Friday, March 8, 2013

Petua Hilangkan Dengkuran Ketika Tidur

Yes , memang aku mengaku , aku memang berdengkur time tidur . Sebab utama dengkuran ni adalah maslaah pernafasan . Aku memang ada resdung , memang salah satu masalah berkaitan hidung dan mulut . So , tak heran lah kalau berdengkur tu . Tapi semalam , mak & abah tegur , mereka cakap dengkuran aku makin kuat , sampai tidur mak aku terganggu , *aku kan tidur dengan mak . hehe . So maafkan saya ye mak . Tengah syok tidur memang tak dengar ape lah kan . 

So aku pun menggoogle lah segala petua . Dan ini aku nak share kepada readers semua *cakap macam kau banyak readers je kan * . Aku harap petua ni semua berkesan jugak untuk aku . Insyaallah . Amin .

Antara petuanya :
1 . Hilangkan lemak berlebihan dalam badan dengan cara bersenam , kurangkan makanan terutama yang berlemak . Apabila lemak berkurangan di bahagian tekak , ia dapat meluaskan saluran pernafasan dan menghindari dengkuran . *weekend je lah dapat bersenam , itu pun kalau rajin*

2. Jauhkan diri daripada pencetus dengkuran iaitu alkohol , pil tidur atau ubat-ubatan yang berkaitan . Dadah seperti itu akan menambah kadar kerehatan otot di hidung dan tekak . Menjauhkan bahan itu dapat menghalang ia daripada mengecilkan saluran pernafasan . *aku selalu makan pil selesema time nak tidur*

3. Biasakan tidur mengiring dan elak daripada terlentang . cara tidur begini dapat menjauhkan lidah dari tekak lantas memberi ruang yang lebih luas di bahagian tekak untuk mengalir udara . *mula2 tidur memang mengiring , pastu tak sedar ape dah , bangun pagi dalam keadaan terlentang*

4. Atasi masalah alahan , Jika anda alah kepada habuk atau bau tertentu , hapuskan habuk dan bau itu daripada persekitaran rumah anda . Alahan akan mengganggu tisu hidung dan tekak . *habuk memang lah payah nak buang*

5. Tinggikan kedudukan kepala dengan bantal ketika tidur . Ini dapat memberi ruang yang lebih besar di saluran pernafasan . *kene beli bantal baru yang tinggi sikit lah kan*

6. Tetapkan jadual tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari . ini dapat menetapkan kadar pernafasan dan mengurangkan dengkuran . *jadual tidur aku dah tunggang langgang , kena susun balik ni*

7.  Jauhi rokok . mengurangkan asap rokok dapat meminimumkan lelehan bengkak pada tidu hidung dan tenggorok . *aku memang tak merokok , tapi perokok selalu isap rokok depan aku*

8. Lekatkan pelekat hidung sebelum tidur , lekatkan dengan cara yang boleh menarik hidung anda keluar dan ke atas . pelekat ini dapat menarik hidung anda keluar . ini akan membuka saluran pernafasan hidung dengan lebih besar .*kena tanya akak ni , kat guardian ade tak ?*

9. Amalkan teknik menarik nafas dalam dalam . *kena buat selalu neh , innnnnn , outtttt*

10. Buat pemeriksaan tonsil . *paling lemah nak jumpa dokter , tapi kena pegi jugak*

Ini pula petua kampung laa kata orang . hehe :
1. Sediakan 7 biji badam . Basuh , keringkan dan hancurkan hingga lumat . campurkan badam yang telah ditumbuk lumat ke dalam segelas susu panas . Amalkan minum setiap malam sebelum tidur .

2. Sediakan dua ruas kunyit hidup . Kupas kulitnya , bersihkan dan hiris halus . Kemudian masukkan hirisan kunyit itu ke dalam segelas air suam . Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati . Amalkan minum setiap kali sebelum tidur .

Insyaallah berhasil . Buat aku : selamat mencuba , kena buat supaya tidur orang lain tidak terganggu .




19 comments:

Hawa said...

nasib kita same..aritu lg teruk kite tertido dlm opis waktu rehat...malu kowt kena tegur...amboi hawe letihnye....!! malunyerrrrr

yana_popeye said...

bila di fikirkan memang malu , tapi kita tak mintak jadi macam tu . semuanya ketentuan Allah . jadi guna la petua yg ada ni untuk mengurangkan seterusnya menghilangkannya . good luck !

Hani Othman said...

Thanks for the tips.. boleh try nanti.. saya dah makin teruk.. mayb sbb resdung kot

yana_popeye said...

goodluck dear ~!

Violet Manis said...

roomate ana ad masalah nh. kadang2 kuat glerr. sampai rase takut plak nk mendengarnyer,. kot2 masuk antu ke (hee gurau jek) ana da penah tegur die pasal dengkur tue. die ckp die x dengkur pon n mungkin die penat sgt..sampai leh berdengkur *mcm mane nh* ana nh org yg senang jaga. even munyik jam berdetik pon bole jaga. :'( macam mane ye nk ckp dgn roomate? lately nh x leh tdo. g opis muke da mcm zombie da. tsk tsk,

yana_popeye said...

kadang2 kita pun tak sedar yg kita no berdengkur . orang yg tidur dengan kita (roomate) je yg sedar . dalam kes ana ni , mybe ana leh nasihat dia or....suruh dia baca post ni ! mane tau kan

siti fairuz nurain hasanudin said...

Mmg malu bile dengkur...
Huhu... kekdng kne ejek... waaa

jamaliah majid said...

As salam...badam tu campur susu panas tu...x kisah susu apa ya?

terima kasih

jamaliah majid said...

as salam..kacang badam tu campur kan susu x kira susu apa ya.
terima kasih.

jamaliah majid said...

as salam, nak tanya kacang badam tu campur susu x kira susu apa-apa ya.

terima kasih.

Alia Fazani said...

En.husben slalu bdengkur..smpi tido kte tganggu tiap2 mlm..bgn pg msti letih.hope petua ni bole selesaikan mslh sy

zamdina said...

Salam.. nak senang lagi beli jer serbuk badam campur terus dgn susu.. saya beli susu dutch lady kotak jer tadaaaa... senang..

Nur Diana said...

InsyaAllah boleh diamalkan.. Risau juga..sebab dengkur kadang2 kuat... Kalau senang-senang jemput lawat kindhearty.blogspot.com. Tq :)

Bro Nasa said...

Aku pon ada masalah mcm ni.. Dulu kata masalah berat badan..so aku diet n dpt turunkan 10kg tp tidor masih dengkur jgk.. Kdg2 malu jgk bila kawan tegur...

Atie Ika said...

Assalam...
boleh cuba atasi masalah tidur berdengkur dgn Vitamin E Complex SHAKLEE...insyAllah membantu ^_^
Nak amalkan petua2 tue mesti ssh nak istiqomah kan..kdg2 tgh2 tido terubah posisi tnpa sedar,kdg2 ttido sblm sempat minum susu, badam dan lain2...
blh sms/whatsapp sy untuk pertanyaan dan tempahan...0148216308

Budak sura said...

Haha....ingt laki jer berdekur...

angah kamal said...

Sy pun mengalami nasib sama..malu la bila org tegur..bukan kite nk tido bdengkur..hmm

Farha IbuCergas said...

Hehehe.. kesian sebenarnya pada yang berdengkur. Dah lah badan tak dapat tidur lena. Penat tau dan haus sangat tekak kalau berdengkur. Kita yang mendengar pon rasa penat. Haha. Tapi sama-samalah kita tolong kawan-kawan kita yang dengkur ni. Kalau boleh biarkan diorg tidur mengiring.

seputarkesehatan said...

Yang tidurnya masih mendengkur tengok solusinya di site bawah ini
Tidur Mendengkur
Mendengkur
Cegah Dengkur