Friday, April 18, 2014

Aku sorang je single !

Aku ni memang manusia yang suka update cerita minggu lepas . kebanyakkan cerita aku berlaku sabtu ahad , bila naik kerja hari isnin , kerja banyak , sampai takde masa nak update . sudahnya time hari jumaat yang panjang ni laa baru aku ada masa nak update . so korang layan je laa eh . hihi

11 April 2014 , kawan aku selamat di nikahkan dengan tiga kali lafaz . suaminya ada darah gemuruh , so tersasul sasul la jadinya . takpe Fiq , yang penting semua dah selamat . Alhamdulillah . yang kelakarnya , malam tu jugak dengan tiba tiba aku kena jadi pengapit si Azie ni . terpinga pinga aku sekejap . dok heret pengantin sana sini .

Malam tu lepas nikah , sesi berkaraoke laa . dan aku tak lepaskan peluang begitu sahaja . aku berduet dengan bapak pengantin ! haha !

Esoknya , deal dengan pengantin , memang aku lah pengapitnya , deal pulak dengan pengapit lelaki , pakai baju warna apa , biar gambar nampak cantik menarik dan tertarik kan . hihi . Kacak jugak pengapit lelaki dia . mihmihmih . mood gatal dah maiii dahhh .
nampak tak . kan cantik je . hitam sama hitam . gituuu . haha ! ehh jeling jeling jugak bantal warna pink aku tu . aku buat tau . aku buat ! hehe nak order jom lah ...

Lepas bersanding , kami the gadis gadis bawak pengantin pergi sesi outdoor ! photog nya orang luar , so dia tak tau sangat mana port menarik . so kami bawak lah . nasib baiklah aku ni banyak berkawan dengan photog photog area mersing ni , so tau la mana port menarik kan .
dan ini lah hasil outdoor kami . pengantin posing kat belakang , kami posing kat depan . big thanks to monopod . haha ! sapa kata monopod ni untuk yang suka selfie ? bagi aku monopod ni untuk group photo . tak payah susah susah nak suruh orang snap gambar kita . kau hulur je laa batang monopod tu . snap ! tapi sedih , iphone takde selftimer , so terpaksa guna camera 360 yang tak ori tu ! mencikk !
dan...bila ada majlis besar macam ni . masa ni jugak lah yang kami manfaatkan untuk berkumpul / happy sangat dapat jumpa kengkawan . masing masing dh merantau . duduk jauh . sesekali berjumpa , imma happy ! yeayy happy me ! hihi

To Azie & Fiq . tahniah korang . lama korang kawan akhirnya disatukan jugak . Azie kena pandai masak . takleh makan luar lagi . hihi . Doakan aku pulak okay . Insyaallah .

p/s : sedih sikit dengan gambar atas ni . setelah aku tenung sedalam dalamnya . semua dah berpunya , dah bersuami and tunangan orang . aku sorang je single lagi . huwaaa ! tapi coach kata - alaa rilex ahh . masanya akan tiba . hehe . Insyaallah coach , aku setia menantimu . cewahh ! berangan je lah kau popeye !


No comments: