Tuesday, September 9, 2014

Jenjalan Sarawak - Part 4

Okayy yang ni part last . Benar sama sekali ini adalah part last untuk entry Jenjalan Sarawak . Part last ni takde nak cerita apa sangat . Sebab hari ke empat tu , bangun tido memang terus siap siap pergi airport . Flight pagi .

So , part last ni aku nak cerita kisah dalam flight . Rasa sangat bertuah , masa pergi ke Sibu , dapat FA yang sangat sangat baik dan peramah . Melayan kerenah diorang ni sampai aku takleh nak tido pun . Yelaa aku kan manusia yang suka tidur dalam kenderaan . Hehe . Tapi tak berpeluang pulak nak tidur dalam kapal terbang kali ni . 
Mula mula aku terpandang dia sebelum masuk flight . Aku dah cakap kat diorang , ensem mamat ni . Fayash nama dia . Dalam flight tu dia celebrate birthday sorang penumpang ni . Memang best giler ! Sempat tak cari tiket flight untuk hujung bulan ni ? Nak tebang jugak laa . Mana tau diorang celebrate birthday aku pulak . Sweet kan ? 

Lepastu si Fayash ni nyanyi lagu tanya sama pokok . Nak kutip sampah pun dia sempat melawak . Mana laaa aku tak jatuh hati kat dia ni . Cewahh ! Pastu dia jalan promote barang Air Asia . Aku pun dengan muka tak malu cakap kat dia - "jom selfie" , sambil hulur fon aku kat dia . Dia pun cakap - "ehh jom laa" , sambil capai fon aku dan snap !!
Ohh goshhh ! Sporting gila si comel ni . Nak je aku picit picit . Ada satu gambar muka dia , dia tersnap . Tapi taknak tunjuk kat korang . Aku simpan buat tido . Sebelum tido tengok muka dia . Kau rase ? Haha keji sangat perangai ni kan .

Happy laa dapat FA peramah macam ni . Lain pulak macam FA flight balik johor tu . Dah la tak peramah . Tak cantik pulak tu . Muka boleh tahan hensem , tapi sombong . Nak je aku lempang lempang muka dia . Berlagak sangat muka dia hokeyyy !

Flight balik tu , kitorang duduk seat no 6 . Kira agak depan lah jugak kan . Tapi sampai kat kitorang , makanan dah habis . Dah laa lapar gila . Makanan habis pulak . Sudahnya makan maggi je lah . 
Motif gambar - nak tunjuk kat mak bahawa anak dia makan meggi je dalam flight . Meggi yang berharga rm7 . Sup dia aku hirup hingga ketitisan terakhir . Sebab harga meggi rm7 tu . Wakaka ! Sebab kalau makan berat , tak terasa sangat even bayar mahal pun ! Aku tak puas hati sebab makanan habis ! 
Dan ini muka bahagia , flight safely landed . Masa kitorang sampai ni , Malaysia tengah berkabung . Jenazah jenazah flight MH17 sampai . Tapi kat JB takde . Tapi aku pakai pakaian berkabung tau . Warna suram . 

End of this post . Thank you Air Asia . Thank You family Nurul . Thank You family Lizan . Thank you Sue , Yunice & Sim . Thank You Fayash ! Gonna mish you and hope to see you again & again ! 

No comments: