Monday, September 8, 2014

Jenjalan Sarawak - Part 3

Hye uolls ! Haaa sampai pun part 3 . Walaupun lambat sikit kan . Biasalaa Ahad . Hari untuk berehat . Tapi tak rehat jugak . Semalam pergi ziarah kawan aku meninggal . Kemalangan . Nanti aku up entry pasal dia ehh . Alfatihah .

Okayy sambung cerita pasal Sarawak . Hari ketiga pepagi lagi kitorang dah bangun . Semangat nak jalan jalan kan . Lepas sarapan , kitorang terus gerak ke Jong's Crocodile . Pergi tengok buaya katanya !
Posing kejap sebelum berjumpa incik buaya ! Haha . Tempat dia ala ala zoo jugak laa . Cuma tak banyak binatang . Tapi babi ada banyak tau ! Seronok tengok babi . Pastu boleh sebut babi sesuka hati . Keji sangat perangai tu kann . 
Nah .. Tengok lah babi ni . Babi kecik . Babi besor semua ada . Ehhh dah laa. , ni taman buaya bukan taman babi .

Kitorang sempat tengok pertunjukan buaya . Time diorang bagi makan . So dapat la tengok buaya melompat . Dan cara dia attack makanan dia . So lepas ni kalau jumpa buaya , dah tau camne nak alih perhatian dia . Hehe . Confident sangat kannn . 
Lepas tengok buaya . Kitorang gerak ke Bandar Kuching untuk shopping ! Yeayyy shopping time ! Kopak duit ! Perabis semua nak dibelinya . 
Menyeberang Sungai Sarawak untuk kali kedua . Seronok sangat lah kan . Tambang 50sen sahaja . 
Muka happy je masing masing dapat jalan jalan . Shopping sakan . Beli ole ole untuk mereka di Semenanjung . Cewahhh !

Yang ni paling aku kagum giler . Buah durian dia bapak besar weii kat sini . Dah laa sedap nak arwah . Lemak lemak manis . Seulas dia besar gila ! Family Nurul tinggalkan dua ulas . Untuk aku & Sue . Tapi Sue kan tak makan durian . Maka dua ulas tu aku yang punya ! Heaven gila ah !
Kau nampak ? Rugi tak bawak balik biji dia . Kalau tak , boleh tanam . 20 tahun lagi makan hasil dengan anak anak & cucu cucu . Tunggu laa ehh . Nanti suruh Nurul bawak balik . Hehe

Kitorang jalan jalan sampai maghrib . Lepas tu terus balik rumah . Sampai je rumah , masing masing dah kepenatan . Tidur awal lahhh sebab esok nya mau balik sudahhh ! Gudbye Sarawak !

okayyy ada part 4...kisah dalam flight pulak . tunggu tau !

No comments: