Thursday, October 6, 2016

Day Trip Kepulauan Mersing

2 September yang lalu . ya , cerita sebulan yang lalu . tak berapa nak basi sangat lah . kawan aku nak bawak geng geng cikgu dia jelajah kepulauan Mersing , nak memenuhkan bot , dia ajak laa kengkawan . nasib lah kengkawan memang kaki jalan jugak dan jenis layannn je kalau kawan kawan ajak . aku on je lah .


Total yang pergi 18 orang . kengkawan kami 8 orang je . so yang lagi 10 tu geng geng Cikgu Anep . cikgu cikgu dari Ca'ah Segamat , Johor . takde la jauh mana pun , jom jelajah kepulauan Mersing !


Syukur punya kawan lelaki yang kaki selfie ni . tiap saat diorang selfie , kita yang perempuan ni , tadah muka je lah . jimat battery phone .


Bertolak Jam 9 pagi dari Mersing .. dalam setengah jam je dah sampai di Pulau pertama - Pulau Hujung .


Aku memang suka laut , suka pantai , suka air . sampai jee.. terus terjun . tak tunggu dahh .. tengok tengok dah sampai tengah laut . tertinggal pulak sahabat aku si Ainul . dia memang takut takut lagi . belum cukup berani nak sampai tengah . snorkelling pun tak berapa pandai lagi , selalu tertelan air . hehe takpeee , lama lama pandai lah tuu .


Kan aku dah cakap , untung berkawan dengan lelaki kaki selfie . dalam air pun nak selfie jugak . sempat lagi aku selit ..


Satu pulau kita stay 2 jam tau . berendam lah sampai puas . sebab ni trip sehari je . takde tido tido ehh . 3 pulau dalam masa satu hari . Pukul 11.30 kitorang gerak ke Pulau Tengah pulak . time ni bot berhenti tengah laut . jadi sila terjun sendiri ye . jangan takut ...percaya pada life jacket . itulaaa ayat aku bila nak bagi semangat pada kengkawan .


setiap pitstop mesti selfie dulu sebagai kenangan . di setiap gambar ada ceritanya kann .



 gambar di snap oleh Ainul . masa ni dia tak turun . dah penat katanya . lagipun masa ni tengahari . matahari memang tengah tegak atas kepala . panas . tapi kita main air kan . tak rasa lah panas tu . balik nanti mendapatlah sunburn bagai . jangan tanya kenapa bertukar kulit lepasni . hehe



 Pitstop last . Pulau Besar . snorkelling dulu sekitar Pulau Besar .. wajibbb . group photo yang tak complete .



dah puas berendam . masing masing dah keluar macam macam aksi . main terjun terjun lah . selam kepala paling lama lah . kaki ku di muka mu lah . bontot belon lah . semua ada . macam macam ragam . dah penat semua naik ... boatman pun bawak pergi Pulau Besar . banyak resort kat sana . dia bagi pergi toilet dan lunch , sambil rehat rehat .



lepak lepak borak borak . ni kawan sejak dari sekolah rendah lagi tau . masing masing dah berjaya . ada kerjaya masing masing . Alhamdulillah .


nice trip guys ! pukul 4 petang kitorang dah selamat sampai Mersing... mandi mandi , solat.. bersiap nak layan tetamu pergi makan malam pulak . bawak diorang makan kat Medan Ikan Bakar Endau . walau jauh ku gagah kan jua . bestt , tetamu happy . kenyang perut suka hati walaupun kulit dah bertukar warna .


ni antara tetamu kami . yang lain taktau hilang ke mana . kawan baru . insyaallah next trip boleh bersama lagi .


ni lah bff aku . si Ainul . nampak tak dua dua dah berubah warna kulit . merah padam . terbakar betul tuuu . nasib baik aku jenis sekejap je gelap . sekejap je back to normal . takde lah rasa sedih sangat kan .


dan ini gambar paling cantik . Kami BrotherSisterHood . semoga kenangan ini akan kekal selamanya .

Next trip nak join trip kepulauan mersing jugak . tapi nak join yang ada siap hiking & BBQ sekali . bila kita dah rasa sendiri , baru boleh yakin nak ajak kengkawan lain . jom jom !!

No comments: