Sunday, March 31, 2013

Kesayangan Hamba

Meet my lil Princess , Najah Nur Qaisyah . 
 tengah main , tetiba meniarap dan acah acah nangis . omel omel sangat ticot angah ni !
Sangat sayang kica , masa baby dia slalu nanges bila aku nak amek dia , sekarang , pantang nampak , mesti nak pelok . kica sangat manja dengan aku . anak anak yg lain manja jugak , tp kica ni lain . mungkin sebab kica selalu kena tinggal dengan umi , tu dia tumpang kasih sayang dengan aku . sebab aku suka melayan dia .

Saturday, March 30, 2013

Order Again . The Ribbon's

Alhamdulillah , walaupun dah jarang update kat page pasal new product , tetap ada customer yang repeat order . Tengs to Eyka Aini . Kali ni order untuk special one . Sempena Birthday Hubby .
Customer nak simple but nice . Alhamdulillah , dengan tempoh yg singkat , dapat jugak kami siapkan . Dan Syukur Alhamdulillah , customer juga suka .


Friday, March 29, 2013

Program Merakyatkan Seni Budaya 1 Malaysia

Pada 12 Mac yang lalu , terlibat dengan :
PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA KOMUNITI 1 MALAYSIA "MENYUSUR SUNGAI" BERSAMA YB DATO SERI UTAMA DR RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA . ANJURAN JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI JOHOR .
 *fuhhh satu nafas ! 

Sementara menunggu ketibaan YB , kami merayau dan melepak di kawasan sekitar , tetiba nampak artis artis kat bawah ni , ye ye diorang lambai kat aku , nak amek gambar dengan aku yang super cantik ni *perasan* . aku layankan je , orang dah ajak bergambar , ye dak ?
Ini Abon , dia kata muka dia macam Aaron . layan je lah .
 Ni bukti dia sebenarnya yg nak bergambar dengan aku . siap letak tangan kat bahu . Ini Syura . 
 Ini Sathia . Dia cakap aku super cantik dan sangat segan nak bergambar dengan aku *ini poyo*

Antara Aktiviti Yang Disediakan :
Menyusur Sungai Johor
Lawatan ke Tapak Bersejarah
Jamuan Kenduri Rakyat
Gotong Royong
'Sentuhan Mesra'
Persembahan Kesenian
Artis Jemputan *aku lah tu*
 saje snap pic budak2 ni . aku tak suka budak yg tengah tu . sebab bila aku pandang dia , dia buat muka bajet SANGAT KACAK . siap muncung mulut nak COVER . sumpah aku tak suka dia
 ini mak ani . mak ani sangat bersemangat ye . dia jiran aku yg cool bebeh . dia selalu tanya bila aku nak kawen . suruh aku cari laki yg kaya kaya .
 Ketibaab YB DATO SERI UTAMA DR RAIS YATIM
kebelakangan ni memang sangat banyak aktiviti , event segala . kesian hubby dibiarkan begitu saja . syukur hubby sangat memahami . Tenkiu ATH .

Tuesday, March 26, 2013

Wedding Geng Scoot~

Setiap bulan , ade je update pasal wedding kawan kan ? kali ni wedding kawan baik , rasanya baru semalam pergi majlis tunang dia . tuptup , arini dia sudah kawen laa . 

Majlis Berlangsung Pada 23FEBRUARI2013 . Tahniah Fana & Husband . Semoga Kekal Hingga ke Jannah . Marilah lihatgambar gambar kami yang cantik ini .

Dari Kiri : Aku , Fana , Fuah , Nadia .

Baju Pengantin Yang Sangat Cantik . Pelamin Pun Sangat Cantik ! Sangat Suka ! Cepatlah Turn Aku !

Monday, March 25, 2013

Facial Treatment Dalam Sauna ?

Lagi entry berhabuk tahap cipan . Bulan lepas , kawan aku nak buat sauna , dia ajak aku teman , alang alang teman , takkan nak duduk saje ye dak ? baik aku buat sesuatu . apakah sesuatu itu ? facial lah , lama dah muka aku tak kena sental ni haa . Layan gambar je lah ye , facial , semua orang buat , nak jaga muka lah katakan .
 nampak tak kawan aku nga tersenyum dalam tu , tatau menitik nitik dah peluh dia . huhu
 Kak Biha ni memang suka tang picit jerawat , huhu . dia cakap , aku ni parut je yang banyak , jerawat tak berapa nak ade .
 Aku tau Nadia dah siap , dia laa yang snap , sambil kacau aku . aku pun senyum je lah !
 tengok la , kau buat macam kat rumah pulak kan , siap lipat kaki .
masa muka tengah keras ni , si Nadia pegi buat lawak bangang ! memang mintak kaki !

Kak Biha ni baru je bukak spa , hasilnya biasa je , tak sehebat spa lain yg aku penah cuba , agak2 bosan , sambil2 lepak boleh laa buat facial kat Kak Biha ni .

Sunday, March 24, 2013

Majlis Siapa Ni ?

Telur ? Banyak2 nak buat apa ? ade kenduri ke ?
laaa...jiran jiran datang tolong buat bunga telur pulak ? ade ape ni ?
 ehhh , anak umi omelomel ni pun tolong ke ? tolong minum air ehh ? sayang qisya !
 wahhh , merah bunga telur , kaler kegemaran masa kini !
 sudah siap untuk di paharkan . majlis sape sebenarnya ni ?
 ada pulak kaler coklat , sangat cantik !
cantik letaknya di dalam rumah , ehhh mak nak buat ape ni ?





Ohhh . untuk majlis khatam adik aku yg berdua tu , pelik  , rasanya dah setahun dah bidak berdua ni khatam al-Quran , kenapa baru nak buat majlisnya ? Rupanya ,kat Felda Nitar ade Program Khatam Beramai-Ramai , So Tok Khamis aka Tok Guru Ngaji ni soh diorang khatam sekali . Sayangnya daku tak dapat pegi sebab mereka pergi ramai2 , kereta tak muat . sobsob . sedihh .


Saturday, March 23, 2013

Hobi Baru ~

Hobi baru yang tak berapa nak hobi , lebih kepada minat jika ada kelapanga dan peluang . *Kalau tak faham , buat2 je lah faham ye . Mula mula terjebak dengan 'benda' ni bila jiran aku tiap petang pegi pantai nak main 'benda' ni , mula mula aku rasa sangat annoying . tapi , lepas dia ajar aku main , aku jadi gian ! yes , sangat gian !

Apakah 'benda' itu ? LAYANG LAYANG BESAR ! Pengetahuan sikit ye , layang layang ni ada berat dia , ada 1.8 , 1.6 , 1.4 ...haa ni yg aku pernah try laa . yang 1.++ tu memang boleh buat aku menjerit dan terbang sekali . berat nok !
 ni masa mula2 nak setting layang2 ni .yg ni berat dia 1.6
 okayy , now get ready nak menerbangkan layang layang tersebut . ada gaya , tp laju sangat , tak sempat abang nak snap . hihi
 nahhh , ada nada riak di situ . jengjeng , aku hebat bermain ! tengah control angin tuu . Nadia sangat jeles bila tau aku hebat main layang layang ni yee . ehemm ehemm 
 masa ni air surut , boleh laa main sampai ke tengah . kami main kat Pantai Teluk Sari , pantai ni syok , sunyi , orang tak berapa nak ada , hihi
haa ni sesi memusingkan layang2 , setakat ni dah pandai mendaratkan dengan cantik , dah pandai buat  ala2 cecah air , cuma masih tak reti nak buat pusingan , tak pandai nak control layang2 nak acah2 kat budak2 . hehe . tu je . 

Jom laa siapa yang minat layang layang , jom join !