir sangat . aku takde laa sampai nak stress , paling hebat pun , bila aku dapat masalah tu aku akan nanges , lepastu tido . bangun tido je aku tak fikir dah masalah tu . tau tau je dah setel .. itu aku laaa .

korang setelkan masalah korang camne ? meh laa share ngan akuu . ecehhh .


Tuesday, November 15, 2016

Karnival Maal Hijrah Mersing

27 Hingga 29 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Maal Hijrah Peringkat Daerah Mersing . wahhh wahhh macam nak tulis berita . hehe . Bukan selalu tauu ada event besar besar kat Mersing ni , so sementara ada , marilah kita memeriahkannya .

Dah laa time karnival ni aku baruuu je baik demam , baru sangat .. Selasa tu baru amek ubat . Khamis tu hari pertama karnival , semangat nak pergi tapi angin kuat katanya . sejukk . so terpaksa lupakan hasrat . Esoknya pagi pagi lagi aku dah tayang muka kat sana . nak bagi semangat kat mak , mak masuk pertandingan gubahan . Dah lama tau mak tak masuk pertandingan .

Dulu aku rajin ikut mak join pertandingan gubahan . sebab tu bila aku sampai je pagi tu , yang mana kenal mesti tanya - "ehh tak masuk ke ?" . aku senyum je sambil geleng . tak berlatih pun , malas lah nak masuk . tengok mak je cukup , bagi sokongan . hehe .


tahniah mak dapat no.2 , memang aku perasan , gubahan mak kali ni tak berapa kemas . berapa kali aku tegur...tak kemas tuu . tuuu ketatkan lagiii ... tapi mak pun macam tak beria sangat . tapi not bad laa , no 2 . selalu no 1 oiii .. boring jee kan balik balik dia yang menang . hehe .

Malam nya ada Ceramah Santai oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah dengan Ustaz Syamsul Debat . Diserikan lagi dengan kehadiran Shahrol Shiro & Jihan Muse . Ramli Sarip pun ada , buat persembahan penutup , terima kasih untuk Teratai . superb ! meriah sangat malam tu . ilmu dapat , happy pun dapat . Alhamdulillah . malam tuu memang gerammm nak bergambar dengan Jihan . sebab Jihan sangat cantik okayyy .


Nak balik tu saje laaa lalu kat depan kereta artis tuu . sekali nampak Ustaz Syamsul baru nak balik . dengan muka tak malu - Ustaz , nak bergambar boleh ? Terima Kasih Ustaz .

Seriously , best sangat ceramah dia . funny . selalu dengar ceramah dia dekat youtube . ceramah dia banyak isu kekeluargaan . so lepas kawen ni , kalau ada masalah , cari ustaz ehhh . mesti rumahtanggamu akan bahagia . Insyaallah .

Monday, November 14, 2016

Review Filem Ouija 2 : Origin Of Evil

Lately ni aku dah semakin rajin tengok wayang . Adik adik kat office ni rajin ajak kakak dia ni jalan jalan tengok wayang . seronok kan ? takdela bosan sangat hidup aku ni . tenkiu adik adik .

Cerita ni kannn .. orang sakit jantung sila jangan tengok . banyak giler kejutan . dah laa time kitorang tengok tu , orang tak ramai . memang suara aku je laa yang kedengaran . bebudak nii gelak jee . hahaha .

sumber gambar : google

Aku taktau laa pulak cerita Ouija ni adalah cerita sambungan . patutlaa masa tengok cerita ni , rasa macam pernah tengok cerita macam nii , si Mujibur pun cakap cerita sambungan . aku ni bahagian layan jee , budak ajak tengok ceita apa pun aku layan jee .

Cerita ni start seram bila mak dia beli papan baru untuk props sebenarnya . Papan Ouija tu papan kayu yang ada huruf huruf dan simbol , alaa macam papan spirit tu lah .

sumber gambar : google

Cerita ni seram dia biasa biasa jee . tapi terkejut dia tu tak tahan . tapiii Conjuring punya terkejut lagi tak boleh blah , tiap masa aku sakit jantung , hahaha !

Hantu Ouija keluar sekali sekala jee . Hitam macam hantu apee tahhh . hantu minyak kot , eehhh ada ke hantu minyak ? sebab dia hitam berkilat lembik gitu kannn . tak seram sangat pun hantu dia . yang seram adalah muka Doris .  

sumber gambar : google

Cerita dia tak terlalu perlahan . okayy okayy je . best laa . Cuma macam aku cakap tadi la , kejutan kemain banyak . bunyi tutup pintu pun boleh buat bergegar jantung , So , kepada korang yang belum tengok lagi , sila tengok . best okayyy ... boleh layan laaaa .

Ok Bye Doris !


Sunday, November 13, 2016

Review Filem Sunk In The Womb

Cerita ni dah lama . dah keluar kat astro pun dah lama . tapi aku je baru sibuk nak review . sebagai simpanan masa depan . bila aku dah jadi ibu nanti , jangan kejam macam ni pada anak walau apa pun yang jadi . suami pun , jangan macam macam nak tinggalkan aku , buat aku stress bagai . mintak jauh la semua tu ye . aminn .

Sunk In The Womb , aku pasti ramai yang dah tengok cerita ni . macam macam respon aku tengok kat fesbuk tu . Apa yang aku tahu , cerita ni memang adaptasi dari kisah benar di Jepun , ishhh takut !

sumber gambar : google

Pada pandangan aku la , cerita ni sangat lah slow . jalan cerita dia sangat perlahan . aku sempat buat keje kot sambil tengok cerita nii . sebab aku tengok pun kat office kan . hehe . Aku sangat tak sabar nak tunggu ending cerita ni , yelaaa sejam lebih menahan kesabaran dan kebosanan yang sedikit . hehe .

So far, cerita dia sangat sedih dan menyayat hati . kaum ibu yang tengok mesti nanges erk . aku okay lagi . tak nanges pun , tapi agak terkesan di hati laaa . cerita ni juga ada pengajarannya buat kita semua .

 sumber gambar : google

Yang mana tak tengok lagi tu , boleh laa tengok yee . Budak kecik ni sangat pandai berdikari . makan macam macam untuk isi perut . sedih tengok dia makan mayonis je . ngeri jugak tengok dia bukak tin guna pisau je . seram wehh ! budak kott .

tapi paling sedih bila mak dia sendiri bunuh dia di saat dia hampir mati kelaparan . kesiannya awak budak kecik . Ibu awak kejam tauuu , pergi berpoya poya dengan lelaki . tapi salah ayah awak jugak , tinggalkan mak awak macam gituuuu jee . sedihh tauuu .

Okayy , tu je nak cerita .

Terima kasih laa sudi membaca :)