Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan Tiba !

hye semua ! Alhamdulillah kita dah sampai bulan Ramadhan . hari ni genap seminggu kita berpuasa . sekejap je kan ? tiga minggu lagi nak raya . gittew !

Sempena bulan puasa ni , aku buat cabaran untuk diri aku sendiri . cabaran apa ? Cabaran Isteriku Pandai Masak . haaa , idea tercetus dari drama Isteriku Bukan Tukang Masak . lawak betul cerita tu dan ada pengajarannya .

Jadi , aku cabar diri aku sendiri untuk masak seberapa banyak yang boleh , kalau rajin masak tiap hari , kalau malas tak payah masak . haha . setakat ni , dua menu dah aku buat . yang jadi mangsa untuk rasa dan komen - adik adik aku lah . yeahh !
 #episod 1 : Roti Piza Campak Campak Tapi Sedap

jumpa resepi pemalas ni kat fesbuk la , fesbuk kan dah banyak orang share resepi . apa susah , screenshot , beli barang dan buat . jadi tak jadi bergantung kepada kehebatan korang . hikss !

#episod 2 : Ayam Masak Manis Pedas Terlebih Gula Melaka 

yang ni , aku mintak resepi dengan jiran belakang rumah . haritu masa majlis tunang adik dia , dia masak lauk ni sedap giler . rasa pedas manis dia cukup . so aku nak laa try . tapi cubaan kali pertama ni tak berapa nak menjadi . standard lah kan , baru first time buat , takkan terus jadi kan ? haha not bad . tapi pengkomen pengkomen kat fesbuk , wechat & insta cakap - nampak sedap ! deyyy , aku masak mana penah tak sedap ! ok tak kelakar !

so , menu harini atau esok dan esok ...apaaaa yaa ? korang ada idea ? meh laa share .


No comments: