Wednesday, August 14, 2013

Cerita Raya Aku

hari pertama bekerja selepas hampir seminggu bercuti . baru datang mood nak bercerita kisah raya .

Cerita raya aku hampir sama setiap tahun .  tahun lepas je lain sebab beraya kat kampung mak . tahun ni , back to basic , beraya kat kampung belah abah . kampung yang tak berapa nak kampung . sebab rumah batu , lantai mosaic , sofa dah macam kerusi pengantin .

Macam biasa , pagi raya , kaum lelaki harus didahulukan . bilik air juga harus diberi keutamaan kepada kaum lelaki . dan setiap tahun , memang aku ditugaskan untuk menggosok baju atok & nenek . masa kaum lelaki pergi sembahyang raya , kami kaum wanita bersiap untuk sesi bergambar & bermaafan .

Macam yang semua tahu (bajet blogger hot sangat) , aku memang takde semangat nak beraya . so tahun ni pakai baju yang dah lama beli tapi tak pakai . makeup pun sendiri je . sangat simple . shawl pasar malam .
Pagi raya tu , atok sakit perut dan berulang ke tandas , maka sesi bermaafan tergendala . lambat sangat sangat . tambahan lagi , separuh kaum lelaki join marhaban . tu yang tambah lambat , sampai atok merajuk masuk bilik . sebab lama sangat menunggu . dalam pukul 12 baru mula bersalaman . lewat kan ?
Selesai sesi bermaafan & mengutip duit raya . sesi fotografi pula .
 meet my lovely mak & abah . *ehhh abah senyum laa . amboiii !
 Family Potrait . rasanya tahun ni punya gambar best , sebab takde si bagak tu . hehe
 bersama atok & nenek . masa ni atok dah salin kain pelikat sebab dah dekat 5 kali berulang , beraya dengan toilet katanya . yang pasti songkok atok tetap senget ! I LIKE !

Setelah selesai semuanya , mak long bersuara :
  "haaa jom pegi beraya rumah keliling ni semua . kang dah duduk berehat , semua jadi malas . "

kami yang kaki berjalan ni pun . jommmmmmmmmm !
Rumah pertama yang diterjah , rumah adik atok . sebelah rumah je pon , 3 langkah sampai dah . hehe .
Menuju Rumah Kedua . Rumah adik atok jugak . depan belah kiri . hehe . beramai ramai menuju ke rumah Tok Ude .
Gambar di bawah ini , rumah ketiga , betul betul depan rumah atok . rumah ni ada anak bujang . ada janggut ciput , tinggi . oh my taste ! time dia hidang air , mak dia cakap "haa tuang air tu , anak dara ramai tu , leklok.." hahaha . gelabah ke abang ? 
Rumah ke empat & kelima takde gambar . sebab perut semua sudah penuh . 

Begitulah kisah hari raya aku tahun ini . walaupun tak segembira & tak semeriah tahun lepas , tapi aku bersyukur , masih bertemu dengan Ramadhan & Syawal kali ini .

next entry , raya dengan kengkawan pulak . tapi cerita raya dengan family tak habis lagi . HEHE !





No comments: