Tuesday, March 6, 2018

Perth, Western Australia - Day Two

Hari Kedua , pukul 5 pagi bilik dah kena gegar . Si bujang bujang tu dah ajak merayap . Tapi diorang dah siap mandi . Aku kan perempuan , haruslah lambat . Maka dengan tak mandinya aku turun ikut diorang merayap .










ehhh , tapi tak mandi pun cantik kan ? best laa keluar pagi pagi . time ni boleh tengok warga Perth baru nak keluar pergi kerja . yang jalan kaki sikit punya laju jalan , macam berlari pun ada . kitorang ada lah jugak try jalan macam diorang , semput weii ! tapi memang tu lah budaya diorang kan .

Dah puas jalan pagi tu , balik hotel semula untuk breakfast . aku cepat cepat naik bilik mandi mandi , dan bersiap untuk breakfast . sempat wehh , apa yang tak sempatnye . macam ni lah cara bercuti yang betul . hehe . 


Kitorang Naik Cruise dekat Mandurah . Nak pergi tengok Dolphin . Dalam kepala otak kitorang ni , nampak laa Dolphin tu melompat lompat , tergedik gedik kemain banyak . Rupanya orang tu cakap sekarang musim sejuk , Dolphin banyak menyorok , macam bawah jambatan ke .. gitu laa .. 

tapi dapat jugak la kitorang tengok depan mata , dalam 5-6 ekor Dolphin melompat . takde la pulang dengan perasaan hampa sangat kann . Not bad laa , thanks Dolphin !


Kemudian kitorang bergerak ke Hillarys Boat Harbour & AQWA - The Aquarium of Western Australia . Kat sini boleh tengok pantai dia . Ada aquarium besar , kalau kat KL macam Aquaria tu laa . konon konon nak masuk , tapi mahal la pulak , terus tak jadi . so habiskan masa dengan melepak je dekat Harbour tu . ada macam mini waterpark jugak dalam tu . tengok anak anak mat salleh mandi , sebab time tu diorang cuti sekolah .

Petang tu, lepas dinner aktiviti bebas.. Orang lain semua naik bilik . Kau rasa aku nak ikut diorang ? memang tak laaa . awal lagi kot , jommm merayap !



Takde ke mana pun, cuma jalan jalan tengok barang , survey survey dulu apa yang patut.. Nanti dah nak balik baru shopping sakan kan .

Malam tu sambung lagi jalan jalan , sampai penat . Balik rehat & tido . Kumpul tenaga untuk merayap esok pulakkk .

Sambung Day Three next entry !