Monday, September 15, 2014

Jalan Jalan Sehari

Salam Isnin . Esok cuti . Ramai yang ambil cuti tersepit harini . Tapi aku tetap tabah bekerja . Esok nak topup tido sepuas hati . Nak cerita kisah jenjalan haritu . Tak jauh pun . Tanjung Piai je . Hujung Benua .

Kitorang ada group chat kat Telegram . Semua benda share kat situ . Even ada masalah cinta pun , boleh share kat situ . Ramai tukang jawab . So , nak dijadikan cerita . Malam tu masing masing deal nak berjalan esoknya . Sebab minggu lepas punya plan tak jadi kerana mereka tidur mati !! 

Pukul 8 lebih gerak ke Tanjung Piai . Sampai sana dah 11 lebih . Terus masuk dan jalan jalan . Enjoy uolls !
Nampak kan muka bahagia masing masing . Dan perlu ke aku membulatkan biji mata ku ? Tak paham ! Haha . Seronok jalan jalan . Baca macam macam info . Asal usul nama tanjung piai . First time datang sini . Nama je orang Johor . Memalukan sungguh laa . 
Selfie lah kami berempat . Pagi tu sempat jugak aku buatkan ubi goreng . Bawak bekal katanya . Lepas tu masing masing lawan kentut . Merasa lah kau . Kedian mereka tapi mereka bahagia . Apa kau merepek ni senah oiii !
Dan wajiblah selfie kat sini kan . Bukti dah sampai kat sini . Tiga jam jugak lah kitorang lepak kat sini . Pastu masing masing dah lapar , jom cari makanan dan balik !!
Sepanjang perjalanan balik , susah betul nak cari makanan . Nak kata cuti , takkan laa semua pakat tutup kedai . Jumpa satu kedai kat Pekan Nenas . Nasib baik sedap ! 

Perut dah kenyang , teruskan perjalanan balik ke Mersing . Memang takde singgah mana mana . Memang tuju Tanjung Piai . Tempat dia sangatlah best .  Kalau lah dekat , tiap kali tension mesti aku datang sini . Malangnya dia jauh . Nama pun hujung benua kan . 

No comments: