Tuesday, July 2, 2013

Reward For Myself

Semalam Isnin . Aku terkena Monday Bluess . Sebab masih tak puas bergembira bersama cousin's dan anak anak aku . so semalam memang tak tengok blog . tengok kerja je , sampai pitam ! 

Ceritanya bermula di sini...........

Hari Sabtu lepas , kami sekeluarga bersiap dengan baju kurung yang sexy lagi menawan . dalam pukul 8.30 pagi bergerak ke Tangkak untuk menghadiri majlis perkahwinan ipar sepupu aku . Abah tak pegi sebab kena kerja . So kami naik kereta pakcik kami je , lagipun dia berdua dengan wife dia . Sampai je kat Tangkak dalam pukul 11 sebab berhenti makan & melencong ke Air Hitam . sempat lagi kann . Setiba di sana , berhenti tepi jalan sebab nak tunggu konvoi cousin's dari Banting , Selangor .
 bila bosan menunggu , ini lah jadinya . mak dengan anak , sama dengan . Hihi

Bila rombongan dari selangor dah sampai , first yang aku cari adalah.....Baby Khayla ! Nampak sifat keibuan yang terserlah . nampak tak muka mak macam bercakap dalam hati : "bila laa nak ada cucu sendiri" . Maka itu , wahai mak , izinkanlah daku bernikah . lalalalalalaaa
 Selesai sudah sesi mengisi perut , kami lepak dalam rumah pengantin . berborak dan berehat serta solat sementara tunggu pengantin sampai . Posing atas pelamin itu sudah semestinya ! hikhik
Bila pengantin dah sampai , pengantin makan , dan aku pun memulakan langkah menuju ke abang DJ . "abang...nak nyanyi" . lalalalala pilih lagu dan....menyanyi riang lah aku ! memang tak boleh nampak benda yang bernama microfon ! pedulik laa suara tak sedap janji hati puas . 
 Setelah selesai semuanya , maka bergeraklah kami merehatkan badan di homestay yang telah cousin sediakan . besar baq ang homestay tu . memang puas hati ! next time sewa homestay ni lagi please .

Malam itu , lepas maghrib , aku terus bersiap , get ready nak tengok big screen kat Dataran Tangkak . aku pesan , tayah bawak budak budak . tapi budak budak mana paham kan ? diorang tetap nak ikut . setibanya di sana , aku kecewa , sebabnya mane ade big screen ! ni medium screen ! nasib baik orang tak ramai . so aku layankan je lah . halftime je , bebudak dah mengaruk , merengek sakan , nk tido bagai . tengok je laa gambar kat bawah ni . mak mak diorang pun dah tak tahan , so decide : SEMUA BALIK ! tengok kat rumah je laa . nasib baik ade LIVE tau budak budak !

 Esoknya Ahad : Masa untuk berjalan & berhappy sakan !

Cuci mata dulu tengok tengok gambar kami :
 Me & Ica budak kuat gelak , Wak Long , Wak Long & Abang

Atas : me & lovely cousin's dr Banting
Bawah : Wak Ros , Wak Idah , Mummy , belakang tu cousin yg bertanggungjawab menguruskan kami . hihi

 Ini Family belah mak . ini baru separuh , ade lagi yang tak dapat datang . ada di Banting sana .

Picnic Time ! di Air Terjung Gunung Ledang .

Semua kanak kanak , ibu bapa dan semuanya memendam rasa nak mandi . tapi semua tak dibenarkan mandi sebab kita nak shopping lepas ni , pastu nak gerak balik . kalau boleh taknak sampai rumah di malam hari sebab esoknya mau kerja .
 Tengoklah muka muka sedih tak dapat mandi . Ouh mummy ku takda gigi !

Usai berkelah dan mengisi perut , kami ke Bandar Tangkak , Bandar tekstil . Di sini , menjahanamkan duit aku . huhu . tapi eden puas . reward for myself .

 Setelah puas shopping dan bergembira , kami bergerak pulang ke rumah masing masing . tidak lupa sesi air mata yang berlaku di Car Park . Tapi aku jiwa kental , tak nanges beb . huhu . Next planning bulan 12 ke Tangkak lagi katanya . Boleh jadi ke Tioman pula , atauuuuuuu ke mana kita wahai cousin cousin ku ?

Korang ade tempat best tak ? Leh suggest kan untuk family aku yang ramai budak2 ni .

No comments: