Monday, October 17, 2016

Happy Birthday To Me & Him

Aku sejenis pekerja yang susah sangat nak amek cuti . bila hujung tahun , baki cuti memang berlambak ... entah la , rasa lagi bagus cuti tu aku simpan untuk benda yang penting penting .

September , bulan aku . bulan birthday aku . Mujibur kata dia nak datang Mersing , tiga hari . wahhh nak bercuti sekali ehh . yelaa orang tak pernah datang Mersing kannn . demi mu sayangku , aku amek cuti dua hari . memang suruh dia datang time hari kerja . bukan apa , Mersing ni kalau time cuti , pack . orang luar banyak datang .


paling best , hari selasa petang tu . bebudak office cakap - Selamat Bercuti Yana , Take Care . dan tetiba aku terharu . alahaii sweetnye kengkawan aku nii . besttt . dulu officemate tak best macam ni , sejak ada budak budak baru ni , aku makin happy.

Patut laa si Mujibur ni beria nak datang bulan 9 , rupanya dia nak celebrate birthday kita . sweet sangat lah dia niii . geram pulak kita ! hahaha . pandai betul dok pakat dengan adik adik , adik adik pun jenis dengar kata . ehh makin geram aku .


terima kasih yang tak terhingga buat kesayangan . terima kasih tunaikan impian saya . terima kasih buat saya happy sentiasa . terima kasih kat family dia jugak . happy birthday to me . imma happy girl !

 1 Oktober - keluar lepak dengan kawan kawan . yelaa aku cuti dua hari , tapi tak lepak pun dengan gadis gadis aku nii . nak lepak lepak santai jee . tetibe Pejah datang bawak kek , alahaiii ... terkejut dan termenangis kita . baiknyaaa sahabat sahabat saya . tak pernah lupa untuk celebrate birthday kita . saya sayang sahabat sahabat saya .


2 Oktober -  termengidam KFC . ajak dua gadis ni , laju je lah . Alhamdulillah . syukur punya sahabat yang sentiasa ada di sisi . kiranya seminggu ni , aku happy sangat lah . tak terkata . ni birthday paling best kot . ke tahun depan birthday paling best ? hahaha opps !


5 Oktober - September Babies Birthday Celebration oleh management . terkejut dan terharu sebenarnya . bulan bulan lain takde pulak diorang sambut . haiii , bertuah betul orang orang bulan 9 ni kan . hehehe . Thank you team !


dannnnnn.... birthday dia pulakk .

16 Oktober - kita kerja . dia kerja . memang tak boleh nak datang mengadap dia kat sana . ini je yang mampu kita buat . ALhamdulillah , dia terkejut & happy sangat . padan muka . orang dah kata jangan tidur , degil . kan dah kena snap muka bangun tido . tak sampai hati nak post . hahaha terpaksa tutup . sorry mujibur . paling kelakar , mak dia ingatkan dia ada perempuan lain , hahaha . Happy Birthday Tunang ! May Allah Bless You :)


Next month anniversary pulak . nak datang sana lah . suprise lagi !!

Friday, October 7, 2016

Abah Penerima Decoder MYTV 2016

Ternampak kawan post dekat fb , dia dapat decoder MYTV . saje je lah cuba nasib check No IC , mana lah tau kot aku antara penerima . tapi ini yang aku dapat ;


tak berapa nak kecewa sangat lah . sebab memang tak mengharap pun . tapi pagi tadi dapat call aku dapat pokok kurma . haaaa lagi 5 tahun aku jadi tauke kurma lah . jangan jelesss . okayy back to our story , apa yang aku tau ..MYTV ni dia macam Asterukk . tapi lagi bagus . hujan lebat pun kau boleh tengok cerita kegemaran kau dengan tenang .

Buat masa sekarang, saluran yang disiarkan menggunakan decoder MYTV ni ialah TV1, TV2, TV3, TVAlHijrah, NTV7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC) . Not bad lah kan . rumah aku pun selalu je layan TV3 . lagi best dari channel asterukk yang lain . hehe

Aku saja saja lah check No IC Mak dengan Abah . ehhhh Abah dapat lah ! waahhhh terus suka !


tak sabar nak balik , nak bagitau semua orang . hahaha excited sangat nih . tunggu jee laa erk decoder ni sampai kat rumah . tapi nak kena beli arial lah pulak . takpe , syukurrrr lah dapat . antara insan terpilih .

korang dah check ke belum ? yang belum tu meh laa check kat link bawah ni ;

http://mytvbroadcasting.my/index.php

atau sebarang pertanyaan boleh hubungi team MYTV di talian ;

1 300 80 6988


Thursday, October 6, 2016

Day Trip Kepulauan Mersing

2 September yang lalu . ya , cerita sebulan yang lalu . tak berapa nak basi sangat lah . kawan aku nak bawak geng geng cikgu dia jelajah kepulauan Mersing , nak memenuhkan bot , dia ajak laa kengkawan . nasib lah kengkawan memang kaki jalan jugak dan jenis layannn je kalau kawan kawan ajak . aku on je lah .


Total yang pergi 18 orang . kengkawan kami 8 orang je . so yang lagi 10 tu geng geng Cikgu Anep . cikgu cikgu dari Ca'ah Segamat , Johor . takde la jauh mana pun , jom jelajah kepulauan Mersing !


Syukur punya kawan lelaki yang kaki selfie ni . tiap saat diorang selfie , kita yang perempuan ni , tadah muka je lah . jimat battery phone .


Bertolak Jam 9 pagi dari Mersing .. dalam setengah jam je dah sampai di Pulau pertama - Pulau Hujung .


Aku memang suka laut , suka pantai , suka air . sampai jee.. terus terjun . tak tunggu dahh .. tengok tengok dah sampai tengah laut . tertinggal pulak sahabat aku si Ainul . dia memang takut takut lagi . belum cukup berani nak sampai tengah . snorkelling pun tak berapa pandai lagi , selalu tertelan air . hehe takpeee , lama lama pandai lah tuu .


Kan aku dah cakap , untung berkawan dengan lelaki kaki selfie . dalam air pun nak selfie jugak . sempat lagi aku selit ..


Satu pulau kita stay 2 jam tau . berendam lah sampai puas . sebab ni trip sehari je . takde tido tido ehh . 3 pulau dalam masa satu hari . Pukul 11.30 kitorang gerak ke Pulau Tengah pulak . time ni bot berhenti tengah laut . jadi sila terjun sendiri ye . jangan takut ...percaya pada life jacket . itulaaa ayat aku bila nak bagi semangat pada kengkawan .


setiap pitstop mesti selfie dulu sebagai kenangan . di setiap gambar ada ceritanya kann .



 gambar di snap oleh Ainul . masa ni dia tak turun . dah penat katanya . lagipun masa ni tengahari . matahari memang tengah tegak atas kepala . panas . tapi kita main air kan . tak rasa lah panas tu . balik nanti mendapatlah sunburn bagai . jangan tanya kenapa bertukar kulit lepasni . hehe



 Pitstop last . Pulau Besar . snorkelling dulu sekitar Pulau Besar .. wajibbb . group photo yang tak complete .



dah puas berendam . masing masing dah keluar macam macam aksi . main terjun terjun lah . selam kepala paling lama lah . kaki ku di muka mu lah . bontot belon lah . semua ada . macam macam ragam . dah penat semua naik ... boatman pun bawak pergi Pulau Besar . banyak resort kat sana . dia bagi pergi toilet dan lunch , sambil rehat rehat .



lepak lepak borak borak . ni kawan sejak dari sekolah rendah lagi tau . masing masing dah berjaya . ada kerjaya masing masing . Alhamdulillah .


nice trip guys ! pukul 4 petang kitorang dah selamat sampai Mersing... mandi mandi , solat.. bersiap nak layan tetamu pergi makan malam pulak . bawak diorang makan kat Medan Ikan Bakar Endau . walau jauh ku gagah kan jua . bestt , tetamu happy . kenyang perut suka hati walaupun kulit dah bertukar warna .


ni antara tetamu kami . yang lain taktau hilang ke mana . kawan baru . insyaallah next trip boleh bersama lagi .


ni lah bff aku . si Ainul . nampak tak dua dua dah berubah warna kulit . merah padam . terbakar betul tuuu . nasib baik aku jenis sekejap je gelap . sekejap je back to normal . takde lah rasa sedih sangat kan .


dan ini gambar paling cantik . Kami BrotherSisterHood . semoga kenangan ini akan kekal selamanya .

Next trip nak join trip kepulauan mersing jugak . tapi nak join yang ada siap hiking & BBQ sekali . bila kita dah rasa sendiri , baru boleh yakin nak ajak kengkawan lain . jom jom !!