Saturday, August 31, 2013

Percutian Bersama Geng Oldtown

Hari Kedua percutian , meluangkan masa bersama geng Oldtown . Dulu masa study aku memang suka lepak Oldtown , sudahnya berkawan laa dengan geng Oldtown , tertangkap cintan pun pernah , tapi dia setia dengan cinta dia , dah nak nikah pun tak lama lagi . huhu .

Tutup cerita pasal cinta lama tu . Planning memang dah lama nak jumpa mak buyung ni , tercapai jua akhirnya . bulan depan dia dah start kira hari . wahhh tak sabar nak tengok baby memey ! Dengan muka tak bersalah , aku paksa memey masak . Sebab aku dengan Wahid (budak oldtown jugak) datang memang nak makannnn je . Bukan senang nak rasa Memey masak , dulu setakat buat makanan kat Oldtown tu boleh laa . kennnnnn *ayat Memey*

 Sebelum sampai rumah Memey , aku & Wahid ke Alamanda untuk mengimbau kenangan silam . sambil cari barang adik . Cari barang tak jumpa , Wahid ajak tengok wayang , so berwayang laa kite . tengok cite baru . Elysium . Jalan cerita yang biasa biasa saje , takde laa buat aku sampai tertido kan . kira OK aje .

Seboleh boleh si Memey ni taknak bergambar sambil berdiri , nampak gemok katanya . Masalah pompuan ni , mane ade orang mengandung yang kurus . sebbbel ! Sudahnya gambar duduk yang ada . Terima kasih Memey sudi masakkan untuk kami . Sedap dan mengenyangkan . Aumm Aumm ! Patut laa Anep makin gemok . hehe .
Dapat jugak gambar gemok kau ! Aku curi kat fb kau . hehe . 
Tengok laa dulu kurus saje , lepas kawen terus bambam . Laki bini kacak comel , hope Adib keluar nanti pun comel bambam jugak , jangan otak mereng macam mummy kamu yee . hehe .

Percutian hari kedua ni , thanks to Wahid sudi jadi driver aku walaupun tak cukup tido . Terharu sangat !


Friday, August 30, 2013

Tumbuh Tanduk Bila Bertiga

Hari Pertama percutian , yang semalam punya tak kira sebab sampai pun dah lewat malam . Isnin lepas , aku berangan nak lepak dengan makhluk berdua ni , tetiba terpandang status daya mengatakan dia baru sampai Puchong . ape lagi , terus laa aku berwhatsapp dengan beliau . Ohh ada interview rupanya . so deal punya deal , dapat laa kami melepas rindu dan kembali menyetan bersama . kuang kuang kuang .

Tiga makhluk ni kalau berjumpa , memang akan berlaku kejadian tak senonoh . kalau salah sorang takde , memang tak jadi . bila bertiga , comfirm meletop ! benda yang tak penah dijangka pun akan berlaku . cool kan kami ? hehe .
heyy . meet us : Daya , Lily & Me Yana

Kejadian bermula jam 12 tengah hari . Daya & Lily pick up aku kat Giant bandar Kinrara . Then ke Monash University untuk interview Daya . Alhamdulillah , Daya diterima . Selamat bekerja my dear . Kemudian beraya ke rumah Meeya kat Taman Impian Ehsan . Kemudian ke The Mines untuk mengimbau kejadian masa zaman kolej . saat saat ponteng kelas , merayap dengan baju kurung . tengok gambar pun tau , diorang pakai baju kurung sampai pukul 1 pagi ! 
sangat acah acah sopan bila datang beraya rumah orang kan . keluar rumah terus tumbuh tanduk !

Lepas Maghrib , kami terus ke Petaling Jaya , rumah bakal suami Lily (mungkin) , dia bawak kami pergi makan Nasi Lemak Power . Memandangkan nasi lemak bukan kegemaran aku , so aku layankan saja . nak jugak tengok betapa powernye nasi lemak tu . tergodakah aku . alaa biasa jee , rasa sesudu , takde pun rasa nak lagi . sudahnya , aku tak makan pun , cuma minum segelas teh o panas . hehe .

Lepas makan , niat nak ke Uptown Mines , tapi tetiba terdatang idea . wehhhh lama tak melalak bersama . jom laaa , jom laa . mane ? Bangi yang dirindui lahhh . berjalan lah kami ke Bangi . otw ke Bangi , teringat sorang lagi ahli kumpulan yang memang penduduk bangi yang setia , Afiq . Call Afiq suruh dia datang Malaysian Idol Bangi sekarang jugak . jumpa 5 minit pun jadi lahhh . 
 Karoknye sejam je , jumpa Afiq memang ngam ngam 5 minit . masa dah time . ting tong ting tong pukul 12 , nanti takleh masuk rumah ! so anak gadis kena pulangggg segera !

Gambar atas gelap , mohon pencerahan . nah kau ! flash menusuk punya ! abes semua nampak putih glowing giler !
Giler ahhh Afiq kaya boleh pakai FZ . kita tak mampuuuuuuuu......

Afiq kata muka kami macam muka makcik makcik , dia je maintain muka student . pegi jahanam lah kau !
 Apa pun , kami memang sentiasa cantik , kau je yang jeles wahai Afiq . huh !

Malam tu , aku tido kat hotel area Bandar Puteri , Puchong . Sampai hotel pukul 1 pagi . terus bantai tido . penat yang menggembirakan ! tenkiu kipas susah mati !

Thursday, August 29, 2013

spontaneous thursday #80

Bila Ada Yang Sayang , Janganlah Curang ,
Bila Ada Yang Setia , Janganlah Mendua ,
Bila Ada Yang Menanti , Pastikan Awak Kembali ,
Dan Bila Ada Yang Menghargai , Hargailah Dia .

Tuesday, August 27, 2013

Rehat Di tempat Sesak

Beberapa hari meninggal kan mr.blog . Hampir seminggu merehatkan diri . Selalu orang mintak cuti , pergi bercuti ke tempat yang menenangkan , tapi tidak bagi aku . Rumah aku , tempat kerja aku , memang tempat yang tenang , keliling pantai . So bila aku bercuti , haruslah aku ke tempat yang haruk pikuk . Kuala Lumpur .

Kenapa aku pilih Kuala Lumpur ? Sebab aku terlalu rindu kehidupan kat sini . Aku rindu sahabat aku yang dah pun selamat jadi isteri orang , kat entry ni . So , cuti yang ada , manfaatkan , untuk stay kat rumah dia . melepaskan kerinduan tidur bersama , masak bersama , makan bersama dan jalan bersama ! rindu sangat sangat !

Sampai di KL hari selasa malam , terus si husband kak cik bawak pergi makan char kuey teow kat tempat black mentor selalu lepak . katanyeee laaaa . kami memang bahagian layan saje . 

Pagi rabu bangun awal , sebab terlalu rindu sahabat . so setiap saat harus dimanfaatkan dengan secukup nya ! Aktiviti pertama masak masak ! Encik Harris si husband kak cik ada jamuan raya kat tempat kerja , so kami masak mihun goreng dengan kuey teow goreng . simple tapi sedap . air tangan orang mersing beb , jauh tuuu !
masak sebelum mandi adalah petua terbaik dari kami . bau ketiak , sisa sisa taik gigi akan menambahkan lagi kelazatan masakan kami . just nice gitu ! HAHA !
abaikan laa tuala atas kepala aku tu , ikut sempat jee capai buat tutup kepala . hehe . gambar ini di upload kat instag & facebook jugak . nak bagi kak ngah yang ade kat singapore tu jelesssss ! hehe . 

Jangan jeles warga jalan puding , kami sampai dulu rumah kak cik ! hehe . tetamu first tauuu !

Tuesday, August 20, 2013

Again , Wedding Siapa Pulak ?

17 Ogos 2013 , Majlis penyatuan Dua Hati . Kak Maz & Jang , Macam Biasa Laa . Aku memang suka pergi wedding orang . asal ade jemputan , memang aku datang , nak memeriahkan suasana katanya . Padahal sebok nak amek berkat . Hehe .

Majlis Nikah aku tak dapat pergi , sebab kena kerja . Takleh tinggal site , semua staff pakat sambung cuti , aku yang dekat jadi mangsa . So dapat gambar nikah kat fb Kak Maz . Sory Kak Maz , kita curi sebab cantik sangat sangat !

Nikah , Kak Maz buat tema ala arabic gitu . Sangat cantik Kak Maz !








Alhamdulillah . Kak Maz sah menjadi isteri Jang hanya dengan sekali lafaz .

Memandangkan hari tu aku kerja halfday , mak ajak pergi wedding anak kawan dia dulu . so , melayan laa kehendak ibunda tercinta . wedding anak kawan mak tu tak amek gambar pun sebab datang awal , pengantin pun tak datang lagi .

Pukul1.30 terus pergi Hotel Sri Malaysia , wedding Kak Maz & Jang . mula mula makan kat luar , pastu abang Kak Maz suruh masuk dalam sebab kejap lagi Kak Maz nak bersanding dah . teruslah aku terjah masuk dewan . nah kau , lalu karpet merah . kau ade ? hehe
Cantik Sangat Kak Maz dengan kaler peberet dia KUNING ! hehe . 
Kita pun kekadang suka kuning tau Kak Maz . I LOVE YELLOW !
lama sangat tunggu turn nak bergambar dengan Kak Maz . sampai ngantuk ngantuk driver saya . hehe .
Tahniah Kak Maz , Semoga Kekal Bahagia Hingga Jannah . Aminnn .
Ini Mak Aku yang memang terpaksa & tak suka amek gambar . Sabar je lah .
 ootd yang tak seberapa . I LOVE DARK GREEN damn much ! 
*kaler peberet buat masa ini
kata si driver "kau nak pergi ceramah kat mana?"
statement kau memang kejam !

Monday, August 19, 2013

Raya Bersama BFF !

Alhamdulillah , masih mampu ketawa bersama sahabat sahabat sekalian . selepas menghadiri majlis pertunangan sahabat , kami ke Air Papan , untuk bersantai . Actually , masa tu ada RTAM 4 , tapi aku dah cakap , aku tak dapat datang , so tibanya aku kat sana , sesi bergambar sedang berlangsung , aku pun berlari sakan laa menyelit . so , ada lah kenangan nya , hehe !
Ini Ainul Masyitah . Saya Sayang Dia Ketat Ketat !
 Mereka Super Duper Dupest Sweet BFF Saya , Sila Jangan Curi Mereka Dari Saya ! BFF Sorang lagi beraya di Kelantan , Rumah Ibu Mertua . Sedih , tak jumpa raya ni , adat lah , orang dah kahwin kan .
Falling In Love dengan gambar ni . terima kasih HTC , gambar superb ! I LIKE Sangat !
 Masa ni aku tengah bebel : "apa guna beli kasut mahal , kalau tak masuk pesbuk " . HAHA !
Dan ini gambar hasil menyelit kami . nampak tak ? kami ada di hujung sana . kerlas kau nok !

Tahun ni paling malas nak beraya , raya rumah yang penting penting je . So , aku utamakan rumah terbuka ye . ada rumah terbuka , aku datang . Sekian , Terima Kasih .

Sunday, August 18, 2013

Tunang Dengan Raya ?

Raya ke empat . menghadiri majlis pertunangan sahabat baik . sahabat sejak kecik . sayang dia ketat ketat !

Sebab hari tu aku banyak sangat jemputan , maka aku terlambat , su dah text kat fb , dengan nada merajuk .

Aku sampai , rumah dah siap kemas , dia dah salin baju . bayangkan betapa lambatnya aku . gggrr !

Tapi sebab sue sayang aku lebih , dia dipaksa oleh aku untuk pakai semula baju tunang tadi . tunang dia yang tengah basuh pinggan pun , aku paksa ke depan bergambar . yes , aku memang kejam . HAHA !
Orang lain takde pict dengan tunang sue , kami ade , rasa bangga walaupun datang lambat ! HAHA
Jumpa rotan , teringat pesta rotan masa sekolah rendah . Mr.Baskaren !
tahniah sue , cecepat laaa tahun depan itu tiba . tak sabar rasanya .

Dan aku seperti biasa lah , sibuk datang majlis orang , majlis sendiri entah bila . 
So , pakat amek berkat je lah ye . 
Insyaallah masanya akan tiba .
feeling duduk atas pelamin sendiri , bergambar bersama tunang sendiri . feeling je tau ! bukan betul betul .

Saturday, August 17, 2013

Tentang Duit Raya

Bila dah bekerja ni , haruslah memberi duit raya kan . Alhamdulillah , berkongsi rezeki bersama saudara mara .

Tahun ni , gaji aku lambat , makanya , tak sempat nak tukar duit raya kat bank . Raya hari khamis , pagi rabu dapat gaji , terus pergi bank , semua bank yang ada kat mersing ni aku masuk , still tak dapat tukar jugak . nak tukar duit lama pun takde . betapa sedihnya hati ini .
jadi , pada raya pertama , aku hanya mengutip duit raya dan melihat suasana pembahagian duit raya . cewahh . aku tak mintak , tapi atok , nenek , makcik pakcik dok hulur , aku sambar laa , jangan lepaskan peluang . hehe ! ini sepupu aku , aku tak dapat duit dari dia , so aku pun tak bagi dia duit raya , adil kan ?
 hasil duit raya , raya pertama . raya kedua dapat lagi dua puluh ringgit . raya ke empat dapat lagi rm4 , raya ke lima dapat rm50 dari abang angkat tersayang si gagah ! so , total korang kira lah sendiri . bukan nak bangga , tapi nak kongsi gembira sebab tak sangka masih dapat duit raya .

Raya Kedua , Pak Ngah jemput semua datang rumah . dia buat makan makan untuk big family . Lepas Isyak , kami bersiap pakai seringkas yang boleh , sebab nak beraya rumah pakcik je kan . turun kereta terus masuk rumah , takde sape nampak . so dengan baju tak iron , daku berjaya sampai . 

Sampai Sampai , Salam Mak Ngah , Salam Pak Ngah , tanpa dipelawa terus makan ! Ada Roti Jala , Laksa Johor . Ketupat Pusing aka ketupat daun palas , macam macam lagi lah !
bersama budak kecik mulut harat banar !
dengan kakak yang tak suka amek gambar !

Dikesempatan ini juga , aku mengambil peluang untuk BAGI DUIT RAYA ! yeayyy ! suka mereka . Cousins semua tak sabar sebab nak dapat sampul tu , bukan nak duit . Aku dah kata , sampul je mahal , so duit kat dalam takyah laa letak banyak banyak kan ?
 Kalau ada pertandingan sampul tercantik , kompem aku menang . sampai sepupu abah pun merayu mintak sampul . dia kata ; tak dapat duit pun takpe , acik nak sampul je , cantik ahh ! malangnya sampul ni limited , so dah habis di bagi kepada anak beranak sekalian . hehe . tahun depan laa ye .
 Maka selesailah sesi memberi duit raya dari aku . Sesi bergambar bersama sampul JDT !