Saturday, August 17, 2013

Tentang Duit Raya

Bila dah bekerja ni , haruslah memberi duit raya kan . Alhamdulillah , berkongsi rezeki bersama saudara mara .

Tahun ni , gaji aku lambat , makanya , tak sempat nak tukar duit raya kat bank . Raya hari khamis , pagi rabu dapat gaji , terus pergi bank , semua bank yang ada kat mersing ni aku masuk , still tak dapat tukar jugak . nak tukar duit lama pun takde . betapa sedihnya hati ini .
jadi , pada raya pertama , aku hanya mengutip duit raya dan melihat suasana pembahagian duit raya . cewahh . aku tak mintak , tapi atok , nenek , makcik pakcik dok hulur , aku sambar laa , jangan lepaskan peluang . hehe ! ini sepupu aku , aku tak dapat duit dari dia , so aku pun tak bagi dia duit raya , adil kan ?
 hasil duit raya , raya pertama . raya kedua dapat lagi dua puluh ringgit . raya ke empat dapat lagi rm4 , raya ke lima dapat rm50 dari abang angkat tersayang si gagah ! so , total korang kira lah sendiri . bukan nak bangga , tapi nak kongsi gembira sebab tak sangka masih dapat duit raya .

Raya Kedua , Pak Ngah jemput semua datang rumah . dia buat makan makan untuk big family . Lepas Isyak , kami bersiap pakai seringkas yang boleh , sebab nak beraya rumah pakcik je kan . turun kereta terus masuk rumah , takde sape nampak . so dengan baju tak iron , daku berjaya sampai . 

Sampai Sampai , Salam Mak Ngah , Salam Pak Ngah , tanpa dipelawa terus makan ! Ada Roti Jala , Laksa Johor . Ketupat Pusing aka ketupat daun palas , macam macam lagi lah !
bersama budak kecik mulut harat banar !
dengan kakak yang tak suka amek gambar !

Dikesempatan ini juga , aku mengambil peluang untuk BAGI DUIT RAYA ! yeayyy ! suka mereka . Cousins semua tak sabar sebab nak dapat sampul tu , bukan nak duit . Aku dah kata , sampul je mahal , so duit kat dalam takyah laa letak banyak banyak kan ?
 Kalau ada pertandingan sampul tercantik , kompem aku menang . sampai sepupu abah pun merayu mintak sampul . dia kata ; tak dapat duit pun takpe , acik nak sampul je , cantik ahh ! malangnya sampul ni limited , so dah habis di bagi kepada anak beranak sekalian . hehe . tahun depan laa ye .
 Maka selesailah sesi memberi duit raya dari aku . Sesi bergambar bersama sampul JDT !

No comments: