Tuesday, March 6, 2018

Perth, Western Australia - Day Two

Hari Kedua , pukul 5 pagi bilik dah kena gegar . Si bujang bujang tu dah ajak merayap . Tapi diorang dah siap mandi . Aku kan perempuan , haruslah lambat . Maka dengan tak mandinya aku turun ikut diorang merayap .










ehhh , tapi tak mandi pun cantik kan ? best laa keluar pagi pagi . time ni boleh tengok warga Perth baru nak keluar pergi kerja . yang jalan kaki sikit punya laju jalan , macam berlari pun ada . kitorang ada lah jugak try jalan macam diorang , semput weii ! tapi memang tu lah budaya diorang kan .

Dah puas jalan pagi tu , balik hotel semula untuk breakfast . aku cepat cepat naik bilik mandi mandi , dan bersiap untuk breakfast . sempat wehh , apa yang tak sempatnye . macam ni lah cara bercuti yang betul . hehe . 


Kitorang Naik Cruise dekat Mandurah . Nak pergi tengok Dolphin . Dalam kepala otak kitorang ni , nampak laa Dolphin tu melompat lompat , tergedik gedik kemain banyak . Rupanya orang tu cakap sekarang musim sejuk , Dolphin banyak menyorok , macam bawah jambatan ke .. gitu laa .. 

tapi dapat jugak la kitorang tengok depan mata , dalam 5-6 ekor Dolphin melompat . takde la pulang dengan perasaan hampa sangat kann . Not bad laa , thanks Dolphin !


Kemudian kitorang bergerak ke Hillarys Boat Harbour & AQWA - The Aquarium of Western Australia . Kat sini boleh tengok pantai dia . Ada aquarium besar , kalau kat KL macam Aquaria tu laa . konon konon nak masuk , tapi mahal la pulak , terus tak jadi . so habiskan masa dengan melepak je dekat Harbour tu . ada macam mini waterpark jugak dalam tu . tengok anak anak mat salleh mandi , sebab time tu diorang cuti sekolah .

Petang tu, lepas dinner aktiviti bebas.. Orang lain semua naik bilik . Kau rasa aku nak ikut diorang ? memang tak laaa . awal lagi kot , jommm merayap !



Takde ke mana pun, cuma jalan jalan tengok barang , survey survey dulu apa yang patut.. Nanti dah nak balik baru shopping sakan kan .

Malam tu sambung lagi jalan jalan , sampai penat . Balik rehat & tido . Kumpul tenaga untuk merayap esok pulakkk .

Sambung Day Three next entry !



Monday, November 27, 2017

Perth, Western Australia - Day One

Seminggu sebelum kawen , sempat lagi join company trip ke Perth . Dengar macam tak logik kan ? dah nak kawen kot , sempat je kau nak merayap . nak buat macam mana , dah company sponsor , layankan je lah . tak pergi , rugi . hehe .


Ada dua trip , so aku dalam trip pertama . Sampai awal sikit la . sempat tido sekejap , sempat rehat . Esoknya trip kedua sampai , terus jalan jalan . kesian diorang tak mandi . hahaha !

First sekali jalan jalan lepak lepak dekat King's Park & Botanic Garden














Siang hari first , aku memang tak pakai sweater . Orang semua pelik kenapa aku tak sejuk . Slumber je aku berjalan dengan baju RM10 , jalan jalan kat Perth . sebab memang aku tak rasa sejuk pun . Cuma bila angin bertiup , rasa jugak la sejuk dia . tapi belum tahap gigil lagi laa . hehe


Waktu malam takde aktiviti . Free & easy . Tapi sejenis kaki rayap macam aku takkan nak duduk diam kan ? Dah datang jauh jauh , takkan nak lepak hotel je . Tengok cuaca pun sejuk , sarung sweater , turun laaa merayap dengan budak budak ni . Tengok tempat orang . 




Dapat lah tengok tempat orang waktu malam . Rupanya kat sini , malam dia pendek . Pukul 6.30 kedai semua dah tutup . Diorang tido awal sebab kat Perth ni , pukul 5 subuh dah terang macam pukul 7 . Jadi automatik kat sini pukul 9 pun dah kena tidur . simpan tenaga untuk bangun awal esok .


Thursday, November 23, 2017

Birthday 2017 - Birthday Last Sebagai Bujang

Alhamdulillah , pada usia 27 tahun , dikurniakan kesihatan yang berpanjangan , sahabat sahabat yang selalu ada tika susah senang , keluarga yang sentiasa menyayangi diri ini . Syukur Ya Allah .

dua minggu sebelum birthday , girlfriends dah book awal awal , ajak jalan jalan JB . aku pun dah lama tak merayap , on je lahh . kebetulan pulak birthday jatuh hari sabtu . ikut plan asal , nak nikah time ni , tapi sebab Encik Tunang baru sangat balik dari Makkah , takut terkejar kejar nak uruskan macam macam kann .

Tak sangka pulak , tengah makan dapat suprise . dan kebetulan jugak sama tema dengan tudung . so sweet kan . hehe . pastu diorang dera laa aku ke sana ke sini bawak chocolate bouquet dengan belon tu . semua orang tengok , buat muka taktau malu je lah kan .



Terima kasih laa untuk sambutan yang simple tapi seronok ni . kenyang perut suka hati . makan sedap , kek sedap , kawan kawan sedap , ehh ! hahahaha . tenkiu girlfriends !

Malam tu pulak sambung lagi sambut birthday dengan bff aku yang sorang tu . Merajuk kena tinggal , dia sanggup tunggu kitorang sampai dari JB . nak sambut birthday kembar aku sekali . Deq Aida . dah lama berkawan tapi tak pernah sambut birthday sama walaupun dah lama tahu memang birthday kitorang sama . cewahh !



30 September , Birthday Girls . Love You Adik .

Tengah lepak santai makan kat sini , ada pulak orang datang buat suprise . Datang hantar sandwich and mini burger , dari Wedidng Planner kesayangan kita . terharu tauuu ! gigih tunggu kita balik dari JB .


Minggu depannya , dua ketul ni beria tanya bila free . nak ajak lepak lah ape lah . sebab aku memang sangat busy , sibuk dengan meniaga lagi kann . Rupanya si kecik Ammar tu nak buat suprise untuk aku . alahaii terharunya kita . padahal kalau jumpa selalu bergaduh , tapi dia tetap nak happy kan kita . Tenkiuuu Ammar Zafran .


Dan , lagi empat hari nak kawen , dua ketul ni buat suprise lagi . Ajak dinner , tapi tetiba ada orang datang bawak sepotong kek . siap nyanyi lagu birthday lagi . birthday dah nak sebulan , sempat je diorang nak celebrate kan . Ya Allah , terima kasih kurniakan aku orang yang baik baik seperti mereka ini . Sambil sambut birthday , sambil meluahkan perasaan . Terjadilah episod air mata sikit . Alahai bestfriend , walaupun aku dah kawen , korang tetap bff aku sampai bila bila .

Semua orang tahu , Mak tahu , Abah tau , Encik Suami pun tahu , aku memang banyak dan lebih rapat dengan kawan lelaki . kawan perempuan boleh kira dengan jari . Janji pandai jaga batas , tu je . Sekarang ni , nak buat pape , ingat suami . hehe .

p/s : tahun depan celebrate birthday dengan suami . best ke tak best erk ?