Tuesday, July 30, 2013

Menu Menarik Hati Anak Anak

Salam Selasa . Hujung minggu yang lalu , seperti biasa , adalah giliran aku untuk menyediakan menu berbuka . Jadi aku buat menu ringkas lagi menyelerakan , khas untuk anak anak dan adik adik . Tetiba tekak nak makan popia , kebetulan teringat resepi popia ketam yang Mama Zafirah share kat blog dia . Tapi popia aku takde laa seteliti popia Yana tu *ehh nama sama .
Aku just potong cheese panjang panjang pastu letak dan gulung . tak kuasa aku nak parut bagai . masuk mulut hancur jugak kan . hehe .
gigih laa aku buat popia ketam dengan popia sayur ni . macam orang nak meniaga dah haa . nasib baik jiran belakang rumah tak meniaga dah , kalau tak , memang aku letak popia aku ni kat kedai dia . hihi .
Popia sayur tu macam biasalah , isi dia taugeh , timun , lobak merah dengan telur , ohh letak lada sikit bagi rasa pedas . pastu gulung gulung . siap ! mak mampu tengok je sebab dia sibuk menjahit . kang tak siap baju raya orang kan .
taraaa ..ini lah hasilnya . 26 sayur , 24 ketam . cukup untuk dua hari . adik adik cakap sedap ! nanti buat lagi . ohhh terima kasih adik adik kerana menghargai air tangan kakak mu ini . haha !

No comments: