Tuesday, July 30, 2013

Menu Menarik Hati Anak Anak

Salam Selasa . Hujung minggu yang lalu , seperti biasa , adalah giliran aku untuk menyediakan menu berbuka . Jadi aku buat menu ringkas lagi menyelerakan , khas untuk anak anak dan adik adik . Tetiba tekak nak makan popia , kebetulan teringat resepi popia ketam yang Mama Zafirah share kat blog dia . Tapi popia aku takde laa seteliti popia Yana tu *ehh nama sama .
Aku just potong cheese panjang panjang pastu letak dan gulung . tak kuasa aku nak parut bagai . masuk mulut hancur jugak kan . hehe .
gigih laa aku buat popia ketam dengan popia sayur ni . macam orang nak meniaga dah haa . nasib baik jiran belakang rumah tak meniaga dah , kalau tak , memang aku letak popia aku ni kat kedai dia . hihi .
Popia sayur tu macam biasalah , isi dia taugeh , timun , lobak merah dengan telur , ohh letak lada sikit bagi rasa pedas . pastu gulung gulung . siap ! mak mampu tengok je sebab dia sibuk menjahit . kang tak siap baju raya orang kan .
taraaa ..ini lah hasilnya . 26 sayur , 24 ketam . cukup untuk dua hari . adik adik cakap sedap ! nanti buat lagi . ohhh terima kasih adik adik kerana menghargai air tangan kakak mu ini . haha !

Monday, July 29, 2013

Jerawat & Puncanya

Salam Isnin . Hari ni nak bercerita pasal jerawat . atau lebih dikenali sebagai Baby J . 

Minggu lepas wajah aku diserang baby J setelah sekian lama dia tak datang .

Sekali serang , nah dia bagi 3 terus . dua kat dagu , dua kat bibir . sakit nokkk !

Aku tau ape sebab mereka mereka ni tumbuh . Ni nak share dengan awak awak semua laa . 

Mungkin ramai yang dah tau , tapi aku nak share jugak untuk mereka mereka yang tak tahu dan nak tahu .

Ada ENAM kawasan pada muka kita yang menjadi kegemaran Baby J . Nak tau puncanya ? Jom Baca !

1 . JERAWAT DI DAHI
Jika Baby J datang beramai ramai di kawasan Dahi itu maknanya kita sedang mengalami tekanan . Maka , kita haruslah menjaga waktu tidur , mesti tidur awal & bangun awal jugak . paling penting , sentiasa kawal kemarahan supaya tekanan berkurangan .

2. JERAWAT DI HIDUNG
Blackheads & Whiteheads selalu bertepek kat kawasan ni . Punca dari cara kita mencuci muka , kadang2 kat celah hidung tu tertinggal . Baby J pun selalu menyelit kat celah hidung . Kalau ini berlaku , maknanya perut kita sedang bermasalah . Macam aku , selalu bermasalah dalam buang air besar , kadang kadang seminggu tak membuang , so Baby J akan tumbuh kat hidung . Caranya , kurangkan makan makanan sejuk & lebihkan makan makanan yang panas untuk sistem pencernaan yang lebih baik .

3. JERAWAT DI PIPI KANAN
Kemungkinan besar berkait dengan paru paru kita . Jaga & sayangilah paru paru anda . Kurangkan makan seafood kerana ianya akan memudahkan kita mendapat alahan . Macam aku , sejak puasa ni , kurang sikit makan seafood . hari hari ayam je kan . Boring !

4. JERAWAT DI PIPI KIRI
Ini pula berkaitan hati . Mungkin hati anda sedang bermasalah . ataupun darah anda mengandungi kadar toksin yang tinggi . kalau hati yang bermasalah , pandai pandai lah control mood yee . Jagalah hati , jangan kau kotori ! hehe

5. JERAWAT DI BIBIR
Macam yang aku alami minggu lepas , ni pun ada bekas lagi . ini mungkin disebabkan oleh ubat gigi . Untuk memperbaikinya , banyakkan makan buah buahan & makanan yang berserat tinggi . Juga sentiasa kawal rutin makanan dan sentiasa menjaga kebersihan mulut . (Selalu makan kat kedai lap mulut guna tisu kan , punya malas nak bangun g sinki)

6. JERAWAT DI DAGU
Ini menandakan period anda semakin hampir . So dah boleh prepare apa yang patut (macam nak bersalin laa pulak) . Jenis aku , minggu ni jerawat tumbuh , minggu depan baru period . gedik Baby J ni nak keluar awal awal .
Satu lagi masalah aku , baby J selalu bertepek kat cuping telinga . belah dalam . dah pergi jumpa dokter , dokter cakap itu adalah kelenjar lemak kulit . Tak serius pun . biasa saje . Alhamdulillah .








Sunday, July 28, 2013

Unexpected Birthday Suprise

23 Julai , merupakan hari kejadian sahabat setia aku . Ieez . sebab aku takde pada hari kejadian , aku tak la celebrate on that day . kebetulan esoknya nak iftar bersama , so terbitlah idea dari kotak minda nak celebrate time iftar . Alhamdulillah walaupun tak seberapa . janji sahabat saya suka !

Idea tersebut terbit pada jam 3 petang , nak siap siap ke kedai makan pukul 6 . dalam masa 3 jam memerah otak , nak buat simple birthday card untuk sahabat . maka inilah hasilnya . doodle di copy & print dari google . memang dah tak sempat nak guna skill menjahit , maka guna skill menampal je lah .
 tengok lama lama dah macam kad harijadi untuk pakwe laa pulak . hhmm layan je laa is .....
 depan dan belakang . (macam kad kawen pun ade)
 happy birthday is ! happy birthday !
 kek yang tak seberapa daripada aku , buat kau . weekend ni aku buat kek coklat untuk kau ehh . hikhik
bersama birthday boy yang ngade ngade , orang ajak jalan jalan dia sebok nak pegi gym !

Saturday, July 27, 2013

Kelebihan Solat Tarawih Edisi 2

Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Alhamdulillah , Tahun Ni Mak Pun Ikut Pegi Tarawih . Sebab Adik2 Dah Besar Kan..Boleh La Tinggal Kat Rumah . Best Tarawih Dengan Mak , Ade Geng ...

Friday, July 26, 2013

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini

Mencari Siapa Bakal Imam

Alhamdulillah , hari ni dah 17 Ramadhan . Masih kuat menunaikan Solat Terawih . walaupun buat 11 rakaat (8 terawih + 3 witir) je . tapi hati rasa puas bila dapat habiskan setiap hari . Ada jugak satu hari tu dilanda sakit perut , tengah solat , perut bergelodak , mak dah risau , suruh balik je . tapi tetap gagahkan diri , tahan sakit sekejap dan berjaya . Alhamdulillah .

Biasanya , datang masjid pukul 8.15 , sebab nak dapat saf depan sekali . Alhamdulillah , setakat ni memang duduk saf depan je . Sampai je masjid , mengaji dulu sekejap , bila orang azan , duduk diam dan tengok bayang bayang di sebalik tabir merah .

 Dan mula berdetik dalam hati , alangkah indahnya kalau salah seorang dari mereka ini adalah bakal imam ku . Sejuk hati kalau tau bakal imam aku ada di balik tirai ini . Tetiba berangan , bila dah kawen nanti , nak selalu solat dengan suami . Insyaallah . Semoga aku dapat insan yang boleh membimbing aku .
Pose Sekejap Sebelum Balik Rumah , ala ala Nora Danish tak ? hikhik
Bersama kakak tersayang . Dialah kawan , Dialah kakak , Dialah teman . Terima Kasih Kakak .

Thursday, July 25, 2013

Iftar Bersama Kesayangan

Salam 16 Ramadhan . Dah setengah bulan berpuasa , barulah semalam berkesempatan iftar bersama kesayangan aku . Sebab kekangan masa dan peluang , so aku celebrate birthday kesayangan aku ni sekali . Sorry laa beb , aku celebrate lewat sehari sebab berada di luar kawasan pada hari kejadian kau . hikhik .

Sebab last minute planning , dah book table baru datang idea nak celebrate birthday , so ini je lah yang ada . Insyaallah , tahun depan , akan lagi best dari ni yee . sorry beb .
muffin dengan tulisan tangan aku yang buruk itu...Happy Birthday Iscarl !
Disebabkan makanan sampai pada saat azan berkumandang , maka tiada gambar sebelum makan . yang ada hanyalah gambar selepas perut mengembang . tapi daku masih mengunyah !

Menu Iftar kami pada malam itu adalah : 
Nasi Putih 
Ikan Siakap Tiga Rasa (tapi kami order stim limau)
Kailan Ikan Masin
Sotong Goreng Tepung
Sup Campur
Air Laici , Bandung Soda , Fresh Oren Limau Kasturi , Nescafe Tarik , Epal Juice .

Selepas makan , adalah sesi ramah mesra dan bergambar segala . Bulan puasa ni , kami jarang berjumpa , jadi masa yang ada kami gunakan sebaiknya . Senang cerita , dari awal puasa , baru ni kami jumpa . haaa lama kan tak jumpa ? rindu rinduan sangat laaa ni !
 Ainul Masyitah & Me
Nurul Nadia & Me (flash melebih haa)

Nadia & Ainul

Haaa ini lah Birthday Boy nya.... Si teman baik saya . Kau ada di kala ku suka , kala ku duka .......
Nurliyana & Nor Iskandar
sila abaikan kedudukan kaki aku yang tak berapa sopan . biasalah , nak stabilkan kedudukan perut . hihi

Terakhir adalah sesi self timer by camera handphone . Saksikanlahhhh.....


Lepas berempat , bertiga pulak . Big Thanks to my kesayangan sudi iftar bersama . Insyaallah ada masa nanti kita iftar bersama lagi ehh . Sayang Awak Awak Semua !

 Me , Nadia & Ainul 


spontaneous thursday #76

Adakah Bakal Imam Ku Ada Di Balik Tirai Itu ?

Tuesday, July 23, 2013

Sahabat Sejati

Dia....
Sentiasa Mendengar Luahan Hati..
Sentiasa Bersama Ketika Masalah Melanda...
Terima Kasih Ya Allah Atas Anugerah Ini .
Syukur Punya Sahabat Sejati .
Biarpun Ada Yang Iri Hati ,
Kami Berdoa Supaya Ianya Kekal Abadi.


Monday, July 22, 2013

Seluar Pheberett !

Morning Monday ! Bluess Cluess laa pagi ni . 

mane tak nya , pagi pagi datang opis , tengok meja selerak . siap ade conteng2 lagi . nak ngamok takde orang . so mampu pendam & buat muka dengan makcik cleaner je lah . 

Entry ni bukan nak cerita pasal meja , tapi nak cerita pasal betapa kreatifnya aku & betapa rajinnya mak aku melayan aku .

Dipendekkan cerita pada entry Wordless Wednesday #62 aku ada post pasal seluar yang tetiba koyak atau pecah . sejak dah membesar dengan tak sengaja ni , koyak , pecah , tetas itu adalah perkara biasa bagi aku . malu tapi kena terima sape soh makan non stop

inilah rupa seluar aku yang pecah itu . lama lama makin besar pecahnya sebab aku memang suka seluar ni . seluar phebrett laa kata kan . So aku pun dapat idea , nak tampal koyak tu dengan kain perca , corak leopard tau ! minat sangat dengan leopard kan . tapi aku tak seteliti mak aku . lama2 kain perca tu pun ikut koyak sekali sebab aku jahit tak kuat (mak cakap) .

Pastu mak belek seluar tu , mak pun cakap , bagi mak laa . biar mak buat . nak letak love love . Aku pun diam dan cuba membayangkan , lalu masuk tidur dengan aman...

Esoknya balik kerja , tengok seluar tu dah ade atas kerusi . dan hasilnya .....taraaaa !
close up sikit ..hehe . siap jahit mesin kau ! mampooo ??!

dan aku pun pakai seluar ini ke mana mana dengan bangga . bestfriend tegur...siap nak suruh mak buat bentuk mickey mouse lagi ! HAHA !

Tenkiu mak....suka sangat !