Monday, June 8, 2015

#Entry Throwback 11 - Pulau Besar , Mersing

8 - 10 Mei 2015

Dah sampai entry yang tak berapa nak throwback . hehe . entry Pulau lagi . kali ni aku ketua , bawak kawan kawan aku yang majoriti tak pernah pergi pulau . first time manage program sendiri , uruskan sendiri bilik , boat , makan . Alhamdulillah semua bagi kerjasama . best best . jom baca cerita Pulau Besar aku kali ini .

Hari pertama :
gerak dari mersing jam 2.30 petang , mengambil masa selama setangah jam untuk sampai ke Pulau Besar . seronok sebab dalam speedboat tu semua geng kita . 9 orang je , tapi meriah dia macam 90 orang . sangat happening !
sampai je terus masuk bilik , rehat rehat kejap . buat aktiviti pertama ! mandi laut ! yeayyy ! mana boleh tahan , tengok air sangat jernih , tambah pulak chalet yang kitorang pegi tu takde customer lain . chalet dia hujung sekali . memang aman , tenang , tanpa gangguan . kata owner chalet tu , korang nak memekak ke , nak mengaruk ke , suka hati korang lah . yeahhhh abang , itu lah yang kami nak dengar !
ya , hari first mandi memang masing masing tak salin baju . jimat baju katanya . buat apa susah susah nak kotorkan baju kan . esok dan esok nak berenang lagi . hehe .

sepanjang kitorang kat sini , makan semua kami masak sendiri . just sewa perkakas dapur siap gas semua hanya RM50 untuk tiga hari . puas hati masak sendiri . makan laa apa yang kami bawak , makan la banyak mana pun . pengalaman yang sangat best . masa ni lah kita boleh tengok sape pandai masak , sape malas , sape rajin . ewahh ewahh !

Lepas makan kitorang pergi mancing pulak . kat jeti . gambar takde sebab aku tengah excited memancing , ikan punyalah banyak , tapi takde yang sangkut . aku lebih kepada bersedekah . ya , sedekah amalan yang mulia . tahniah ikan ikan semua . fuhh ! memancing pun tak lama , sebab ikan ikan semua dah lari . dengar suara aku gelak kemain kuat . mati terkejut ikan ikan tu semua .

Hari kedua :
Lepas breakfast , kami siap siap tapau segala makanan yang ada , bersiap untuk pergi snorkeling . the best part yang kitorang sangat nantikan . memang tak sabar nak tunggu hari kedua ni . pagi pagi semua bersemangat , bangun awal , siapkan sarapan sama sama , pukul 10.30 gerak ke jeti dan ready to go !!
 macam biasa  , aku memang takde gambar tengah snorkeling , sebab aku lebih suka tatap keindahan khazanah laut dengan mata kepala aku sendiri . itu lebih memuaskan hati . dan akan aku ingat sampai bila bila . cewahh ! walaupun aku tak pandai berenang , tapi aku sangat suka snorkeling . terima kasih life jacket !

petang lepas Asar , kitorang jalan jalan sekitar Pulau Besar ni , tengok kampung orang , tengok resort resort lain yang ada . jauh jugak berjalan . Maghrib baru sampai chalet kitorang . the best moment dengan kawan kawan . seronok dapat spent time sama sama .

Hari ketiga :
Nak balik dah . hari last ni semua orang macam malas je nak bergerak . yelah , mana cukup 3 hari je kan . masing masing dah rapat , dah bergalak sama sama , sedih sama sama . yelah , sedih sebab go pro rosak masuk air , bukan murah ! tapi kenangan kita tetap abadi selamanya . Insyaallah aku akan plan next trip . nanti kita pegi jalan jalan lagi okayy .
haha korang jangan gelak tengok gambar ni . ni kes nak jimat baju . bangun tidur terus berlari terjun laut . sebelum balik wajib mandi lagi untuk kepuasan . sempat jugak belajar berenang sikit sikit . best sangat ! thank you best friend .
 Terima Kasih baut Bro Ricky & kawan dia yang sudi melayan kerenah kami selama 3 hari ni . best service . ada rezeki , kami datang lagi . memang best ! Thank you jugak untuk kawan kawan yang sudi bagi kerjasama dengan baik . enjoyy !


No comments: