Tuesday, November 15, 2016

Karnival Maal Hijrah Mersing

27 Hingga 29 Oktober yang lalu, telah berlangsungnya Karnival Maal Hijrah Peringkat Daerah Mersing . wahhh wahhh macam nak tulis berita . hehe . Bukan selalu tauu ada event besar besar kat Mersing ni , so sementara ada , marilah kita memeriahkannya .

Dah laa time karnival ni aku baruuu je baik demam , baru sangat .. Selasa tu baru amek ubat . Khamis tu hari pertama karnival , semangat nak pergi tapi angin kuat katanya . sejukk . so terpaksa lupakan hasrat . Esoknya pagi pagi lagi aku dah tayang muka kat sana . nak bagi semangat kat mak , mak masuk pertandingan gubahan . Dah lama tau mak tak masuk pertandingan .

Dulu aku rajin ikut mak join pertandingan gubahan . sebab tu bila aku sampai je pagi tu , yang mana kenal mesti tanya - "ehh tak masuk ke ?" . aku senyum je sambil geleng . tak berlatih pun , malas lah nak masuk . tengok mak je cukup , bagi sokongan . hehe .


tahniah mak dapat no.2 , memang aku perasan , gubahan mak kali ni tak berapa kemas . berapa kali aku tegur...tak kemas tuu . tuuu ketatkan lagiii ... tapi mak pun macam tak beria sangat . tapi not bad laa , no 2 . selalu no 1 oiii .. boring jee kan balik balik dia yang menang . hehe .

Malam nya ada Ceramah Santai oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah dengan Ustaz Syamsul Debat . Diserikan lagi dengan kehadiran Shahrol Shiro & Jihan Muse . Ramli Sarip pun ada , buat persembahan penutup , terima kasih untuk Teratai . superb ! meriah sangat malam tu . ilmu dapat , happy pun dapat . Alhamdulillah . malam tuu memang gerammm nak bergambar dengan Jihan . sebab Jihan sangat cantik okayyy .


Nak balik tu saje laaa lalu kat depan kereta artis tuu . sekali nampak Ustaz Syamsul baru nak balik . dengan muka tak malu - Ustaz , nak bergambar boleh ? Terima Kasih Ustaz .

Seriously , best sangat ceramah dia . funny . selalu dengar ceramah dia dekat youtube . ceramah dia banyak isu kekeluargaan . so lepas kawen ni , kalau ada masalah , cari ustaz ehhh . mesti rumahtanggamu akan bahagia . Insyaallah .

No comments: