Monday, July 29, 2013

Jerawat & Puncanya

Salam Isnin . Hari ni nak bercerita pasal jerawat . atau lebih dikenali sebagai Baby J . 

Minggu lepas wajah aku diserang baby J setelah sekian lama dia tak datang .

Sekali serang , nah dia bagi 3 terus . dua kat dagu , dua kat bibir . sakit nokkk !

Aku tau ape sebab mereka mereka ni tumbuh . Ni nak share dengan awak awak semua laa . 

Mungkin ramai yang dah tau , tapi aku nak share jugak untuk mereka mereka yang tak tahu dan nak tahu .

Ada ENAM kawasan pada muka kita yang menjadi kegemaran Baby J . Nak tau puncanya ? Jom Baca !

1 . JERAWAT DI DAHI
Jika Baby J datang beramai ramai di kawasan Dahi itu maknanya kita sedang mengalami tekanan . Maka , kita haruslah menjaga waktu tidur , mesti tidur awal & bangun awal jugak . paling penting , sentiasa kawal kemarahan supaya tekanan berkurangan .

2. JERAWAT DI HIDUNG
Blackheads & Whiteheads selalu bertepek kat kawasan ni . Punca dari cara kita mencuci muka , kadang2 kat celah hidung tu tertinggal . Baby J pun selalu menyelit kat celah hidung . Kalau ini berlaku , maknanya perut kita sedang bermasalah . Macam aku , selalu bermasalah dalam buang air besar , kadang kadang seminggu tak membuang , so Baby J akan tumbuh kat hidung . Caranya , kurangkan makan makanan sejuk & lebihkan makan makanan yang panas untuk sistem pencernaan yang lebih baik .

3. JERAWAT DI PIPI KANAN
Kemungkinan besar berkait dengan paru paru kita . Jaga & sayangilah paru paru anda . Kurangkan makan seafood kerana ianya akan memudahkan kita mendapat alahan . Macam aku , sejak puasa ni , kurang sikit makan seafood . hari hari ayam je kan . Boring !

4. JERAWAT DI PIPI KIRI
Ini pula berkaitan hati . Mungkin hati anda sedang bermasalah . ataupun darah anda mengandungi kadar toksin yang tinggi . kalau hati yang bermasalah , pandai pandai lah control mood yee . Jagalah hati , jangan kau kotori ! hehe

5. JERAWAT DI BIBIR
Macam yang aku alami minggu lepas , ni pun ada bekas lagi . ini mungkin disebabkan oleh ubat gigi . Untuk memperbaikinya , banyakkan makan buah buahan & makanan yang berserat tinggi . Juga sentiasa kawal rutin makanan dan sentiasa menjaga kebersihan mulut . (Selalu makan kat kedai lap mulut guna tisu kan , punya malas nak bangun g sinki)

6. JERAWAT DI DAGU
Ini menandakan period anda semakin hampir . So dah boleh prepare apa yang patut (macam nak bersalin laa pulak) . Jenis aku , minggu ni jerawat tumbuh , minggu depan baru period . gedik Baby J ni nak keluar awal awal .
Satu lagi masalah aku , baby J selalu bertepek kat cuping telinga . belah dalam . dah pergi jumpa dokter , dokter cakap itu adalah kelenjar lemak kulit . Tak serius pun . biasa saje . Alhamdulillah .








No comments: